fbpx
Now Reading
“Tiada Kompromi, You Touch You Go” – Tular Dakwaan Buli Di MRSM, Ini Respon Asyraf Wajdi

“Tiada Kompromi, You Touch You Go” – Tular Dakwaan Buli Di MRSM, Ini Respon Asyraf Wajdi

Menurut Pengerusi MARA itu, tindakan tegas juga akan diambil tanpa sebarang komproni jika pelajar-pelajar terbabit adalah pelajar MRSM seperti yang didakwa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru sebentar tadi, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang pelajar lelaki di sebuah asrama dipercayai dibuli oleh beberapa orang belajar.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook Utara Kini, kejadian terbabit didakwa berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pulau Pinang.

Dalam rakaman yang sohor itu, kelihatan dua pelajar lelaki mengasari mangsa yang sedang baring di atas katil.

Namun tidak sampai beberapa jam, video terbabit mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang segera tampil memberi kenyataan.

MARA siasat, akan ambil tindakan tegas sekiranya benar libatkan pelajar MRSM

Menurut Asyraf Wajdi, beliau sudah meminta pegawainya menyiasat dengan segera kejadian itu sekiranya benar ianya berlaku di MRSM.

Jelasnya, tindakan tegas juga akan diambil tanpa sebarang kompromi jika pelajar-pelajar terbabit adalah pelajar MRSM seperti yang didakwa

“Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberi amanah menjaga MARA, ‘you touch you go!’ tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan buli dalam apa juga bentuk di MRSM,” katanya.

Duduk atas badan dan pukul punggung dengan tali pinggang

Terdahulu, dalam video yang tular itu, kelihatan dua pelajar duduk di atas badan mangsa yang sedang baring.

Dalam rakaman sama, salah seorang pelajar itu dilihat memukul punggung mangsa dengan menggunakan tali pingang.

Pelajar yang sama juga dilihat cuba mengikat kaki mangsa dengan menggunakan tali pinggang tersebut.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada ianya satu kejadian buli atau hanya sekadar gurauan kasar sesama rakan.

Video berkenaan turut mendapat perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Caprice mahu tindakan diambil terhadap pelajar-pelajar berkenaan.

“Tahniah anak muda, mak ayah hantar hang pergi sekolah untuk jadi manusia berilmu, korang pilih jadi monyet. Kasi angkut depa semua ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.