fbpx
Now Reading
Jangan Normalisasi & Sokong Lelaki Berpakaian Wanita – Dr Ahmad Sanusi

Jangan Normalisasi & Sokong Lelaki Berpakaian Wanita – Dr Ahmad Sanusi

Menurut Ahli Akademik itu, trend berpakaian wanita dalam kalangan lelaki semakin menjadi-jadi terutamanya di media sosial dan majlis-majlis hiburan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ketika ini, kecoh di media sosial mengenai fesyen yang digayakan beberapa tetamu lelaki semasa menghadiri sebuah acara nyanyian popular yang berlangsung di ibu negara pada malam semalam (16 Februari).

Individu-individu berkenaan yang juga terdiri daripada golongan influencer dilihat mengenakan pakaian wanita semasa berada di karpet merah.

Video-video yang memaparkan gaya fesyen mereka itu yang dimuat naik di media sosial telah meraih perhatian ramai di mana rata-rata kurang senang melihatnya.

Ahli Akademik ingatkan golongan lelaki agar tidak berpakaian seperti wanita

Terbaharu, seorang ahli akademik, Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi tampil mengingatkan agar golongan lelaki tidak terpengaruh dengan budaya pemakaian yang bertentangan dengan fitrah dan norma masyarakat.

Ahmad Sanusi menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya berkata, trend berpakaian wanita dalam kalangan lelaki semakin menjadi-jadi terutamanya di media sosial dan majlis-majlis hiburan.

“Heboh di media sosial tentang lelaki yang berpakaian wanita dalam sebuah majlis di ibu negara. Pada hakikatnya, Islam melarang sebarang perbuatan songsang dan luar tabi’i.

“Allah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita begitu juga sebaliknya. Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki (hadis yang diriwayatkan al-Bukhari),” katanya dipetik Kosmo.

Jangan normalisasi dan ikhtiraf individu yang berubah jantina

Beliau turut membuat teguran kepada orang ramai supaya tidak menormalisasikan dan meletakkan sokongan terhadap individu yang berubah jantina.

“Andai berpakaian dengan pakaian dengan jantina yang bertentangan dengan jantina asal pun telah dilarang, apatah lagi cubaan menormalisasi dan mengiktiraf dan LGBT yang jelas bertentangan dengan syarak.

“Adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk mencegah tindakan mengiktiraf kemungkaran.

“Ini sesuai dengan sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud ‘tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya’ (hadis yang diriwayatkan Abu Daud),” katanya lagi.

Sebelum ini, rata-rata pengguna media sosial mengecam tetamu-tetamu lelaki pada acara berkenaan yang berpakaian seperti wanita.

Malah, mereka turut menasihati pihak penganjur acara agar menetapkan syarat pemakaian buat tetamu undangan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.