fbpx
Now Reading
QSR Brands Bersama KFC Malaysia Terus Beri Sokongan Pada RZS-CASIS, Salur Dana Pembangunan Ilmu

QSR Brands Bersama KFC Malaysia Terus Beri Sokongan Pada RZS-CASIS, Salur Dana Pembangunan Ilmu

QSR Brands telah memberikan sumbangan wakaf bernilai hingga RM2 juta bertujuan menyokong pengembangan penyelidikan akademik, pembangunan ilmiah, serta penerbitan RZS-CASIS.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) bersama KFC Malaysia pada 26 Januari 2025 telah mengumumkan sokongan berterusan pihak mereka kepada Raja Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilization (RZS-CASIS) sempena perasmian Persidangan Diraja mengenai Islam dan Kemanusiaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur.

Komitmen Dalam Memupuk Pertumbuhan Intelektual & Pemahaman Budaya

Menurut laporan Sinar Harian, persidangan itu telah diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah selaku Penaung Diraja RZS-CASIS.

Baginda menyampaikan titah diraja semasa sesi perasmian dan menyaksikan majlis penyerahan cek oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd, Nehchal Khanna kepada Naib Canselor UTM, Profesor Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim.

Bukan itu sahaja, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Pengerusi UTM, Tan Sri Azman Mokhtar, serta Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaludin Ibrahim yang juga merupakan Pro-Canselor UTM turut hadir bersama pada majlis tersebut.

Jamaludin dalam masa sama menjelaskan bahawa sumbangan QSR Brands bersama KFC Malaysia kepada RZS-CASIS mencerminkan komitmen teguh dalam memupuk pertumbuhan intelektual dan pemahaman budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Komitmen kami terhadap kecemerlangan akademik selari dengan usaha berimpak tinggi oleh RZS-CASIS, yang merangkumi penyelidikan ilmiah, pemerkasaan ilmu Islam serta penerokaan bagaimana agama boleh berintegrasi dengan sains dan teknologi dalam dunia moden,” jelasnya.

QSR Brands Sumbang Wakaf Bernilai RM2 Juta

Untuk pengetahuan umum, QSR Brands telahpun memberikan sumbangan wakaf bernilai hingga RM2 juta bertujuan menyokong pengembangan penyelidikan akademik, pembangunan ilmiah, serta penerbitan RZS-CASIS.

Ia memberikan tumpuan kepada pemerkasaan masyarakat, pendidikan berasaskan pandangan alam Islam, dan juga memperkukuhkan pemahaman serta keterangkuman dalam komuniti.

Mengulas lanjut, Nehchal Khanna turut meluahkan keterujaan dalam kerjasama itu yang telah memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan pembangunan negara menerusi dialog pendidikan berimpak tinggi dan juga perkongsian ilmu di antara ahli akademik serta sarjana.

“Kami amat berbesar hati untuk memperingati jalinan kerjasama ini serta memperkukuh dedikasi kami dalam menyokong penyelidikan dan perbincangan bermakna yang menegakkan nilai keadilan dan kemanusiaan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.