fbpx
Now Reading
Isu Bendera China Dikibar Semasa Festival Di Johor, ADUN Ayer Keroh Tampil Beri Penjelasan [Video]

Isu Bendera China Dikibar Semasa Festival Di Johor, ADUN Ayer Keroh Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Kerk Chee Yee, bukan hanya bendera China yang dibawa dan dikibarkan sewaktu pesta Guan Gong di Johor, tetapi bendera Vietnam dan Thailand turut dikibarkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas tularnya satu video yang memaparkan sekumpulan individu dilihat sedang berarak di Menara Condong, Teluk Intan, Perak ketika menyambut pesta Guan Gong yang diadakan pada Khamis lalu (24 Oktober).

Perkara tersebut meraih perhatian dan kritikan kebanyakan rakyat Malaysia kerana majoriti individu dalam kumpulan berkenaan dilihat memegang dan mengibarkan bendera dari negara China.

Pesta Guan Gong turut diadakan di Johor, siap dihadiri ADUN Ayer Keroh

Terbaharu, tular dakwaan yang pesta berkenaan yang berlangsung di Johor turut membawa bendera negara luar termasuk China.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Che GuBard, kontroversi pesta Guan Gong yang kini berjangkit ke Johor itu dikatakan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.

Susulan itu, Kerk telah tampil menerusi satu video di akaun media sosial miliknya memberi penjelasan berhubung kehadirannya ke Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia.

Bukan hanya bendera China dikibarkan

Menurutnya, bukan hanya bendera China yang dibawa dan dikibarkan, tetapi negara seperti Vietnam dan Thailand turut mengibarkan bendera mereka dalam pesta itu.

“Ia boleh dilihat dalam post dan reels saya. Mungkin ada bendera negara lain tapi saya tak perasan,” katanya.

Apa masalahnya kalau delegasi negara lain kibarkan bendera mereka?

Ujar Kerk, bendera Malaysia juga dikibarkan dalam acara di Johor Bahru itu selain mempersoal apa masalahnya kalau delegasi negara lain yang dijemput mengibarkan bendera mereka.

“Apa masalahnya kalau delegasi dari negara lain yang dijemput ke program kebudayaan ini kibarkan bendera mereka.

“Dan kenapa bendera Vietnam dan Thailand (sepertimana yang terkandung dalam post saya) tak jadi isu kepada mereka yang bangkitkan perkara ini?” katanya lagi.

Menurutnya lagi, dia dimaklumkan oleh penganjur pesta terbabit bahawa sesi perarakan itu turut melibatkan delegasi dari Filipina, Hong Kong, Macau, Singapura dan Indonesia.

Penganjur pesta Guan Gong tampil mohon maaf, kibaran bendera China di Teluk Intan

Terdahulu,  penganjur pesta Guan Gong Sedunia di stesen Malaysia memohon maaf atas kejadian pengibaran bendera China sewaktu perarakan di Teluk Intan.

Menurut Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua, perbuatan itu dilakukan oleh rombongan yang berasal dari negara tersebut dan tidak membabitkan rakyat Malaysia.

Jelasnya lagi, tindakan mengibarkan bendera negara asing sama sekali tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak penganjur.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.