fbpx
Now Reading
Padah Maki Polis Trafik Dengan Kata-kata Kesat Kerana Tidak Puas Hati Disaman, Lelaki Ditahan Reman [Video]

Padah Maki Polis Trafik Dengan Kata-kata Kesat Kerana Tidak Puas Hati Disaman, Lelaki Ditahan Reman [Video]

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Superintendan Lee Swee Sake lelaki berkenaan memerahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada polis trafik berkenaan kerana tidak berpuas hati dikenakan saman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di laman X memaparkan tindakan seorang lelaki yang juga penunggang motosikal telah memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada seorang polis trafik.

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki memakai baju biru yang telah dihentikan polis di bahu jalan tanpa henti mengeluarkan kata makian kepada polis yang merakam insiden berkenaan.

Malah turut meminta polis berkenaan mengeluarkan saman dengan cepat sambil memakinya dan bertanya di manakah kad kuasa miliknya.

Tindakan biadap lelaki itu, telah mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

Polis tahan lelaki lempar kata-kata kesat kepada polis

Ekoran daripada insiden tular itu, polis telah menahan lelaki berkenaan.

Difahamkan insiden tersebut berlaku di Lebuhraya Thean Teik, Air Itam pada 2 Oktober lalu selepas dia dikenakan saman kerana melanggar lampu isyarat merah.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Superintendan Lee Swee Sake lelaki berusia 25 tahun itu telah di tahan di Taman Terubong Jaya, Ayer Itam pada jam 10.30 malam, hari yang sama.

“Pada 3 Oktober telah tular satu video menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan seorang penunggang motosikal memarahi anggota polis trafik dengan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati akibat dikenakan saman selepas lelaki itu melanggar lampu isyarat merah.

“Kejadian itu berlaku pada 6.45 petang pada 2 Oktober di Lebuhraya Thean Teik dan pihak polis mengesahkan turut menerima satu laporan polis daripada anggota trafik berkenaan semalam,” ujarnya.

Lelaki itu telah direman selema tiga hari sehingga 5 Oktober untuk membantu siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Kertas siasatan kes ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan tuduhan. Beliau turut meminta orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan bersikap berhemah di jalan raya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.