fbpx
Now Reading
KPM Pandang Serius Laporan Dakwa Guru Paling Ramai Palsukan MC

KPM Pandang Serius Laporan Dakwa Guru Paling Ramai Palsukan MC

Tegas Menteri KPM, Fadhlina Sidek isu itu tidak sepatutnya berbangkit di mana tatakelola penjawat awam sentiasa diberi perhatian bagi memastikan prestasi perkhidmatan terbaik untuk masyarakat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, pihak Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah mengeluarkan satu laporan mendedahkan golongan pendidik merupakan antara penjawat awam yang paling ramai terbabit dengan salah laku memalsukan sijil cuti sakit (MC).

Menerusi laporan yang dikeluarkan setiap tahun sekitar 1% sehingga 2% dari 10,000 penjawat awam telah bertindak memberikan cuti palsu dan dengan sengaja menggunakan Emergency Leave (EL) untuk memanjangkan lagi tempoh bercuti.

Malah ia turut menyatakan guru tidak mempunyai banyak cuti tahunan seperti penjawat awam lain kerana bergantung dengan cuti persekolahan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Guru Penjawat Awam Paling Ramai Ambil MC – Cuepacs

Laporan disifatkan tak bertanggungjawab & beri perspektif buruk kepada kerjaya guru

Terbaharu, laporan berkenaan telah mendapat perhatian dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memandang serius berhubung perkara itu.

Kata menterinya, Fadhlina Sidek dakwaan berkenaan disifatkan tidak bertanggungjawab selain turut memberikan tanggapan yang negatif kepada kerjaya guru.

“Pada waktu ini terdapat lebih 400,00 orang guru di seluruh negara yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti.

“Isu itu tidak sepatutnya berbangkit di mana tatakelola penjawat awam sentiasa diberi perhatian bagi memastikan prestasi perkhidmatan terbaik untuk masyarakat,” jelasnya dipetik Kosmo.

Ada ketetapan yang jelas & pemantauan dibuat secara berterusan di setiap peringkat

Ujar beliau, KPM turut mempunyai ketetapan yang jelas dalam menangani masalah tatatertib penjawat awam.

“Pemantauan dilaksanakan secara berterusan di setiap peringkat dan penjawat awam yang terlibat dalam sebarang salah laku akan dikenakan tindakan.

“Kerajaan Madani menghargai peranan penting guru membangunkan negara di mana sebagai penghargaan kepada sumbangan guru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam pada bulan Ogos.”

Dalam pada itu, pihak KPM turut melakukan pelbagai perkara atau usaha dalam memelihara kesejahteraan para guru termasuklah menerusi tujuh langkah dalam menangani bebanan tugas pendidik.

Sebagai info golongan guru adalah kumpulan penjawat awam yang teramai dalam sektor kerajaan malah kerjaya ini sering diibaratkan bagai lilin membakar diri kerana majoriti darinya sanggup berkorban apa sahaja demi pelajar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.