Polis Tahan Rider Makanan Tampar Petugas Kesihatan Ambil Sampel Jentik-Jentik
Menurut PDRM, petugas JKNPP itu telah didatangi oleh rider berkenaan yang kemudian menamparnya di bahagian muka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada 22 Oktober, seorang rider penghantar makanan telah ditahan oleh polis selepas dia bertindak menampar petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).
Difahamkan situasi tersebut berlaku ketika petugas berkenaan sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah rider terbabit di Taman Melati, Bayan Baru, Pulau Pinang.
Tampar petugas JKNPP ketika buat pemeriksaan nyamuk Aedes
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal pihaknya menahan rider berusia 44 tahun berkenaan selepas menerima laporan daripada petugas JKNPP itu.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika petugas JKNPP itu sedang membuat pemeriksaan nyamuk Aedes di kawasan perumahan terbabit.
“Berdasarkan keterangan mangsa, tiba-tiba dia didatangi suspek berusia 44 tahun itu ketika sedang mengambil sampel jentik-jentik di kediaman lelaki tersebut.
“Suspek kemudian bertindak menampar bahagian muka mangsa beberapa kali hingga mengakibatkan luka kecil pada bahagian dahi,” jelasnya, dipetik MalaysiaGazette.
Suspek direman selama 4 hari
Kes disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Rider berkenaan turut direman selama empat hari untuk membantu siasatan.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.





