
Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dilanggar 4WD Dalam Kawasan Perumahan di Johor Bahru
Menurut PDRM, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang sedang bermain skuter di satu kawasan kediaman di Eco Spring, Tebrau, Johor Bahru, maut akibat dilanggar kenderaan pacuan empat (4WD) pada 4 Ogos (Jumaat) lalu.
Menerusi rakaman yang tular di media sosial, awalnya kelihatan kanak-kanak itu bersama skuternya sebelum datang kenderaan berwarna hitam memasuki satu simpang di kawasan perumahan berkenaan.
Langgar kanak-kanak lepas masuk simpang
Sebaik sahaja memasuki simpang berkenaan, kenderaan itu kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan dan kedengaran suara seorang wanita menjerit ketika keadaan itu berlaku.
Jelas Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes terbabit yang terjadi pada jam 6.30 petang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Jelasnya ketika dihubungi pihak polis juga sedang melakukan siasatan berhubung kes.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya dipetik Harian Metro.
Tiada kenyataan media dikeluarkan pihak polis
Kanak-kanak itu dipercayai maut di lokasi berkenaan. Video itu bagaimanapun menjadi sohor di Facebook sehingga mengundang perhatian ramai.
Memetik The Star pihak polis bagaimanapun tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan media bagi menghormati keluarga kanak-kanak terbabit.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.







