
PRN: SPR Umum 12 Ogos Hari Mengundi & 29 Julai Penamaan Calon [Video]
Hari mengundi awal bagi PRN ditetapkan pada 8 Ogos, manakala hari penamaan calon pada 29 Julai 2023..
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!

Hari mengundi awal bagi PRN ditetapkan pada 8 Ogos, manakala hari penamaan calon pada 29 Julai 2023..
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengumumkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang.
Sementara itu hari penamaan calon akan diadakan pada 29 Julai akan datang manakala hari mengundi awal pada 8 Ogos ini.
Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu sidang media yang dikongsikan di akaun Facebook rasmi badan suruhanjaya berkenaan.
“SPR memutuskan satu PRN ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi dewan berikut, 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 DUN Kelantan, 32 DUN Terengganu, 40 DUN Pulau Pinang, 56 DUN Selangor dan 36 DUN Negeri Sembilan.
“Hari mengundi awal bagi PRN ditetapkan pada 8 Ogos, manakala hari penamaaan calon pada 29 Julai 2023,” katanya.
Jelas beliau, lebih 9.7 juta pengundi yang layak untuk menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan.
Terdahulu, SPR memaklumkan telah menerima notis pembubaran rasmi DUN bagi kesemua enam negeri terlibat daripada speaker masing-masing.
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.
© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.