
Kes Amang Seksual, Polis Negeri Sembilan Terima Dua Lagi Laporan Terhadap Pendakwah Selebriti
Sebanyak enam laporan telah diterima oleh polis iaitu empat di Selangor dan dua di Negeri Sembilan. Suspek turut ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Polis Negeri Sembilan memaklumkan ada menerima dua laporan berhubung seorang pendakwah selebriti yang dikaitkan dengan jenayah amang seksual di negeri tersebut.
Sehubungan itu, polis kini dalam proses untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.
Laporan libatkan remaja 17 tahun
Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Datuk Ruslan Khalid menyatakan, dua laporan yang diterima pihaknya itu melibatkan individu yang berusia 17 tahun.
“Buat masa ini siasatan selari dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
“Pihak polis sedang melengkapkan siasatan dan perkembangannya akan dirujuk ke pihak Bukit Aman untuk dikemukakan pula ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” jelasnya.
Minta jangan lakukan perkara yang akan ganggu siasatan
Sementara itu, beliau turut meminta orang ramai tidak melakukan sebarang perkara agar ia tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh polis.
Sebelum ini, polis mengesahkan telah menerima enam laporan terhadap pendakwah tersebut yang didakwa terlibat dengan jenayah amang seksual ke atas remaja lelaki.
Berikutan itu, empat laporan telah dilakukan di Selangor, manakala dua lagi di Negeri Sembilan.
Suspek direman 6 hari
Pendakwah yang berusia dalam lingkungan 40-an berkenaan turut direman enam hari hingga 14 September.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Baca artikel berkaitan:
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



