
Kematian Dr Chai Koh Meow Akibat Penyakit Jantung Koronari – DG Hisham
Keputusan tersebut sekaligus menolak spekulasi yang mengaitkan kematian pegawai kanan KKM itu disebabkan oleh dos penggalak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru, rakyat Malaysia digemparkan dengan kematian mengejut Ketua Penolong Pengarah Kanan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Chai Koh Meow pada 17 November lalu.
Berdukacita dengan perkara tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan KKM sedang menjalankan bedah siasat berhubung kematiannya.

Beliau bagaimanapun memohon mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kematian mendiang sehinggalah keputusan bedah siasat rasmi diperoleh.
Terbaharu sebentar tadi, Dr Hisham menerusi satu sidang media KKM tampil mendedahkan keputusan bedah siasat tersebut.
Menurut Dr Hisham, kematian Dr Chai Koh Meow adalah akibat penyakit jantung koronari.
Keputusan tersebut sekaligus menolak spekulasi yang mengaitkan kematian pegawai kanan KKM itu disebabkan oleh dos penggalak.
“Hasil dapatan dari post mortem mendapati, sebab kematian (mendiang) adalah akibat penyakit jantung koronari. Inilah laporan yang telah kita terima.
“Pihak KKM berduka dengan pemergian Dr Chai yang amat komited dan berdedikasi dalam tugasan beliau”
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Kematian Dr Chai Koh Meow akibat penyakit jantung koronari pic.twitter.com/HzjBDOCjoh
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) November 26, 2021
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



