Now Reading
Ayam Brand Perkenal Makanan Tin Baharu, Sardin Dalam Sos Tomato Cili & Sardin Goreng Dalam Kicap Manis

Ayam Brand Perkenal Makanan Tin Baharu, Sardin Dalam Sos Tomato Cili & Sardin Goreng Dalam Kicap Manis

Nikmati keenakan Sardin Dalam Sos Tomato Cili dan Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas baharu.

Ringkasan
  • Ayam Brand melancarkan dua varian sardin baharu: Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas dan Sardin Dalam Sos Tomato Cili untuk rakyat Malaysia.
  • Kedua-dua varian boleh dinikmati terus dari tin atau dijadikan asas masakan, menawarkan kemudahan tanpa menjejaskan keenakan rasa.
  • Produk baharu ini tiada pengawet tambahan, kaya dengan Omega-3 dan protein semula jadi, sesuai untuk keluarga yang sibuk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selain menambah lebih banyak cili untuk rasa pedas yang menyengat dan menggandingkannya dengan pelbagai bahan lain, rakyat Malaysia telah lama mengolah hidangan sardin mengikut selera masing-masing.

Bagi meraikan kreativiti yang telah mengubah produk ringkas ini menjadi pelbagai hidangan kegemaran seisi keluarga, Ayam Brand baru-baru ini ini telah melancarkan Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas dan Sardin Dalam Sos Tomato Cili baharu.

Kedua-dua varian ini menawarkan lebih banyak cara untuk rakyat Malaysia menikmati hidangan kegemaran mereka.     

Diinspirasikan oleh profil rasa yang sememangnya menepati cita rasa tempatan, kedua-dua varian baharu ini sesuai dijadikan bahan utama dalam pelbagai resipi kegemaran seluruh generasi. Sama ada dihidangkan terus dari tin, dinikmati bersama nasi atau roti, atau diolah menjadi resipi istimewa keluarga, perisa baharu ini menggalakkan rakyat Malaysia meneroka pelbagai cara untuk menikmati hidangan sardin. 

Boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak dahulu

Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas menggabungkan keenakan sardin goreng yang menyelerakan dengan rasa kicap manis bercili yang pedas dan manis. Sardin Dalam Sos Tomato Cili pula menggabungkan keenakan rasa sos tomato yang digemari ramai dengan kepedasan cili yang membangkitkan selera.

Kedua-dua varian ini boleh dinikmati begitu sahaja atau dijadikan asas untuk pelbagai masakan di rumah, sekali gus menawarkan kemudahan tanpa menjejaskan keenakan rasa. 

Tiada pengawet tambahan dan lengkap dengan Omega-3

Seperti semua produk Ayam Brand yang lain, kedua-dua varian sardin baharu ini tidak mengandungi bahan pengawet tambahan, selain membekalkan Omega-3 dan tinggi protein secara semula jadi.

Sama ada untuk menyediakan makan tengah hari yang cepat, menambah rasa pada mee atau bubur nasi, atau menikmatinya terus selepas dipanaskan, kedua-duanya menawarkan pilihan hidangan yang berkhasiat dan mudah untuk keluarga yang sibuk dan mementingkan rasa serta kualiti. 

“Sardin sememangnya mempunyai tempat yang istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia; ia merupakan sebahagian daripada budaya makanan kita,” kata Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling.

“Setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menikmati sardin, daripada hidangan ringkas hingga resipi istimewa keluarga yang diwarisi turun-temurun. Perisa baharu kami diinspirasikan oleh kreativiti tersebut, dan kami mahu meraikannya dengan memberi rakyat Malaysia peluang yang lebih luas untuk mencipta hidangan yang sesuai dengan selera dan tradisi masing-masing.”  

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.