Now Reading
Lebih Padu & Lebih Sedap! Mi Sedaap Lancar Kari Yang H1TS, Ori Ori Kari

Lebih Padu & Lebih Sedap! Mi Sedaap Lancar Kari Yang H1TS, Ori Ori Kari

Menurut Pengurus Besar Gentle Supreme, Ng Hock Guan, pihaknya mahu menawarkan sajian kari yang lebih padu buat rakyat Malaysia menerusi Kari Yang H1TS, Ori Ori Kari.

Ringkasan
  • Mi Sedaap melancarkan Ori Ori Kari, menawarkan rasa kari yang lebih padu, pedas menyengat, dengan tauhu rangup dan mi lebih kenyal.
  • Dua per tiga daripada 200 responden bersetuju Ori Ori Kari menjadi pilihan kari baharu mereka dalam tinjauan pengguna.
  • Vanessa Reynauld, Duta Ori Ori Kari, berkongsi cara kegemarannya menikmati mi ini dengan udang, ayam carik, dan telur rebus.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut jenama Mi Sedaap, pasti ada yang dah terbayang keenakan mi segera goreng itu dengan kriuk kriuk bawang gorengnya.

Jangan tidak tahu, Mi Sedaap kini tampil dengan menu baharu yang pastinya lebih padu dan lebih sedap menerusi Ori Ori Kari.

Istimewa Buat Pencinta Kari, Ori Ori Kari Tawar Rasa Lebih Kaya & Menyengat

Hari ini (15 September), kami berpeluang merasai sendiri menu baharu itu di Majlis Pelancaran Kari Yang H1TS, Ori Ori Kari bertempat di The Grounds, Kuala Lumpur.

Sejujurnya, Ori Ori Kari dari Mi Sedaap ini sememangnya berbeza dari mi segera perisa kari yang lain.

Ia kaya dengan aroma, rasa pedas yang lebih menyengat, serta turut didatangkan dengan ekstra tauhu dan tekstur mi yang lebih kenyal.

Ori Ori Kari Jadi Pilihan 2 Per Tiga Responden Dari 200 Orang Individu

Malah, berdasarkan tinjauan pengguna yang melibatkan 200 individu, dua per tiga dari responden bersetuju Ori Ori Kari dari Mi Sedaap kini menjadi pilihan kari baharu mereka.

Menurut Pengurus Besar Gentle Supreme, Ng Hock Guan, pihaknya mahu menawarkan sajian kari yang lebih padu buat rakyat Malaysia.

“Tiada yang dapat menyatukan orang ramai seperti semangkuk kari yang sedap, dan itulah semangat yang ingin kami bawakan menerusi Ori Ori Kari.

“Dengan aroma yang lebih kaya, kepedasan yang lebih menyengat, tauhu tambahan dan mi yang kenyal, kami mahu menawarkan sajian kari yang lebih memuaskan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Turut hadir sama dalam majlis ini adalah Duta Ori Ori Kari Mi Sedaap, penyanyi, Vanessa Reynauld.

Vanessa Reynauld Kongsi Rahsia Nikmati Ori Ori Kari

Jelas Ng, pemilihan Vanessa sebagai duta disebabkan personalitinya yang positif serta penuh tenaga.

“Vanessa turut menjiwai semangat yang sama iaitu berani, positif dan penuh tenaga, dan kami amat teruja bekerjasama dengannya untuk memperkenalkan Ori Ori Kari kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

“Bersama-sama, kami berharap dapat mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai sendiri Kari yang H1TS Lebih Padu & Lebih Sedaap,” katanya.

Dalam majlis pelancaran ini juga, Vanessa turut berkongsi cara kegemarannya menikmati Ori Ori Kari menerusi Kari Rahsia Vanessa.

Tetamu turut berpeluang menikmati Ori Ori Kari dengan cara kegemaran pemenang anugerah Artis Baru Terbaik 2023, Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 itu.

Ada yang tertanya-tanya bagaimana Vanessa menikmati Ori Ori Kari?

Caranya adalah dengan tambahan udang, ayam carik, telur rebus dan dihiasi dengan daun bawang, tauge serta dilengkapkan dengan limau kasturi.

Telur tu, kalau double, lagi umphhh!

[Review] Ori Ori Kari Memang Kick, Rasa Kari Memang Betul-Betul Padu

Penulis juga berpeluang merasai sendiri keenakan buah tangan terbaharu dari Mi Sedaap ini.

Apa yang boleh dikatakan, Ori Ori Kari sememangnya berbeza dengan mi segera lain yang pernah penulis nikmati.

Manakan tidak, ia didatangkan dengan tauhu rangup yang sememangnya sinonim dengan rasa kriuk kriuk jenama itu.

Malah, suapan pertama sahaja sudah buat kami ‘wow’ dengan rasa pedasnya.

Pedas karinya itu yang menjadikan Ori Ori Kari berbeza dengan mi segera kari yang lain.

Bahkan, tekstur mi juga lebih kenyal berbanding mi segera yang pernah kami makan.

Rate: 6.5/10 (kalau penulis yang masak, markah lebih tinggi🤭)

Ori Ori Kari yang didatangkan dalam bentuk pek dan cawan kini boleh didapati di semua peruncit terpilih termasuklah Lotus’s, AEON, 7-Eleven dan Watsons.

Untuk info lanjut, layari Mi Sedaap Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.