I'm donut? dari Jepun membuka cawangan pertama di Asia Tenggara iaitu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada 12 September.
Cawangan ini menawarkan lebih 30 pilihan perisa, termasuk menu eksklusif tempatan seperti Cham, Milo Glazed, dan Pandan Coconut Cream.
Pengasas Ryouta Hirako memilih Malaysia kerana kepelbagaian budaya makanan dan minat masyarakat tempatan mencuba pengalaman baharu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kalau selama ini rakyat Malaysia nak makan donat popular dari Jepun, I’m donut? kena terbang jauh ke sana, kini tidak lagi!
Ini kerana I’m donut? secara rasmi akan membuka cawangan pertamanya di Asia Tenggara dan Malaysia iaitu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada Sabtu 12 September.
Yang menariknya, cawangan ini akan menawarkan lebih 30 pilihan perisa, termasuk beberapa menu yang sudah menjadi identiti I’m donut? seperti I’m donut? Original, Nama French Cruller, Pistachio Cream, Cacao dan Custard.
Tapi yang buat pembukaan di Malaysia ini lebih mencuri tumpuan adalah menu baharu yang memang dicipta khas untuk pasaran tempatan antaranya:
Cham
Hojicha Kaya Jam
Milo Glazed
Masala Chicken
Banana Fritter Caramel
Pandan Coconut Cream
Jadi, kalau anda biasa makan donat dengan coklat, gula atau krim, kali ini boleh cuba sesuatu yang lebih dekat dengan cita rasa Malaysia.
I’m donut? diasaskan chef dan pemiliknya, Ryouta Hirako, dengan nama jenama itu sendiri diinspirasikan daripada persoalan ringkas, “Am I a donut?”
Konsep tersebut mencerminkan pendekatan Hirako dalam menghasilkan donut yang kelihatan familiar, tetapi menawarkan pengalaman berbeza dari segi rasa serta teksturnya yang sangat lembut dan halus.
Menurut Hirako, beliau memilih Malaysia dipilih sebagai destinasi untuk melebarkan sayap jenamanya kerana kepelbagaian budaya makanan selain kecendurangan masyarakat tempatan untuk mencuba sesuatu yang baharu.
“Kami sangat gembira akhirnya dapat membawa I’m donut? ke Malaysia dan memperkenalkan nama donat kami kepada pelanggan di Kuala Lumpur,” katanya.
Malah menurut beliau, menu eksklusif bagi cawangan di Malaysia itu turut mencerminkan usaha jenama berkenaan untuk menyesuaikan diri dengan budaya makanan tempatan, tanpa mengetepikan identiti asalnya dari Jepun.
Jadi buat anda yang pernah mencuba I’m donut? ketika melancong ke Jepun, gunakan kesempatan dengan pembukaan cawangan ini di Kuala Lumpur untuk menikmati semula donat-donat yang pernah anda jamu sambil mencuba perisa yang hanya ditawarkan di Malaysia.
Sebagai info, I’m donut? akan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam di GS.05.0, The Exchange TRX.
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I enjoy working with audio, composing music, reading, and camping whenever I get the chance.