
Nak Makan & Tengok View Cantik? Johor Pun Ada! Sunway Puteri Hills Tawar Destinasi Tempat Makan Atas Bukit Dengan Pemandangan Selat Johor
Dengan pemandangannya yang cantik ditambah pula vibe yang santai, Sunway Puteri Hills sememangnya destinasi makan-makan dengan pemandangan cantik yang sesuai untuk semua.
-
• Sunway Puteri Hills menawarkan pemandangan Selat Johor dan Litar Jeffrey Cheah, sesuai untuk pengalaman menjamu selera yang santai di bandar.
• Lebih daripada 15 destinasi tempat makan disediakan, termasuk kegemaran tempatan seperti Makan Makan By Hock Kee dan Khunya Thai Kitchen Signature yang membuat penampilan sulung di Johor.
• Mudah diakses dari Singapura melalui Linkkedua (Tuas), dengan pengangkutan awam CW7S (Causeway Link) yang menghubungkan kawasan tersebut bermula 15 Ogos.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan adakalanya kita mahukan waktu untuk berehat seketika sambil memberikan ‘reward’ pada diri sendiri seperti makan sedap-sedap dan layan pemandangan laut yang cantik.
Yelah sambil makan, dapat ‘healing’ tenangkan fikiran selepas penat bekerja. Namun tidak banyak tempat yang menawarkan pengalaman sebegini atau anda mungkin terpaksa berjalan jauh seperti ke pulau-pulau terkenal.
Sebagai individu yang menetap di selatan tanah air, penulis pastinya mahu tempat yang mudah dan dekat untuk merasai pengalaman sebegitu dan berita baiknya, di ‘Johor Pun Ada!’
Sunway Puteri Hills tawar pemandangan laut dan litar lumba Jeffrey Cheah yang dekat dengan Tuas!
Terletak tidak jauh daripada bandar Johor Bahru, Sunway Puteri Hills yang baru dilancarkan pada 10 Ogos menawarkan pemandangan Selat Johor dan Litar Jeffrey Cheah di Sunway Iskandar Puteri.
Bukan hanya untuk rakyat Johor dan penduduk Zon Selatan, lokasi Sunway Puteri Hills ini juga mudah untuk dikunjungi oleh mereka yang berada di Singapura memandangkan ia berdekatan dengan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) iaitu Tuas.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Sunway Malls, HC Chan, Sunway Puteri Hills yang merangkumi kawasan 10 ekar dengan jumlah keluasan lantai kasar (GFA) dan ruang landskap sebanyak seluas 300,000 kaki persegi dibangunkan mengikut konsep “Mewujudkan Ruang Yang Buat Orang Ingin Jadi Sebahagian Darinya (Curating Places People Want To Belong)”
Malah Sunway turut menampilkan lebih dari 10 destinasi makanan, termasuklah jenama makanan atau restoran lokal yang membuat penampilan sulung dengan outlet pertama di Johor.
Sunway Puteri Hills turut tawar 15 destinasi tempat makan yang confirm buat korang tak sabar nak pergi

Sepanjang berada di Sunway Puteri Hills, team BuzzKini dapat merasakan kedamaian dari atas bukit ini yang jauh daripada hiruk-pikuk bandar.
Paling menarik, di atas bukit ni anda juga boleh melihat suasana di sekitar Selat Tebrau seperti kumpulan nelayan yang mahu pulang selepas selesai mencari rezeki serta kapal pesiar yang melalui selat yang memisahkan Malaysia dan Singapura ini.
Kami juga sempat layan ais krim dan juga air minuman untuk basahkan tekak sambil layan view cantik.

Apa yang lebih best, suasana di waktu petang begitu tenang dengan deruan angin lembut dan ditemani bunyi ombak. Wah, boleh dikatakan perasaan di sini seperti sedang bercuti di tepi pantai.
Bayangkan jika anda datang di sini untuk meraikan yang tersayang, pastinya view sunset ketika makan akan buat suasana jadi lebih romantis 🥰

Bagi mereka yang sukakan kelajuan dan dunia automotif, anda juga boleh ke litar lumba Jeffrey Cheah dan saksikan perlumbaan sambil makan-makan.
Pemandangan matahari terbenam dan Litar Jeffrey Cheah memang antara tarikan yang tak patut dilepaskan bila di Sunway Puteri Hills
Jom tengok restoran & aktiviti best dekat Sunway Puteri Hills
Selari dengan pembukaan Sunway Puteri Hills, sebanyak enam restoran telah mula beroperasi manakala bakinya dalam masa terdekat. Tanpa berlengah jom kami kongsikan restoran yang boleh dikunjungi:
#1 Khunya Thai Kitchen Signature
Restoran ini menyajikan makanan Thailand yang premium. Bahkan dekorasinya juga membuatkan anda persis seperti berada di negara jiran.


#2 Reef Seafood
Sekiranya anda peminat makanan laut, Reef Seafood merupakan restoran yang wajib dikunjungi! Anda juga boleh menikmati pemandangan laut dan boleh nampak laluan keluar masuk kenderaan dari Tuas.


#3 Makan Makan By Hock Kee
Dikatakan antara restoran yang menyajikan “the best Nanyang flavours in Malaysia” dan begitu popular di Lembah Klang, peminat kopitiam wajib singgah dan cuba menjamu selera di Makan Makan By Hock Kee.
Ia memberikan pengalaman makan yang begitu menarik di tepi laut. Bahkan ini juga antara spot wajib sekiranya anda suka bergambar.


#4 Kaetsu
Restoran ini menyajikan makanan Jepun-Barat yang diinspirasikan daripada masakan Yoshuku. Bayangkan daging wagyu yang premium dengan manisan Jepun buatan tangan yang disediakan di open kitchen dimana anda boleh lihat air tangan chef dengan mata anda sendiri.

#5 a’rest Cafe
Anda peminat makanan western seperti pastri, piza, matcha, kopi dan pelbagai jenis manisan? Kalau ya, cuba ke a’rest Cafe. Malah mereka juga turut terkenal dengan kek strawberi.


#6 Made On Monday
Restoran Made On Monday menampilkan pelbagai jenis makanan ‘western’ seperti burger, pasta dan paling menarik adalah lobster.
Dekorasi estetik restoran ini secara tidak langsung memberikan mood yang ‘cozy’ serta dari sini anda boleh melihat pemandangan litar Jeffrey Cheah sambil lepak di bar.


Selain yang disenaraikan ini sebenarnya terdapat beberapa lagi restoran yang bakal dibuka menjelang akhir tahun ini seperti:
- Kenny Hills Bakers by the sea
- Cili Kampung
- Padi House
- Padi Malaya
- The Enchanted by the sea

Bukan itu sahaja, terdapat banyak aktiviti yang ditawarkan di Sunway Puteri Hills seperti:
- Bazar hujung minggu

- Persembahan live band

- Workshop dan juga stamp poskad – Di mana anda boleh menghantar poskad kepada orang tersayang secara percuma.


- Spot menarik untuk bergambar

Banyak bukan spot menarik untuk makan kat sini? Dengan pemandangannya yang cantik ditambah pula vibe yang santai, memang sesuai sangatlah untuk anda semua.
Buat orang Singapura pula, bermula 15 Ogos ini anda boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam CW7S (Causeway Link) yang akan menghubungkan Sunway Puteri Hills, Sunway Citrine Hub dan Sunway Big Box ke Tuas.
Haa lepas ni lebih mudahlah untuk anda nak ke Sunway Puteri Hills, guna pengangkutan awam pun boleh sampai ke destinasi menarik ni.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






