Craving Makanan Negeri Lain Tapi Tak Dapat Nak Travel? DoubleTree By Hilton Tawar Santapan ‘Flavours Of Malaysia’
Antara tujuh negeri yang ditampilkan Double Tree by Hilton dalam kempen ‘Flavours of Malaysia’ ialah Sarawak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan banyak lagi.
- Restoran Makan Kitchen oleh DoubleTree by Hilton melalui kempen Flavours of Malaysia menampilkan makanan tradisi dari tujuh negeri berbeza di seluruh Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September 2026.
- Setiap cawangan DoubleTree by Hilton yang menyertai kempen ini akan mengetengahkan makanan dari sebuah negeri.
- Harga bufet Flavours of Malaysia adalah berbeza mengikut pakej tersedia di setiap cawangan DoubleTree by Hilton.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Berita baik buat foodie di luar sana, restoran Makan Kitchen oleh Double Tree by Hilton menawarkan hidangan autentik dari pelbagai negeri, sekaligus meraikan kekayaan warisan kulinari Malaysia menerusi kempen ‘Flavours of Malaysia’.
Tujuh cawangan restoran itu akan mengetengahkan masakan dari negeri berbeza di Malaysia, dan bukan hanya hidangan tempatan di lokasi masing-masing.

Pelanggan Boleh Rasai Makanan Tradisi Dari 7 Negeri Di Malaysia Di Cawangan Double Tree by Hilton Berbeza
Kempen yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2026 ini menawarkan pengalaman menjelajah cita rasa tujuh negeri iaitu:
- Kuala Lumpur
- Pulau Pinang
- Melaka
- Perak
- Negeri Sembilan
- Kedah
- Sarawak
Bayangkan dapat merasai menu istimewa dari negeri lain, tanpa perlu menjelajah ke sana? Memang ‘chef kiss’.
Ini Makanan Istimewa Yang Mewakili Beberapa Negeri Di Malaysia
Antara makanan istimewa yang boleh dinantikan bagi setiap negeri adalah seperti:
- Kuala Lumpur: Imperial Lotus Braised Duck Encased in Clay
- Pulau Pinang: Penang Char Kway Teow dengan telur itik & Nyonya Durian Bubur Cha-Cha
- Melaka: Ayam Kapitan kampung
- Perak: Ayam Masak Tuha
- Negeri Sembilan: Lompap Lamb Short Ribs
- Kedah: Gulai Daging Rias Pisang
- Sarawak: Tempra Prawns bersama Bean Curd Chap Chye dan Sea Grapes



Dah habis menikmati makanan berat, sudah tentu anda akan mencari pencuci mulut kan? Jangan risau, melalui pakej Flavours of Malaysia, pelanggan juga berpeluang merasai manisan yang mungkin anda tidak pernah cuba sebelum ini.
Setiap menu makanan bukan sahaja sekadar resipi kepada cef, tetapi hidangan kenangan zaman kanak-kanak yang mereka akan cari semasa waktu kecil. Sesuai buat anda yang sedang mencari makanan seolah-olah ‘homemade’.
Reviu Makanan Khas Dari Perak, Penang, N9 & Lain-lain
Hari ini (17 Julai), team BuzzKini turut berpeluang merasai antara makanan yang menjadi highlight bagi setiap negeri bersempena pelancaran kempen Flavours of Malaysia.
Ini reviu jujur dari kami:
- Ayam Masak Tuha (Perak): Cef berkata ia seakan-akan rendang ayam, namun bagi kami ayam dengan kuah merah itu berasa sedikit masam, dan berlemak. Anak kecil pun boleh menikmatinya kerana ia tidak pedas.
- Penang Char Kway Teow dengan telur itik (Pulau Pinang): Memang terasa ‘char’ dan penuh dengan taugeh buat mereka yang meminatinya. Tetapi mengikut selera kami, mungkin ia sedikit masin.
- Lompap Lamb Short Ribs (Negeri Sembilan): Tak tahu ‘bias’ ataupun tidak, tetapi bagi kami anak nogori ni, kami sangat menggemari daging kambing yang terasa seperti masak lemak. Tidak terlampu pedas, dan dagingnya sangat empuk.
- Gulai Daging Rias Pisang (Kedah): Kuah lemak manis daging yang turut dilengkapi rempah kari dan aroma kerisik memang sesuai dimakan dengan nasi putih. Memang menyelerakan. Surr ~

Pelanggan Juga Akan Dihidang Dengan Teh Berperisa Mengikut Negeri
Bukan itu sahaja, Makan Kitchen turut tampil dengan tujuh jenis teh berperisa, khas dinikmati bersama makanan dari setiap negeri.
Antara perisanya adalah seperti:
- Rose & Vanilla Iced Tea
- Rosehip & Hibiscus Cold Brew Tea
- Jasmine Green Tea
- Nutmeg Lychee
7 Cawangan DoubleTree by Hilton Yang Turut Serta, Setiap Lokasi Tawar Makanan Ikut Negeri Berbeza
Satu yang anda harus tahu, hanya tujuh cawangan DoubleTree by Hilton yang akan menyertai kempen ini yang mana setiap cawangan menampilkan makanan dari negeri berbeza. Pakej dan harga yang ditawarkan juga adalah berlainan.
Berikut adalah info mengenai cawangan restoran Makan Kitchen di hotel DoubleTree by Hilton seluruh Malaysia dan makanan dari negeri mana yang akan diketengahkan oleh restoran:
#1 DoubleTree by Hilton Johor Bahru
Negeri yang diketengahkan: Pulau Pinang
Bufet Makan Malam Makan Kitchen Negaraku:
- Hari tersedia: Ahad hingga Khamis
- Tarikh: 1 Ogos – 30 September 2026
- Waktu: 6.30 petang – 10 malam
Harga:
- Dewasa: RM128
- Warga emas: RM88
- Kanak-kanak: RM64
#2 DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Negeri yang diketengahkan: Kuala Lumpur
Bufet Minum Petang
- Hari tersedia: Sabtu & Ahad
- Tarikh: 1 Ogos – 30 September 2026
- Waktu: 12.30 tengah hari – 4 petang
Harga:
- Dewasa: RM118
- Kanak-kanak: RM59
Bufet Makan Malam:
- Hari operasi: Jumaat & Sabtu
- Tarikh: 1 Ogos – 30 September 2026
- Waktu operasi: 6.30 petang – 10 malam
Harga:
- Dewasa: RM168
- Kanak-kanak: RM84
#3 DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City
Negeri yang diketengahkan: Sarawak
Bufet Minum Petang:
- Hari tersedia: Sabtu & Ahad
- Tarikh: 1 Ogos – 30 September 2026
- Waktu operasi: 12.30 tengah hari – 4 petang
Harga:
- Dewasa: RM128
- Kanak-kanak: RM64
Bufet Makan Malam:
- Hari tersedia: Jumaat & Sabtu
- Tarikh: 1 Ogos – 30 September 2026
- Waktu operasi: 6.30 petang – 10 malam
Harga:
- Dewasa: RM138
- Kanak-kanak: RM69
#4 DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
Negeri yang diketengahkan: Negeri Sembilan
Bufet Minum Petang:
- Hari tersedia: Sabtu & Ahad
- Tarikh: 1 Ogos – 30 September 2026
- Waktu operasi: 12.30 tengah hari – 4 petang
Harga:
- Dewasa: RM128
- Kanak-kanak: RM64
Bufet Makan Malam:
- Hari tersedia: Jumaat & Sabtu
- Tarikh: 1 Ogos – 30 September 2026
- Waktu operasi: 6.30 petang – 10 malam
Harga:
- Dewasa: RM138
- Kanak-kanak: RM69
#5 DoubleTree by Hilton Melaka
Negeri yang diketengahkan: Melaka
- Hari tersedia: Sabtu
- Tarikh: 1 Ogos – 30 September 2026
- Waktu operasi: 6.30 petang – 10 malam
Harga:
- Dewasa: RM138
- Kanak-kanak: RM69
#6 DoubleTree Resort by Hilton Penang
Negeri yang diketengahkan: Kedah
- Hari tersedia: Sabtu
- Tarikh: 1 Ogos – 30 September 2026
- Waktu operasi: 6.30 petang – 10 malam
Harga:
- Dewasa: RM138
- Warga emas: RM98
- Kanak-kanak (bawah 12 tahun): RM69
#7 DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
Negeri yang diketengahkan: Perak
- Hari tersedia: Jumaat
- Tarikh: 1 Ogos – 30 September 2026
- Waktu operasi: 6.30 petang – 10.30 malam
Harga Bufet:
- Dewasa: RM128
- Kanak-kanak: RM64
Selamat mencuba!
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹






