
Ini 5 Jenis Makanan Yang Mantap Digandingkan Dengan Maggi Goreng, Ada Juga Yang Rare!
Maggi goreng merupakan salah satu makanan yang wajib order jika ada di kedai makan malah hidangan ini lebih sedap apabila digandingkan dengan makanan atau lauk lain contohnya ayam goreng.
- Telur merupakan antara gandingan yang paling sempurna untuk dimakan bersama maggi goreng tidak kiralah telur mata, telur dadar dan sebagainya.Â
- Selain itu, makanan laut seperti udang dan sotong juga antara kombinasi terbaik. Bagi yang mahukan kelainan dengan daging premium boleh mencuba maggi goreng bersama wagyu.Â
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila sebut mengenai makanan wajib dipesan jika ke mamak pastinya maggi goreng merupakan salah satu makanan yang ada dalam senarai hampir setiap orang.
Yelah walaupun ia dilihat sebagai satu makanan simple, tapi ia memberikan rasa yang begitu berbeza bila dinikmati di luar khususnya gerai mamak.
Bukan itu sahaja, ada segelintir dari kita mungkin ada yang pernah buat permintaan tertentu untuk menikmati maggi goreng ni dengan lebih enak lagi. Barulah berselera bila makan tu!
Justeru itu, kami nak kongsikan dengan anda apakah jenis makanan yang sesuai dimakan bersama dengan maggi goreng. Ada juga yang unik tau!
#1 Telur

Maggi goreng bersama telur sememangnya satu kombinasi yang ‘perfect!’ Nak pula jika ia dimakan waktu panas-panas.
Namun setiap di antara kita pastinya menyukai telur yang berbeza cara masaknya, sebagai contoh ada yang sukakan telur mata dan suka kuning telur yang masih cair.
Yelah kuning telur yang cair pastinya memberikan rasa yang berbeza apabila digaul bersama maggi goreng atau sedikit berlemak.
Tapi ada juga yang lebih sukakan jika telur mata tersebut dimasak dengan sempurna.
Tak kurang juga mungkin ada yang lebih suka jika menikmati maggi goreng bersama telur dadar. Biasalah setiap di antara kita ini mempunyai citarasa yang berbeza-beza, bahkan ada juga yang hanya sukakan maggi goreng dimakan dengan telur putih sahaja.
#2 Ayam

Selain telur ada juga yang kerap memesan ‘uncle maggi goreng ayam 1.’ Boleh dikatakan maggi goreng bersama ayam takkan pernah mengecewakan.
Namun adakalanya ada yang lebih gemarkan maggi tersebut digoreng bersama dengan ketulan ayam yang dipotong kecil. Malah tekstur yang lembut juga membuatkan pengalaman makan anda lebih mudah dan senang juga untuk dimakan.
Pendek menikmati maggi goreng bersama ayam goreng juga adalah antara kombinasi terbaik! Apatah lagi jika ayam goreng tersebut digoreng panas-panas.
Wow! Boleh bayangkan kelazatan makan maggi goreng dengan ayam goreng yang panas dan apabila digigit bukan sahaja terasa tetapi hangat tetapi keragupannya juga membuatkan maggi goreng tersebut di satu tahap yang lain.
Kalau jumpa maggi goreng yang macam ni, memang takkan cari kedai lain dah. Mamak tu pun terus ada regular customer setiap kali anda rasa nak makan maggi goreng.
#3 Makanan laut

Selain ayam, tak dinafikan ada juga yang lebih memilih untuk menikmati maggi goreng bersama makanan laut.
Ini kerana makanan laut seperti udang mempunyai rasa yang berbeza apabila dimasak bersama makanan di mana ia mengeluarkan rasa yang manis.
Selain udang, ada juga maggi goreng yang dimasak bersama makanan laut yang lain seperti sotong.
Nak pula jika anda lebih sukakan maggi goreng sedikit basah dan tak terlalu kering, maka menikmatinya bersama udang atau makanan laut adalah pilihan yang sempurna.
Hidangan seperti maggi goreng udang dan sotong kebiasaannya boleh didapatkan di kebanyakan kedai mamak.
Apa yang lagi menarik, ada juga peniaga yang membuat maggi goreng bersama dengan udang galah tau. Antara kedai makan yang menyajikan hidangan ini adalah Warung Setinggan Maggi Belut di Kota Bharu, Kelantan.
Bukan hanya itu, warung ini juga turut menyediakan menu maggi goreng lain seperti belut.
#4 Kambing

Ini mungkin kombinasi yang sedikit rare namun ia wujud di dunia realiti atau dalam industri makanan.
Bagi mereka yang meminati daging kambing, ini adalah antara menu yang wajib dicuba jika anda ada menjumpainya di mana-mana kedai makan.
Umum mengetahui daging kambing mempunyai rasa yang sangat berbeza dengan daging lembu. Bagi penulis daging kambing mempunyai rasa yang manis serta baunya yang tersendiri.
Jika anda sukakan sedikit kelainan, maka maggie goreng bersama kambing adalah antara menu yang wajib dicuba. Namun dari segi harga, pastilah ia sedikit mahal berbanding maggi goreng ayam dan seafood.
Siapa tahu anda mungkin akan jadikannya sebagai favourite dan akan order lagi selepas ni. Menerusi semakan kami terdapat beberapa kedai makan yang menawarkan hidangan maggi goreng kambing antaranya Kedai Mamak MCH Bistro yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.
Malah korang juga boleh membuat pesanan terus secara online menerusi Foodpanda.

Selain di Cheras, terdapat satu lagi kedai makan yang turut menawarkan maggi goreng kambing di Devi’s Special Jalan Telawi, Bangsar dan ia juga membuka pesanan melalui aplikasi Foodpanda.
Tapi semak dahulu status kedai makan tersebut ya.

#5 Wagyu

Mungkin ada di antara anda mahukan kelainan dan ingin merasai rasa daging yang premium. Tahu tak ada juga maggi goreng yang dimakan bersama daging wagyu.
Seperti yang diketahui daging wagyu mempunyai tekstur dan rasa yang sangat berbeza dengan daging lembu biasa.
Wagyu mempunyai tekstur taburan lemak putih di antara dagingnya atau ia turut dipanggil sebagai marbling. Tekstur ini membuatkan apabila dagingnya dimasak ia memberikan rasa lemak, lembut dan berjus (juicy).
Bayangkan apabila ia dimakan bersama dengan maggi goreng. Daging wagyu ini memberikan rasa yang luar biasa di mana tekstur lembut dan berjus digabungkan dengan maggi goreng yang mempunyai rasa pedas, sedikit rasa kari dan wok hei.
Maggi goreng menggunakan daging wagyu ini turut dikomersialkan oleh segelintir peniaga seperti Ruema yang terletak di Queensville, Jalan Permaisuri, Cheras.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.







