Now Reading
Diet Tapi Nak Makan Dessert? Doktor Kongsikan Resepi Buat Kek Sihat & Mudah [Video]

Diet Tapi Nak Makan Dessert? Doktor Kongsikan Resepi Buat Kek Sihat & Mudah [Video]

Tak dinafikan ada ketika terasa seperti nak makan kek, tapi dilema sebab sedang diet, rupanya ada cara nak buat kek yang sihat dan cepat cuma guna barang dalam rumah sahaja.

Ringkasan
  • Dr Athina Zulkifli shared a TikTok video on making a healthy chocolate cake in just two minutes using simple ingredients.
  • Key ingredients include ripe banana, oat bran, unsweetened cocoa powder, protein powder, and dark chocolate chips.
  • The cake is baked in a microwave for two minutes, making it a soft, healthy dessert suitable for one to two people.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@drathina/video/7634850567034260756https://www.tiktok.com/@drathina/video/7613264370373545236https://www.tiktok.com/@drathina/video/7608572846201228564https://www.tiktok.com/@drathina/video/7608448591266417941

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ketika ini ramai yang mula menyedari kepentingan gaya hidup yang sihat. Bahkan ramai yang mula meninggalkan tabiat makan makanan yang tidak sihat seperti gula atau garam berlebihan dan sebagainya.

Namun dalam menjaga pemakanan atau mengamalkan diet yang sihat, tak dinafikan ada ketika lidah ni terasa seperti nak makan manisan seperti kek dan sebagainya. Sebenarnya tidak ada masalah jika ada ketika anda rasa ingin menikmati kek.

Yelah menjalani diet yang terlalu ‘strict’ juga akan buat korang bosan jadi jom belajar cara nak buat kek yang sedap dan sihat.

Doktor kongsikan resipi buat kek sihat dalam masa 2 minit

Seorang pengamal perubatan, Dr Athina Zulkifli telah berkongsi menerusi satu video di TikTok cara membuat kek coklat yang sihat hanya dalam masa dua minit sahaja.

Menerusi video tersebut, Dr Athina turut menyifatkan kek coklat itu bukan sahaja mudah untuk dilakukan bahkan ia juga mempunyai tekstur yang lembut.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek coklat sihat ini:

  • 1 biji pisang masak bersaiz sederhana
  • 1.5 (1 1/2) sudu makan tepung koko yang tidak manis (unsweetened)
  • 2 sudu makan oatbran atau oat
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • 1/2 skop serbuk protein
  • 1 biji telur (saiz sederhana)
  • Coklat cip
  • Campuran kekacang
  • Mentega kacang

Cara nak buat kek sihat

Dalam rakaman tersebut, cara untuk membuat kek coklat yang sihat ini adalah:

  • Lenyekkan pisang sehingga ia hancur atau tiada ketulan pisang yang besar. Dalam erti kata lain tekstur seperti nak buat cekodok.
  • Kemudian masukkan serbuk koko, oat, serbuk penaik dan gaulkan sehingga sebati.
  • Apabila bahan sudah digaul sebati, masukkan serbuk protein (mengikut pilihan anda) dan juga sebiji telur dan gaul semula sehingga sebati.
  • Masukkan kekacang yang dipotong kasar dan juga coklat gelap (dark chocolate) serta gaul sekali lagi sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan ke dalam bekas kecil dan hiaskan dengan topping yang disukai. Jika suka coklat boleh tambah sedikit lagi coklat cip atau mentega kacang.
  • Bakar di dalam gelombang mikro (microwave) selama dua minit pada suhu sederhana.
  • Sebaik dibakar, kek akan kelihatan naik gebu. Rehatkan kek seketika untuk beberapa minit.

Tekstur lembut dan sesuai jika teringin nak makan kek

Kata Dr Athina tekstur kek akan kelihatan lembut dan sesuai buat mereka yang ingin menikmati sepotong kek serta mahukan sesuatu yang sihat. Saiz hidangan untuk resepi ini juga adalah untuk porsi (portion) yang kecil.

Kek ini juga sesuai untuk hidangan seorang ke dua orang makan.

Selain itu, bahan-bahannya juga jimat dan hanya menggunakan apa yang ada di dapur sahaja. Sewaktu kek dipotong kelihatan coklat cip di dalam kek cair dan nampak begitu sedap.

Jadi siapa yang kata orang diet tak boleh makan sedap? Salah tu, korang cuma perlu kreatif dan rajin untuk mencari resipinya sahaja.

Menerusi hantaran lain yang dikongsikan, Dr Athina sering berkongsi menu-menu sihat, sedap dan juga mudah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.