Now Reading
Kenapa Dentist Sarankan Gosok Gigi Sebelum Appointment Doktor? Ini Sebabnya [Video]

Kenapa Dentist Sarankan Gosok Gigi Sebelum Appointment Doktor? Ini Sebabnya [Video]

Menurut Dr Habib Firziq, sekiranya 30% permukaan gigi yang diselaputi dengan plak atau tahi gigi, doktor akan mengklasifikasikan sebagai ‘kebersihan mulut tidak memuaskan.’

Ringkasan
  • Dr Habib Firziq Hasanudi menjelaskan bahawa doktor gigi menulis laporan kebersihan mulut pesakit menggunakan sistem skor plak semasa setiap kunjungan.
  • Menggosok gigi sebelum jumpa doktor membantu doktor kenal pasti masalah sebenar penjagaan gigi di rumah dan kawasan yang perlu diberi tumpuan.
  • Jika mulut kotor semasa kunjungan, doktor sukar buat analisa, menyebabkan masalah gigi berulang dan pesakit terpaksa kerap ke klinik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@tomato_012/video/7688322393529535751

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebersihan oral merupakan salah satu perkara yang perlu dijaga oleh setiap individu sejak dari bayi lagi.

Yelah sekiranya ia tidak dijaga dengan betul, anda mungkin boleh mengundang kepada pelbagai masalah dalam mulut yang melibatkan gigi, gusi, lidah dan sebagainya.

Doktor gigi jelaskan kenapa seseorang digalakkan gosok gigi sebelum jumpa doktor

Baru-baru ini seorang doktor gigi, Habib Firziq Hasanusi telah menjelaskan kenapa seseorang individu disarankan untuk menggosok gigi terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan doktor.

Menerusi video dikongsikan oleh Dr Habib di TikTok, awalnya dia bertanya kepada netizen di platform itu siapakah yang akan menggosok gigi terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor gigi walaupun tujuan mereka adalah untuk melakukan ‘scalling’ di mana ia akan dibersihkan juga.

Kata Dr Habib, beliau lebih menyarankan seseorang itu menggosok gigi terlebih dahulu bukanlah kerana geli atau sebagainya.

Malah Dr Habib mengatakan beliau telah melihat pelbagai jenis masalah mulut yang lebih teruk seperti:

  • Berdarah
  • Bernanah dan meleleh-leleh
  • Flesh eating parasite dan sebagainya.

Doktor akan tulis laporan mengenali kebersihan gigi

“Saya tak geli. Awak datang ke klinik gigi, doktor gigi akan menulis laporan. Dalam laporan itu ada tahap kebersihan awak.

“Macam mana kita nilai tahap kebersihan (gigi) awak? Doktor gigi akan guna sistem skor plak di mana dia akan mengira peratus permukaan gigi awak yang disaluti dengan plak ataupun tahi gigi,” ujarnya.

Jika permukaan gigi diselaputi dengan plak dan tahi gigi akan dikategorikan ‘tidak memuaskan’

Menurut Habib, jika 30% permukaan gigi yang diselaputi dengan plak atau tahi gigi, doktor gigi akan mengklasifikasikan sebagai ‘kebersihan mulut tidak memuaskan.’

Bantu doktor lihat cara penjagaan gigi seseorang di rumah dan fokus kepada masalah sebenar

Justeru itu, Dr Habib mahu membantu serta melihat bagaimana penjagaan gigi seseorang itu di rumah.

“Kalau awak datang cakap dah berus gigi tapi awak punya mulut banyak yang kotor. Jadi kita boleh bincang bersama apakah isu sebenar.

“Kita juga boleh melihat kawasan manakah yang patut diberi fokus mungkin (sesuatu) kawasan itu kotor disebabkan susunan gigi, susah nak bersihkan.

“Mungkin kawasan ini kurang bersih disebabkan ada gigi bongsu, jadi susah untuk berus gigi nak masuk atau mungkin awak punya kaedah, atau teknik tidak terlalu efektif di rumah.”

Maka doktor gigi boleh membantu untuk seseorang itu beri tumpuan lebih kepada masalah giginya.

Doktor sukar buat analisa apabila keadaan mulut dan gigi tak bersih

Namun apabila seseorang itu datang berjumpa doktor dalam keadaan mulut atau gigi yang terdapat kotoran seperti ayam, cili, sayur dan sebagainya ia akan menyukarkan doktor gigi untuk menganalisa penjagaan di rumah.

Ujar beliau lagi, sekiranya masalah sebenar tidak dikesan maka isu tersebut akan sentiasa berulang dan menyebabkan pesakit terpaksa berulang ke klinik untuk masalah sama.

Tegasnya lagi, ada banyak masalah di dalam mulut yang berlaku hanya disebabkan kebersihan yang tidak dijaga.

“Kesimpulannya, ia adalah lebih baik untuk awak menggosok gigi sebelum janji temu supaya kita (doktor gigi) boleh melihat masalah sebenar dan mencegah daripada ia terus berlaku.

“Sedikit rahsia, kalau dekat rumah awak tak rajin gosok gigi dan tiba-tiba sebelum janji temu awak gosok gigi terpaling (kuat) sangat. Awak ingat doktor tak perasan dan fikir awak jaga kebersihan di rumah.

“Kami (sebenarnya) tahu. 5 minit (dilakukan) untuk memberus gigi sebelum janji temu tidak akan menghilangkan kesan yang 10 hari awak tak gosok (gigi),” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.