Now Reading
Korang Graduan Degree Yang Masih Menganggur? Program ILTIZAM PDP 2027 Tawar Kerja Dengan Gaji RM2,800 Sebulan

Korang Graduan Degree Yang Masih Menganggur? Program ILTIZAM PDP 2027 Tawar Kerja Dengan Gaji RM2,800 Sebulan

Permohonan Program ILTIZAM PDP bagi intake 2027 ini dibuka dari 1 September hingga 30 September 2026.

Ringkasan
  • Program ILTIZAM PDP 2027 oleh Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) menawarkan penempatan kerja 12 bulan dengan gaji RM2,800 sebulan kepada graduan Bumiputera yang menganggur.
  • Program ini mencatat kadar kebolehkerjaan purata 90% dalam tempoh enam bulan selepas tamat, dengan permohonan dibuka 1 hingga 30 September 2026.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pengangguran adalah satu masalah sosial yang bukan sahaja dilalui individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Diploma tetapi juga graduan Ijazah Sarjana Muda.

Namun apa yang pasti, tempoh menganggur yang begitu panjang boleh memberi kesan emosi kepada seseorang malah membawa kepada tekanan yang teruk.

Baca Artikel Berkaitan: 29,000 Graduan Menganggur Selepas 6 Bulan Tamat Pengajian Pada Tahun 2022 – Menteri Pendidikan Tinggi

Program ILTIZAM PDP Buka Peluang Kepada Graduan Tanpa Kerja Tetap, Gaji RM2.8K Sebulan Bagi Tempoh 12 Bulan

Buat anda yang sedang berdepan dengan masalah ini, ILTIZAM Program Pembangunan Profesional (PDP) kembali menawarkan penempatan kerja selama 12 bulan kepada graduan Bumiputera dengan jaminan pendapatan sebanyak RM2,800 sebulan.

Program anjuran Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) ini membuka peluang kepada peserta untuk menjadi Graduate Associate (GA) di Ekuinas, syarikat portfolio atau syarikat rakan kongsi bagi Kohort 2027 (intake 2027).

Antara syarikat dan organisasi terlibat dalam program ini ialah:

  • Cradle
  • Dagang NeXchange Berhad (DNeX)
  • MIMOS Berhad
  • Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC)
  • UNITAR
  • Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan banyak lagi

Apa Yang Ditawarkan Program ILTIZAM PDP?

ILTIZAM PDP bukannya latihan industri biasa, tetapi program pekerjaan sepenuh masa yang memberi pengalaman sebenar, akauntabiliti dan pendedahan industri.

Memetik laman Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) kendalian Kementerian Ekonomi, program itu merangkumi:

  • Pembelajaran di tempat kerja
  • Latihan berkaitan pengetahuan industri
  • Pembangunan peribadi
  • Kecekapan teknikal
  • Kemahiran insaniah

Program ini bertujuan meningkatkan kebolehpasaran peserta berteraskan nilai-nilai ‘HARAP’ iaitu rendah hati (Humble), tangkas (Agile), berdaya tahan (Resilient), adab (Character) dan profesionalisme (Professionalism).

Caruman KWSP & PERKESO Disediakan, Insurans Dilindungi Sepanjang 12 Bulan

Selain gaji bernilai RM2,800 sebulan, peserta juga akan menikmati caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk tempoh satu tahun.

Peserta turut dilindungi insurans sepanjang tempoh program berjalan.

Permohon Dibuka Hingga 30 September, Ini Syarat Kelayakan Permohonan Program ILTIZAM PDP 2027

Buat anda yang berminat, di sini kami kongsikan syarat kelayakan permohonan Program Iltizam PDP 2027 yang dibuka dari 1 hingga 30 September ini:

  1. Graduan bumiputera (yang memenuhi kriteria)
  2. Graduan Ijazah Sarjana Muda daripada institusi pengajian tinggi tempatan, sama ada UA, kolej awam atau swasta
  3. Berumur 30 tahun ke bawah
  4. Belum mendapat pekerjaan tetap/graduan yang masih menganggur
  5. Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Graduan Hanya Terima RM2,000-RM2,500 Sebulan” – MPGN Gesa Kerajaan Semak Semula Struktur Gaji Negara

Apa Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mohon Program ILTIZAM PDP 2027?

  • Sijil Ijazah Sarjana Muda dan transkrip akademik
  • Resume (CV)
  • Kad pengenalan (MyKad)
  • Gambar berukuran pasport

Cara Mohon Program ILTIZAM PDP 2027

  1. Layari pautan ILTIZAM PDP [DI SINI].
  2. Tekan butang Apply Now
  3. Daftar akaun baharu dan log masuk
  4. Tekan butang My Application dan pilih Create New Application
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diminta termasuk muat turun dokumen sokongan
  6. Hantar permohonan

Anda boleh membuat permohonan [DI SINI].

Tarikh Penting Bagi Permohonan ILTIZAM PDP 2027

  • 1 – 30 September 2026 →Tempoh permohonan secara atas talian dibuka
  • Pertengahan bulan Oktober hingga November → Calon yang disenarai pendek (shortlisted) akan dijemput hadir ke Pusat Penilaian (Assessment Centre) di kawasan masing-masing
  • Disember 2026 → Pengumuman peserta yang layak dan berjaya memasuki program
  • Januari 2027 → Graduan yang terpilih akan memulakan PDP 2027 dengan program induski selama seminggu dan memulakan tugasan di syarikat penempatan

ILTIZAM PDP Rekod Kadar Kebolehkerjaan 90% Dalam Tempoh 6 bulan Selepas Program Tamat

Sekadar info, Ketua Pegawai Eksekutif Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), Aliff Omar Mohamad Omar sebelum ini memaklumkan ILTIZAM PDP mencatat kadar kebolehkerjaan purata sekitar 90% dalam tempoh enam bulan selepas tamat program.

Memetik Berita Harian, Aliff berkata, 60% graduan bagi Kohort 2025 berjaya memperoleh pekerjaan tetap setakat awal Februari 2026.

Buat graduan menganggur yang buntu tentang hala tuju kerjaya, jangan lepaskan peluang ini untuk memohon ILTIZAM PDP 2027. Tak salah kan mencuba?

Seperti orang selalu kata, “rejection is better than regret” (lebih baik ditolak daripada hidup dalam penyesalan).

Untuk membuat permohonan, tekan pautan [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Malu Jadi Penganggur? Syarikat Di China Tawar Servis ‘Pura-pura Kerja’, Siap Ada Pejabat Sendiri

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.