Now Reading
Kenapa Tak Boleh Potong Misai Kucing? Ini Penjelasan Veterinar [Video]

Kenapa Tak Boleh Potong Misai Kucing? Ini Penjelasan Veterinar [Video]

Menurut Dr Zura misai kucing yang tercabut atau gugur dengan sendirinya tidak menjadi masalah kerana ia akan tumbuh semula dalam tempoh beberapa minggu atau bulan.

Ringkasan
  • Misai kucing bukan bulu biasa, ia berfungsi sebagai alat deria sensitif yang bersambung dengan sistem saraf.
  • Memotong misai menyebabkan kucing sukar mengukur jarak, sering terlanggar barang, hilang keseimbangan, dan mudah terjatuh.
  • Kucing yang dipotong misainya juga mengalami tekanan, hilang keyakinan diri, suka menyendiri, dan sukar memburu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@zuradiamond/video/7674950349668535559

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang mempunyai sifat comel, penyayang serta menghiburkan dan menjadi pilihan orang ramai.

Namun ramai yang memelihara si comel ini tetapi tidak mengetahui apakah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan contohnya misai kucing tidak boleh dipotong sesuka hati, kuku tidak boleh dibiarkan panjang, telinga harus sentiasa bersih dan sebagainya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Ke Kucing Makan Durian? Ini Penjelasan Doktor Veterinar [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tahi Kucing Merata & Dipenuhi Sampah! Owner Terkejut Penyewa Tinggalkan Rumah Sewa Dalam Keadaan Kotor [Video]

Doktor kongsi kenapa tak boleh potong misai kucing

Baru-baru ini seorang doktor veterinar, Dr Zura telah berkongsi sebab mengapa kita tidak boleh memotong misai kucing.

Menurut Dr Zura misai kucing bukanlah bulu biasa seperti yang ada pada badan mereka, malah ia berfungsi seperti alat deria yang sensitif tertanam di dalam kulit serta bersambung dengan sistem saraf.

Apa berlaku jika potong misai kucing?

Jelas Dr Zura apabila misai kucing dipotong ia akan memberikan kesan kepada mereka, sebagai contoh:

  • Si comel tidak boleh mengagak ruang atau jarak contohnya kucing mahu masuk ke tempat yang sempit, sukar untuknya mengukur sama ada lepas atau tidak
  • Sering terlanggar barang
  • Sering lompat dengan cara salah kerana tidak boleh mengukur jarak

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Langsung Tak Halau” – Ramai Puji Restoran Mamak Santuni Kucing Terbiar, Beri Makan Ikan Siap Lapik Dengan Kertas [Video]

Tak dapat nak berjalan dengan stabil selain hilang keyakinan diri

Selain itu, keseimbangan si comel ini juga akan terganggu seperti mudah terjatuh apabila memanjat selain menyukarkannya untuk berjalan dengan stabil.

“Nombor tiga, kucing kalau kita dah potong misai dia ni dia akan mengalami masalah rasa macam tertekan atau pun gelisah.

“Apa simptom yang kita nampak pada kucing kita? Dia macam hilang keyakinan, suka menyendiri, menyorok dan tidak suka bergaul,” jelasnya.

Menyukarkan si comel untuk memburu

Kami yakin semua tahu yang kucing mempunyai sifat semulajadi suka memburu, jadi tindakan memotong misai akan menyukarkan mereka melakukan aktiviti terbabit.

Ini kerana, perbuatan itu boleh menumpulkan deria mereka. Namun sekiranya misai kucing tercabut atau gugur dengan sendirinya itu adalah tidak mengapa kerana ia akan tumbuh semula dalam tempoh beberapa minggu atau bulan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.