
Bawah Mata Tiba-tiba Berdenyut? Doktor Kongsikan Apakah Puncanya [Video]
Kata Dr Durrah bawah mata berdenyut merupakan keadaan yang dipanggil ‘Eyelid Myokymia’ di mana otot di keliling mata orbicularis oculi berdenyut dengan sendiri serta tidak boleh dikawal untuk berhenti.
- Eyelid myokymia, atau otot bawah mata berdenyut, berlaku apabila otot orbicularis oculi berdenyut sendiri dan tidak boleh dikawal.
- Punca utama termasuk kurang tidur, pengambilan kafein berlebihan, dan melihat skrin terlalu lama tanpa rehat.
- Dr Durrah mengesyorkan cukup tidur, kurangkan kafein, dan gunakan kaedah 20-20-6 meter untuk meringankan masalah ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap di antara kita pasti pernah berdepan dengan situasi di mana otot di bawah mata tiba-tiba berdenyut-denyut. Ada yang mengatakan kononnya apabila berdenyut kerana mahu menangis.
Namun secara saintifik terdapat sebab mengapa otot di bawah mata berdenyut.
Doktor kongsi apa punca otot bawah mata berdenyut
Baru-baru ini doktor estetik mata, Dr Durrah dari Klinik Camelia Aesthetic telah berkongsi apakah punca otot di bawah mata seseorang itu berdenyut atau twitching.
Kata Dr Durrah keadaan tersebut dipanggil ‘eyelid myokymia.’ Ianya disebabkan otot di keliling mata iaitu orbicularis oculi berdenyut dengan sendiri serta ia tidak boleh dikawal untuk berhenti.
Jelasnya, perkara itu kebisaannya hanya berlaku pada sebelah mata sahaja di mana ia berdenyut dan berhenti dengan sendirinya.
Mata berdenyut sendiri kerana tak cukup tidur dan pengambilan kafein
“Punca kenapa ia berlaku kebiasaannya disebabkan tidak cukup tidur. Apabila tidak cukup tidur, otot mata tidak mendapat rehat yang cukup dan dia akan penat (fatigue) dan berdenyut sendiri,” katanya.
Selain itu, pengambilan kafein yang berlebihan juga menyebabkan berlakunya masalah di mana otot di bawah mata berdenyut secara tiba-tiba.
Menurut Dr Durrah ia tidak semestinya seseorang itu mengambil kopi sahaja, kerana pengambilan teh berlebihan juga boleh menyebabkan tahap kafein meningkat.
Melihat skrin pada tempoh yang lama boleh jadi punca bawah mata berdenyut
Pekerjaan harian atau mungkin aktiviti harian di mana menonton atau melihat skrin seperti telefon pintar, televisyen, dan juga komputer riba juga boleh menyebabkan otot bawah mata berdenyut secara tiba-tiba.
Ini disebabkan mata anda melihat skrin pada jarak yang dekat untuk tempoh masa yang lama.
“Sewaktu melihat skrin, ada dua benda yang berlaku di mana kita kurang mengelipkan mata serta otot pada mata akan bekerja lebih banyak untuk penglihatan (vision) fokus. Kebiasaannya kita akan mengelip mata dalam 15 ke 20 kali per minit.
“Namun ketika melihat skrin, kita cuma mengelip mata lima ke tujuh kali untuk per minit.”
Selain itu, antara punca lain otot mata berdenyut juga boleh disebabkan mata kering atau kerengsaan.
@drdurrah Bawah mata tiba2 berdenyut 👀 @KLINIK CAMELIA AESTHETIC #eyetwitching #eyelidmyokymia #undereye #tiredeyes #undereye
♬ original sound – Eye Aesthetic Doctor – Eye Aesthetic Doctor
Langkah boleh dilakukan jika otot mata berdenyut
Dalam satu lagi video dikongsikan, Dr Durrah turut menjelaskan apakah perkara yang boleh dilakukan sekiranya berdepan dengan masalah otot bawah mata berdenyut:
- Cukupkan rehat dan pastikan anda mendapat tidur selama tujuh ke lapan jam. Elakkan berjaga sehingga larut malam kerana ia boleh menyebabkan otot pada mata penat
- Kurangkan pengambilan kafein dan pastikan waktu terakhir anda mengambilnya sekitar tengah hari bukan lewat petang atau malam
- Sekiranya pekerjaan anda perlu berdepan dengan skrin, perkara yang boleh dilakukan adalah alihkan pandangan setiap 20 minit dan lihat sesuatu yang lebih jauh sekitar 6 meter selama 20 saat. Selepas itu barulah anda melihat semula pada skrin
- Selain itu, anda juga boleh menyimpan cecair pelincir mata (eye lubricant) atau cecair mata khususnya bagi mereka yang mempunyai masalah mata kering. Caranya adalah titikkan tiga ke empat kali sehari
“Kebiasaannya eye twitching (otot bawah mata berdenyut) bukanlah satu perkara yang serius. Tetapi jika mata anda bengkak, merah, berair atau kelopak mata tertutup sendiri maka anda perlu berjumpa dengan doktor.”
@drdurrah Bawah mata tiba2 berdenyut ❓ Apa nak buat ❓ 👀 @KLINIK CAMELIA AESTHETIC #eyelidmyokymia #undereye #eyetwitching #tiredeyes #eyemuscles
♬ original sound – Eye Aesthetic Doctor – Eye Aesthetic Doctor
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






