Now Reading
Penasihat Kesihatan Mental Kongsi 3 Situasi Yang Tak Sesuai Phubbing Atau Bermain Telefon [Video]

Penasihat Kesihatan Mental Kongsi 3 Situasi Yang Tak Sesuai Phubbing Atau Bermain Telefon [Video]

Antara perkara yang perlu dielakkan adalah elakkan bermain telefon ketika sedang bersosial kerana ia membuatkan seseorang berasa personaliti anda lemah atau kurang kawalan diri.

Ringkasan
  • Penasihat Kesihatan Mental, Amirul Ramli mengingatkan orang ramai untuk elak menggunakan telefon pintar ketika berada dalam situasi sosial yang tidak selesa, ia secara tidak langsung menunjukkan anda lemah. 
  • Elak gunakan telefon ketika mental penat, biarkan diri berehat, kerana bermain telefon akan membuatkan otak sentiasa bekerja. 
  • Izinkan diri untuk merasai bosan tanpa perlu bermain telefon, kebosanan akan membuatkan otak berfikir secara kreatif dan menyelesaikan masalah. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kewujudan teknologi yang semakin canggih ini secara tidak langsung telah membuka ruang kepada manusia untuk mencari keseronokan yang diinginkan. Jika dahulu anda mungkin akan selalu mencuba pelbagai aktiviti untuk meluangkan masa yang ada.

Namun kini tidak lagi, bahkan setiap kali berasa bosan tangan pasti cepat sahaja mencapai telefon pintar dan mula mencari keseronokan yang dimahukan.

Baru-baru ini Penasihat Kesihatan Mental dan Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli telah menasihatkan orang ramai yang suka melihat telefon atau ‘phubbing’ untuk mengelakkan daripada melakukan tiga perkara ini.

Sebagai info, phubbing bermaksud seseorang itu bermain telefon sehingga mengabaikan individu yang berada disekeliling yang sedang berkomunikasi dengannya.

Kewujudan perkataan phubbing adalah gabungan daripada perkataan “phone + snubbing (tak peduli).”

#1 Elak main telefon ketika sedang dalam situasi sosial tidak selesa

Menurut Amirul seseorang itu perlu mengelak bermain telefon ketika berada dalam situasi sosial tidak selesa contohnya ketika berada dalam mesyuarat atau taklimat di mana situasi terdapat individu sedang bercakap di hadapan.

Situasi seperti ini mungkin akan membuatkan anda berasa bosan, tidak selesa, atau awkward lalu mengambil keputusan untuk bermain telefon.

Tindakan ini secara tidak langsung membuatkan otak menggangap telefon pintar adalah solusi kepada ketidakselesaan.

“Jangan buat. Bila orang nampak perkara ini, orang pandang anda ada personaliti yang lemah atau kurang kawalan diri,” katanya.

#2 Jangan buat benda yang memenatkan lagi otak

Ujarnya apabila sudah penat, seseorang tidak digalakkan untuk melakukan perkara yang akan menyebabkan individu berasa lebih penat contohnya bermain telefon.

Katanya meskipun ada merasakan bermain telefon adalah satu aktiviti yang santai namun sebenarnya otak anda masih perlu bekerja.

“Jadi bila mental penat, rehatkan otak.”

#3 Biarkan diri untuk berasa bosan

Tambahnya lagi, terdapat segelintir yang tidak boleh membiarkan diri mereka berasa bosan. Malah akan memilih untuk bermain telefon apabila mula berasa bosan.

Ujar Amirul, ada ketika seseorang individu perlu untuk ‘membosankan diri’ dan cuba untuk selesakan diri dengan kebosanan tersebut.

Jelasnya kerana ini masa terbaik untuk otak:

  • Berfikir
  • Minda mengembara
  • Menghubungkan idea
  • Menyelesaikan masalah
  • Meningkatkan kreativiti

Ujarnya perkara yang terlintas dalam pemikiran boleh mengubah kehidupan manusia secara total namun perkara itu tidak boleh dilakukan kerana anda tidak memberikan peluang pada diri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.