
Tak Nak Bagi Anak Makan Coklat Kerana Takut Gigi Rosak? Rupanya Ini Kebaikan Sebenar
Menurut Hello Doktor, di dalam coklat terdapat magnesium yang boleh membantu membina otot serta menguatkan tulang kanak-kanak.
- Coklat mengandungi antioksidan, vitamin, dan protein yang baik untuk tumbesaran dan sistem imunisasi kanak-kanak.
- Kandungan kafein dalam coklat sangat rendah berbanding kopi, jadi pengambilan dalam kuantiti kecil tidak memudaratkan kesihatan anak.
- Bahan dalam serbuk koko boleh menghalang pembiakan bakteria dan fosforus dalam coklat menguatkan gigi kanak-kanak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan kita sering mendengar larangan untuk memberikan anak-anak kecil makan coklat. Yelah, coklat kebiasaannya mempunyai rasa yang berlemak dan manis.
Ramai ibu bapa atau individu dewasa yang mungkin menyangka coklat hanya sekadar manisan dan tidak mempunyai khasiat. Selain itu, ada juga berpendapat coklat akan membuatkan gigi menjadi rosak, atau menyumbang kepada penyakit seperti obesiti dan sebagainya.
Coklat ada khasiat tersendiri dan baik untuk tumbesaran anak
Namun tahukah anda, coklat sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri. Memetik laporan Hello Doktor, ramai ibu ayah yang mungkin tidak mengetahui bahawa coklat sebenarnya mempunyai khasiat untuk tumbesaran kepada kanak-kanak.
Akan tetapi, awas! Ia bukanlah pada jumlah yang banyak, dan pemberian sekali-sekali kepada anak-anak adalah tidak memudaratkan.
Ini kerana, terdapat banyak kajian yang menunjukkan coklat yang dihasilkan daripada koko sebenarnya memberikan kebaikan kepada kesihatan.
Untuk maklumat semua coklat mengandungi:
- Karbohidrat
- Protein
- Lemak
- Vitamin
Coklat mengandungi antioksidan
Kandungan ini sebenarnya baik untuk tumbesaran anak-anak, kerana ia juga mengandungi antioksidan yang boleh membantu dalam melindungi tubuh daripada radikal bebas.
Selain itu, coklat juga boleh membantu si kecil untuk melegakan tekanan serta menenteramkan atau membantu menenangkan emosi anak.
Bukan hanya itu antioksidan di dalam coklat juga boleh membaiki selain menguatkan sistem imunisasi badan si kecil.
Kafein dalam coklat tak sebanyak dalam secawan kopi
Ramai ibu bapa yang tidak mengalakkan anak mereka untuk menikmati coklat disebabkan kandungan kafein yang terdapat dalam coklat. Ya selain kopi, coklat juga mengandungi kafein tersendiri.
Bahkan terdapat ura-ura yang mengatakan kandungan kafein dalam coklat boleh menyebabkan:
- Kanak-kanak terlalu aktif
- Sukar tidur
Akan tetapi, kafein di dalam coklat sebenarnya mempunyai jumlah yang sangat kecil daripada jumlah kafein yang ada dalam secawan kopi.
Pengambilan coklat dalam kuantiti sikit adalah tidak memudaratkan
“Sebagai contoh, satu auns coklat ada 5 miligram (mg) kafein. Sementara, satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 mg kafein secawan. Jadi, pengambilan coklat dalam kuantiti yang sedikit dan sekali-sekala adalah tidak memudaratkan kesihatan anak anda.
“Selain itu, coklat juga mengandungi magnesium yang dapat membantu membina otot dan menguatkan tulang kanak-kanak. Malah, kandungan tenaga dan protein yang ada dalam coklat adalah baik untuk menambahkan stamina kanak-kanak terutama di peringkat usia mereka yang sedang lasak,” ujarnya.
Apa yang lebih menarik, pemberian coklat juga boleh membantu meningkatkan selera makan anak anda khususnya jika mereka mempunyai masalah cerewet dalam pemakanan.
Bahan yang ada dalam serbuk koko boleh halang pembiakan bakteria
Kita sering mendengar pemberian coklat pada anak-anak kecil boleh menyebabkan gigi rosak.
Akan tetapi menurut Lembaga Koko Malaysia, kajian yang dibuat menunjukkan sebenarnya dalam salah satu bahan yang ada dalam serbuk koko boleh menghalang kepada pembiakan bakteria dari membentuk plak pada gigi.
Bukan hanya itu, kandungan fosforus yang ada pada coklat sebenarnya menguatkan gigi kanak-kanak.
“Selain itu, lemak koko yang merupakan bahan asas dalam pembuatan coklat juga adalah mudah cair di dalam mulut. Jadi, coklat yang dimakan anak anda tidak akan tersimpan lama di dalam mulutnya. Oleh itu, pembentukan plak dapat dicegah.”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.





