
Boleh Ke Minum Kopi Lebih 1 Cawan Setiap Hari Jika Ada Masalah Jantung? Ini Penjelasan Doktor Pakar [Video]
Menurut Pakar Jantung terkenal dari Hospital KPJ, Dr Onn Akbar Ali, kopi bukanlah punca utama kepada serangan jantung yang perlu dirisaukan pesakit.
- Menurut Dr Onn Akbar Ali, pesakit jantung boleh minum 1-3 cawan kopi sehari, dan kebanyakan masanya ia tidak memudaratkan kesihatan.
- Bagaimanapun, bahan tambahan seperti gula, karamel, cream dalam kopi boleh menyebabkan kadar gula dan tekanan darah meningkat.
- Selain bahan tambahan, kandungan kafein yang tinggi juga boleh menjejaskan kesihatan pesakit jantung.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, Doktor Pakar Jantung terkenal, Dr Onn Akbar Ali menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya ada berkongsi tentang pertanyaan yang diterima daripada pesakitnya mengenai diet individu yang mengalami masalah jantung.
Soalan: Boleh ke minum air kopi kalau ada masalah jantung?
Tidak Ada Masalah Jika Pesakit Jantung Mahu Ambil 1-3 Cawan Kopi Sehari Tapi.. – Dr Onn
Menurut Dr Onn yang juga pakar di Hospital Pakar KPJ Kajang, jawapan paling tepat kepada soalan itu adalah boleh. Jelasnya, pengambilan 1-3 cawan kopi sehari tidak mempengaruhi kesihatan kebanyakan pesakit yang mengalami masalah jantung.
Bahan-bahan Tambahan Seperti Karamel & Cream Punca Kadar Gula Naik
Bagaimanapun apa yang menjadi masalah apabila kopi itu dicampur dengan bahan-bahan tambahan lain yang memudaratkan kesihatan.
“Banyak orang minum air kopi tambah air gula, karamel, macam-macam cream, menyebabkan naik kadar gula dan kalori dalam kopi tu.
“Tu masalah pertama. Bukan (punca) kopi itu sendiri. Tapi gula dan susu-susu yang tak sihat, sirap yang kita tambah dalam kopi menyebabkan naik kadar gula (sekaligus), naik sindrom metabolik dan lagi teruk kencing manis,” tegasnya.

Individu Obes Akibat Pengambilan Makanan & Minuman Lebih Berisiko Alami Penyakit Jantung
Memetik Hello Doktor, makanan dan minuman manis adalah antara pantang larang bagi pesakit jantung. Hal ini kerana ia boleh mengundang risiko berat badan meningkat sekaligus boleh membawa kepada masalah obesiti.
Mereka yang berdepan masalah berat badan berlebihan mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidap sakit jantung. Oleh disebabkan itu, adalah lebih baik untuk minum kopi O tanpa sebarang bahan tambahan manis seperti yang dikongsi Dr Onn.
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kongsi 3 Jenis Makanan Boleh Bantu Tingkatkan Kesihatan Jantung [Video]
Kandungan Kafein Juga Antara Faktor Utama Kadar Gula Naik Mencanak
Bukan sahaja bahan-bahan tambahan, malah kandungan kafein yang tinggi juga boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan jantung seseorang terutamanya buat mereka yang sudah didiagnos penyakit jantung.
Dr Onn berkata, kandungan kafein boleh menyebabkan nadi jantung serta tekanan darah meningkat. Bagi sesetengah pesakit, meraka akan mengalami rasa berdebar-debar selepas minum kopi.
“Tapi kalau setakat minum satu, dua atau tiga cawan kopi sehari tak ada kesan sangat sebenarnya kepada jantung untuk kebanyakan pesakit. Ada sesetengah pesakit sangat sensitif kepada kafein. Terpaksa minum decaf (kopi tanpa kafein) sebab dia minum kopi sikit je dia rasa debar-debar, palpitasi ataupun rentak jantung yang tak normal,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Kajian Dedah Pengambilan Kafein Berlebihan Undang Bahaya Pada Kesihatan Jantung
Bila Perlu Jumpa Doktor Jika Alami Rasa Berdebar-debar?
Untuk info, kebanyakan palpitasi berlanjutan selama beberapa saat atau minit. Anda juga boleh merasai sensasi debaran itu di bahagian leher, tekak serta dada.
Namun jika anda merasa simptom seperti di bawah, sebaiknya segera berjumpa dengan doktor:
- Sesak nafas
- Pening
- Sakit dada
- Pengsan
Menurut pakar itu di akhir perkongsian, sekiranya anda sensitif kepada kafein, maka jauhilah pengambilan kopi.
Namun jika anda seseorang yang selalu minum kafein tanpa masalah dan tiba-tiba diserang penyakit jantung, tiada masalah untuk mengambil minuman itu semula selepas itu.
Baca Artikel Berkaitan: Result ECG Normal Tak Bermakna Tak Ada Penyakit Jantung – Pakar
@dronnakbarali Ramai orang tanya akau, lepas sakit jantung boleh ke saya minum kopi lagi doktor ?. Siapa sini suka minum kopi kosong cuba komen. #drOnn #Kpjkajang #Kopikosong #sakitjantung #minumkopi
♬ original sound – DR ONN AKBAR ALI – DR ONN AKBAR ALI
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Sebabkan Masalah Jantung & Buah Pingang, 95% Penduduk Malaysia Tak Makan Sayur
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Tak Boleh Minum Kopi 2-3 Kali Sehari? Ini Sebabnya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ada Kolesterol Tapi Suka Minum Kopi? Pastikan Kopi Anda Ditapis Dahulu! [Video]
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹







