Now Reading
Dah Bersenam Tapi Perut Masih Buncit? Ini Mungkin Puncanya

Dah Bersenam Tapi Perut Masih Buncit? Ini Mungkin Puncanya

Antara perkara yang menyebabkan perut buncit meskipun sudah bersenam adalah kerana kortisol yang tinggi.

Ringkasan
  • Tahap kortisol yang tinggi akibat kurang tidur boleh menyebabkan badan menyimpan lemak di bahagian perut, dikenali sebagai visceral fat.
  • Makan lebih banyak kalori daripada yang dibakar semasa bersenam, seperti selepas jogging, masih menyebabkan perut buncit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ramai yang memasang azam untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat. Bahkan jika sebelum ini mereka tidak bersenam, ada yang sudah pun melakukan aktiviti sihat itu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Bagus! Anda dah pun bertindak untuk mengejar matlamat itu. Namun pasti ada yang bingung dan tertanya-tanya mengapa bahagian perut masih lagi buncit walhal sudah pun bersenam seperti yang disarankan.

Kortisol tinggi antara punca perut buncit

Baru-baru ini seorang pengguna Threads, Mohd Adam telah berkongsi perkara itu berlaku mungkin disebabkan kortisol.

Katanya, terdapat satu hormon di dalam badan yang sedang mengkhianati semua usaha kamu.

“Hormon tu nama dia kortisol, dia yang pilih sama ada badan akan bakar atau simpan lemak,” ujarnya.

Katanya lagi, apabila kortisol di dalam badan tinggi ia akan membuatkan badan berada dalam mood ‘ survival.’ Oleh itu, tidak kiralah jika anda ke gim lima kali seminggu sekalipun ia mungkin akan menyimpan lemak di bahagian perut itu.

Lemak tersebut bukanlah lemak biasa, sebaliknya ia dikenali sebagai ‘visceral fat’ di mana lemak yang meliputi organ dalam badan.

View on Threads

Punca kortisol meningkat kerana tak cukup tidur seperti disarankan

Foto: Pexels

Antara punca kortisol meningkat dan ramai kurang cakna adalah tidur yang tidak cukup.

Tidur yang kurang daripada enam jam boleh menyebabkan:

  • Kortisol naik
  • Hormon lapar naik
  • Keinginan terhadap gula dan lemak membuak-buak
View on Threads

Tanda kortisol tinggi

Selain itu antara tanda badan sedang mempunyai kortisol tinggi pula:

  • Perut buncit tapi anggota badan lain okay
  • Penat walau dah tidur
  • Mahukan makanan manis waktu tengah malam
  • Otak tepu (brain fog)

Oleh itu, perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah perbetulkan tidur anda dan pastikan ia berkualiti. Ini mungkin antara perkara yang boleh membantu seperti:

  • Pastikan bilik gelap
  • Berhenti melihat sebarang skrin seperti telefon atau televisyen satu jam sebelum tidur
  • Makan malam di waktu awal
  • Tidur dan bangun pada waktu yang sama pada setiap hari
View on Threads

Antara sebab lain perut buncit adalah pembakar kalori sedikit

Perkara sama juga dijelaskan Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran bahkan turut menyenaraikan sebab lain perut seseorang masih buncit walau sudah bersenam setiap hari.

Menurut PHM, seseorang itu mungkin mengalami perut buncit disebabkan makan lebih banyak daripada yang dibakar.

“Fakta pahit: jogging 30 minit cuma bakar – 200 kalori. Tapi sepinggan nasi lemak dan teh tarik selepas jogging adalah 600 kalori. Matematiknya anda masih ‘hutang’ 400 kalori,” jelasnya.

Lemak di bahagian perut masih tebal, perlu buat senaman kardio seluruh badan

Foto: Pexels

Seterusnya adalah mitos mengenai ‘spot reduction’ (buat sit-up), ini kerana ramai percaya dengan senaman seperti sit-up ia akan membakar lemak pada bahagian perut.

Ia adalah salah, aktiviti senaman sit-up hanya menguatkan otot di bawah lemak. Namun jika lapisan lemak masih tebal, maka adalah sukar untuk melihat ‘six-pack’ anda.

Maka perkara yang boleh dilakukan adalah anda boleh membuat senaman kardio seluruh badan untuk membakar kalori dan jaga makan seperti membuat defisit kalori.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.