Now Reading
Kaum Wanita Mudah Sakit Atau Rambut Gugur? Kurang Vitamin D Mungkin Puncanya

Kaum Wanita Mudah Sakit Atau Rambut Gugur? Kurang Vitamin D Mungkin Puncanya

Menurut Public Health Malaysia, sekitar 60-70% golongan wanita di Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D.

Ringkasan
  • Sekitar 60-70% wanita di Malaysia alami kekurangan vitamin D khususnya yang menetap di bandar dan kurang pendedahan terhadap matahari. 
  • Kekurangan vitamin D melemahkan sistem imun badan menyebabkan mudah sakit, rambut gugur, kerap rasa lesu, sukar tidur dan banyak lagi. 
  • Sumber terbaik vitamin D termasuklah sinaran matahari pagi, ikan berlemak seperti salmon dan tuna, kuning telur serta banyak lagi. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mungkin ada di antara kita yang sering jatuh sakit namun tidak tahu apakah puncanya. Tetapi pernah terfikir tak kalau tubuh badan anda sebenarnya sedang memberi isyarat kekurangan vitamin D.

Sebelum itu, apa sebenarnya vitamin D ni?

Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang membantu penyerapan kalsium dan fosfor, menjaga kesihatan tulang dan gigi, serta menyokong sitem imun badan manusia.

Kebiasaannya, orang akan mengaitkan vitamin D dengan sinaran cahaya matahari. Ya, betul. Sumber utama bagi vitamin D adalah cahaya matahari namun ia terbahagi kepada dua jenis iaitu vitamin D2 dan vitamin D3.

Foto: Vitamin D dari sinaran cahaya matahari

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Panas & Rumah Terasa Panas? Ini Tips Sejukkan Rumah Tanpa Aircond

Beza Vitamin D2 & D3

Apakah perbezaannya?

  • Vitamin D2: Berasal daripada pelbagai jenis tumbuhan, tanaman atau haiwan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti cendawan shiitake
  • Vitamin D3: Pendedahan terus atau langsung tubuh badan seseorang terhadap cahaya matahari terutamanya pada waktu pagi sekitar jam 9 ke 11 pagi.

Hampir 70% Wanita Di Malaysia Kekurangan Vitamin D

Kalau anda nak tahu, kekurangan vitamin D lebih cenderung berlaku dalam kalangan wanita. Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), sekitar 60-70% golongan wanita di Malaysia mengalami masalah ini.

Gambar sekadar hiasan.

Tak Terdedah Kepada Cahaya Matahari Antara Punca Kurang Penyerapan Vitamin D

Memetik PHM lagi, kekurangan itu lebih ketara dalam golongan wanita yang tinggal di kawasan bandar.

Ini kerana mereka berkemungkinan kurang pendedahan kepada sinaran cahaya matahari kerana gaya hidup yang lebih banyak menghabiskan masa di dalam bangunan.

Lebih-lebih buat mereka yang bekerja dari rumah (work from home), hibrid, hampir sepanjang masa di dalam pejabat atau pergi dan balik kerja tidak nampak cahaya matahari.

Wanita Melayu & India Lebih Lazim Alami Masalah Kekurangan Vitamin D

Kajian diterbitkan jurnal Public Health Nutrition pula mendapati wanita keturunan Melayu dan India lebih cenderung mengalami kekurangan vitamin D.

Ini mungkin disebabkan kulit badan mereka yang kurang cerah berbanding kaum Cina serta pemakaian yang menutupi hampir keseluruhan badan.

Baca Artikel Berkaitan: Anda Selalu Demam On Off? Ini Fakta Tentang ‘Sick Building Syndrome’ Yang Perlu Diberi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: WFH Memang Best! Tapi Pengurusan Kewangan Yang Tak Bijak Buat Beban Hutang Meningkat

Kekurangan Vitamin D Berkait Rapat Dengan Sistem Imun Badan Yang Rendah

Masalah kekurangan pendedahan cahaya matahari ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh mengundang masalah kesihatan yang lebih serius seperti osteoporosis, kelemahan otot, dan gangguan imun sistem badan.

Memetik Halo Doc, kekurangan vitamin D akan memberi kesan kepada imun badan sekaligus menyebabkan seseorang itu mudah sakit. Ini kerana badan tidak cukup kebal untuk melindungi daripada bakteria atau virus akibat kekurangan vitamin di dalam tubuh.

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Pelukan Suami Boleh Bantu Kuatkan Imuniti Badan Isteri? Ini Penjelasannya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mahu Tingkatkan Imun Badan Anak? Aktiviti Sunbathing & Grounding Mampu Membantu

Tanda-tanda Badan Kekurangan Vitamin D

Antara gejala-gejala kekurangan vitamin D lain yang boleh diperhatikan adalah seperti berikut:

  1. Sakit pinggang, belakang dan kaki
  2. Rasa penat yang berterusan, walaupun selepas sudah mendapatkan rehat yang mencukupi
  3. Rambut kerap gugur
  4. Mudah jatuh sakit
  5. Selalu rasa murung atau badan lesu
  6. Mengalami masalah tidur

Cahaya Matahari Sumber Vitamin D Terbaik

Memetik Hello Doktor, pakar mengesyorkan seseorang itu mendapatkan sekurang-kurangnya 15 mikrogram (mcg) vitamin D sehari dari pelbagai sumber termasuklah vitamin D2 dan vitamin D3.

Untuk info, sumber vitamin D3 yang mencukupi turut membantu penyerapan mineral kalsium dengan lebih berkesan. Malah ia membantu mengurangkan risiko patah tulang.

Contoh Makanan Yang Mengandungi Zat Vitamin D

Meskipun vitamin D yang terbaik adalah daripada sinaran cahaya matahari pada waktu pagi, namun anda juga boleh menambah sumber vitamin tersebut daripada beberapa jenis makanan seperti:

  • Ikan berlemak seperti salmon, tuna dan sardin
  • Minyak ikan kod
  • Kuning telur
  • Hati daging lembu
  • Jamur (cendawan atau kulat)
  • Produk makanan yang ditambahkan vitamin D seperti susu atau oatmeal

Anda juga boleh mengambil suplemen vitamin D. Namun kami menasihatkan anda untuk mendapatkan dahulu konsultasi pakar mengenai pengambilan sumplemen atau langkah terbaik yang perlu dilakukan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.