
Doktor Pakar Tak Galakkan Ibu Bersalin Czer Makan Ikan Haruan, Ini Penjelasannya [Video]
Kata Pakar O&G Dr Azalea, beliau tidak menafikan ikan haruan boleh menyembuhkan luka namun ia tidak digalakkan untuk dimakan ibu yang bersalin secara caesar
- Dr Azalea Md Khairuddin, pakar O&G di Hospital Salam Senawang, tidak menggalakkan wanita bersalin caesar memakan ikan haruan.
- Walaupun ikan haruan mempercepatkan penyembuhan luka, ia menyebabkan perlekatan teruk antara organ seperti pundi kencing, rahim, dan otot.
- Dr Azalea mengesyorkan menunggu sebulan selepas pembedahan sekiranya ingin memakan ikan haruan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Petua mengamalkan ikan haruan selepas bersalin secara pembedahan atau caesar atau czer merupakan perkara yang sering didengari oleh para wanita.
Bahkan jika tidak makan ikannya, mungkin ada juga segelintir mengambil alternatif untuk minum patinya kerana ia dikatakan bagus dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Pakar O&G tak galakkan wanita bersalin czer makan ikan haruan
Baru-baru ini Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Gynae) di Hospital Salam Senawang, Dr Azalea Md Khairuddin mengingatkan wanita untuk tidak tidak mengalakkan makan ikan haruan.
Menerusi satu video temubual di TikTok, Ohmygynae awalnya hos telah bertanya adakah benar makan ikan boleh mempercepatkan penyembuhan luka bersalin si ibu dan contoh jenis ikan yang diberikan seperti kembong, selar dan sebagainya.
Protein sememangnya membantu dalam proses penyembuhan
Dr Azalea kemudian menjelaskan secara keseluruhan makanan yang mempunyai nutrisi protein sememangnya membantu proses penyembuhan seperti:
- Sakit biasa
- Selepas pembedahan (post operation)
- Selepas bersalin dan sebagainya
“Penah dengar petua makan ikan haruan terutamanya selepas bersalin caesar?” Soal Dr Azalea kepada hos berkenaan.
Hos itu kemudian mengatakan dia pernah mendengar mengenai petua terbabit dan menyoal adakah benar ia boleh menyembuhkan luka?
Ikan haruan memang mempercepatkan luka sembuh, tetapi membuatkan perlekatan di antara organ-organ
“Sedikit sebanyak betul. Ikan haruan tu memang mempercepatkan penyembuhan luka tapi kita tak galakkan khususnya untuk orang yang bersalin secara pembedahan atau caesar.
“Sebab, ya dia menyembuhkan luka. Tetapi dia membuatkan perlekatan yang agak teruk.”
@ohmygynae Ramai tak tahu… makan ikan masa luka bersalin boleh bantu proses sembuh lebih cepat! Protein tinggi bantu tubuh repair tisu dengan lebih baik, Jangan pantang sampai salah makan ya ibu-ibu. #ibuberpantang #lepasbersalin #pantangbersalin #makananpantang #postpartum
♬ original sound – OH MY GYNAE – OH MY GYNAE
Perlekatan dalam perut boleh dilihat ketika pesakit caesar untuk anak seterusnya
Dalam satu lagi video, Dr Azalea menjelaskan perlekatan itu dapat dilihat apabila si ibu bersalin untuk anak kedua atau seterusnya.
“Kebanyakan wanita yang saya bedah. Yang dah bedah sebelum ini, lepas tu anak yang kedua atau ketiga atau seterusnya itu kena bedah juga, biasanya kita akan tengok melekat-lekat.
“Biasanya saya dah tahu dah, kalau saya buka (bedah) je. Saya tengok tu kan astagfirullahalazim, melekat-lekat sampai macam ni. Nanti saya akan tanya, sebab kebiasaannya pesakit ada bius separuh badan, jadi mereka sedar. ‘Puan, puan makan ikan haruan ke dulu pantang? A’ah doktor makan’
“Kebanyakan memang akan cakap ya dia orang makan ikan haruan atau pati ikan haruan,” jelasnya lagi.
Antara organ melekat seperti pundi kencing, rahim, otot
Namun Dr Azalea tidak menafikan ikan haruan itu sememangnya mempercepatkan luka kering dan sembuh tetapi ia menyebabkan perlekatan di antara organ seperti:
- Pundi kencing
- Rahim
- Otot
- Bahagian atas perut
Sering pesan dengan ibu bersalin caesar jangan makan ikan haruan atau makan sebulan selepas pembedahan dilakukan
“Kebiasaan bila kita kena pisahkan organ-organ ni, dia jadi lebih sakit. Lepas daripada pembedahan tu dia jadi lebih peritlah rasa sakit tu, tidak seperti kali pertama.
“Biasanya saya akan cakap dekat pesakit saya, tidak perlu ya makan ikan haruan. Kalau nak makan pun tunggu sebulan selepas itu (selepas caesar).”
Selain ikan haruan, Dr Azalea tak galakkan juga makan gamat dan belut
Dr Azalea juga menasihatkan wanita baru bersalin secara czer untuk mengelakkan makanan seperti:
- Ikan haruan
- Gamat
- Belut
@ohmygynae Makan ikan haruan ketika berpantang?Boleh ke? #ibuberpantang #ikanharuan #tipspantang #selepasbersalin #lukabersalin
♬ original sound – OH MY GYNAE – OH MY GYNAE
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






