Now Reading
Kerap Makan Fries Boleh Jadi Punca Buta Kekal? Ini Penjelasan Pakar [Video]

Kerap Makan Fries Boleh Jadi Punca Buta Kekal? Ini Penjelasan Pakar [Video]

Pakar perubatan, Dr Qarafi Tee mendedahkan seorang remaja dari United Kingdom sebelum ini disahkan buta selepas kerap makan kentang goreng (fries) dan kerepek kentang (potato chips).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mesti rata-rata bersetuju, ramai dalam kalangan masyarakat sangat menggemari kentang. Tak kisah la dimasak atau dihidang dalam bentuk apa sekali pun, sebagai contoh kentang putar, kerepek kentang, kentang goreng, kentang lenyek dan sebagainya.

Walaupun kentang ini merupakan sayur bernutrisi tinggi, namun anda tahu tak seseorang itu berisiko untuk kehilangan penglihatannya jika karbo tersebut diambil secara berterusan tanpa kawalan?

Remaja UK Alami Buta Kerana Kerap Makan Kentang Dalam Rutin Harian

Baru-baru ini, pakar perubatan, Dr Qarafi Tee menerusi hantaran di laman TikTok mendedahkan bahawa individu boleh buta jika asyik makan kentang sahaja dalam rutin harian.

Menurut pakar itu, seorang kanak-kanak di United Kingdom (UK) sebelum ini, kehilangan penglihatannya akibat sentiasa mengambil karbo iaitu kerepek ubi (potato chips) dan fries tanpa mengambil makanan bernutrisi lain seperti sayur-sayuran atau protein.

Menerusi semakan kami pada beberapa sumber termasuk laman BBC, pesakit itu merupakan remaja berusia 17 tahun.

Memetik laporan sama, remaja itu hanya mengambil kentang goreng, kerepek kentang dan roti putih, selain menjamah sekeping ham atau sosej sekali-sekala.

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Makan Sosej & Nuget, Pelajar Darjah 2 Buta & Hilang Penglihatan

Neuropati Optik Nutrisional Punca Remaja UK Hilang Penglihatan

Tabiat pemakanan yang tidak sihat itu kemudiannya mengakibatkan remaja terbabit disahkan buta.

Jelas Dr Qarafi, keadaan itu dipanggil sebagai Neuropati Optik Nutrisional (Nutritional Optic Neuropathies).

Keadaan ini berlaku apabila seseorang kurang mendapatkan zat, nutrien dan vitamin. Dalam kes ini, antara vitamin yang tidak mencukupi dalam tubuh kanak-kanak berkenaan ialah vitamin B12.

Memetik Institut Neurological Barrow, Neuropati Optik Nutrisional ialah gangguan penglihatan yang berlaku apabila kekurangan nutrien menyebabkan kerosakan pada saraf optik, iaitu saraf yang membawa maklumat visual dari mata ke otak.

@qarafitee Buta disebabkan makan fries, potato chips, carbo sahaja… #drqarafitee #drswissbangsar #drswissclinic ♬ Mysterious and sad BGM(1120058) – S and N

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Tiba-tiba Craving Sesuatu Makanan? Rupanya Ini Cara Badan Beritahu Nutrisi Yang Diperlukan

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja di Malaysia Berisiko Terdedah Dengan Masalah Penglihatan & Buta

Kekurangan Vitamin B12 Sebabkan Fungsi Saraf Mata Merosot

Tegas Dr Qarafi, vitamin B12 memainkan peranan penting untuk kesihatan saraf mata.

Memetik Hello Sehat, makanan yang tinggi vitamin B12 adalah:

  1. Hati ayam atau lembu
  2. Tiram (oyster)
  3. Ikan sardin
  4. Daging lembu
  5. Tuna
  6. Telur
  7. Susu rendah lemak (low fat)
  8. Dada ayam
  9. Kacang soya

Bila benda ni (vitamin B12) kurang, menyebabkan saraf mata tu kehilangan dan merosot fungsinya dan menyebabkan budak tu dapat nak tengok (melihat). Akhirnya, (keadaan ini) membuatkan dia buta selama-lamanya.

Pengamal perubatan, Dr Qarafi Tee

Karbohidrat Masih Penting, Tapi Perlu Seimbangkan Dengan Makanan Bernutrisi Lain

Bagaimanapun, Dr Qarafi tidak menafikan kepentingan pengambilan karbohidrat bagi setiap manusia.

Namun perlu diingatkan supaya mengambil juga makanan dari kumpulan piramid yang lain seperti fiber, sayur, buah-buahan dan protein bagi mengimbangkan nutrien diterima tubuh badan.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Kena Tahu! Ini Tips Pilih Multivitamin Sesuai Untuk Anak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dah Makan Kenyang Tapi Masih Cari Makanan? Doktor Kongsi Apa Itu ‘Food Noise’ & Cara Atasinya

Baca Artikel Berkaitan: Tak Perlu Keluar Duit! Doktor Kongsi ‘Suplemen’ Percuma Yang Baik Untuk Kesihatan Diri [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.