Pengamal Terapi Holistik Kongsi Kelebihan Solat Awal Waktu & Kesan Jika Lewatkannya Pada Sistem Saraf [Video]
Menurut Dr Nurulasyikin Muda apabila masuk waktu solat, alam semulajadi sebenarnya sedang mengalami beberapa peralihan seperti frekuensi tenaga, radiasi cahaya, dan juga atmosfera yang drastik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Solat lima waktu merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam. Malah kita juga sentiasa disarankan untuk solat di awal waktu. Bahkan berdosa sekiranya seseorang dengan sengaja melewat-lewatkan waktu sembahyang.
Kesan jika seseorang itu solat awal waktu atau lewat pada sistem saraf
Terbaharu seorang pengamal terapi Holistik di Saffron, Dr Nurulasyikin Muda telah berkongsi apakah yang berlaku kepada sistem saraf sekiranya seseorang itu solat di awal waktu atau melewatkannya.
Menerusi video dimuat naik di TikTok Dr Nurulasyikin menjelaskan apabila masuk waktu solat, alam semulajadi sebenarnya sedang mengalami beberapa peralihan seperti:
- Frekuensi tenaga
- Radiasi cahaya
- Atmosfera yang drastik
Oleh itu jika seseorang melakukan solat di awal waktu, individu berkenaan sebenarnya sedang melakukan ‘grounding’ untuk menstabilkan sistem sarafnya.
Apa berlaku jika solat awal waktu ketika subuh
Katanya pada waktu subuh berlaku peralihan kegelapan mutlak kepada spektrum cahaya biru muda yang dikenali sebagai ‘blue violet spectrum’.
Manakala atmosfera bumi berada di tahap paling bersih dengan ketumpatan ozon yang tinggi. Frekuensi alam pula pada waktu subuh sangat tenang dan tiada gangguan frekuensi manusia.
Di waktu subuh juga gelombang otak manusia berada dalam fasa alpha ataupun theta. Oleh itu, solat di awal waktu akan mengekalkan hormon kortisol agar ia tidak melojak atau memejut.
Perkara ini secara tidak langsung memicu sistem saraf tenang untuk transisi secara harmoni.
Kesan jika lewatkan Solat Subuh
Dr Nurulasyikin menjelaskan seseorang yang melewatkan Subuh atau bangun ketika matahari sudah terbit mereka akan mengalami kejutan kortisol, di mana seseorang itu akan berada dalam keadaan lonjakan hormon stres yang mendadak.
Maka keadaan ini akan menyebabkan seseorang menjadi kelam kabut, fikiran tidak menentu kerana sistem saraf terpaksa melonjak ke gelombang beta.
Malah anda mungkin akan mengalami rasa lesu sepanjang hari.
Waktu Zohor bertindak sebagai ‘cooling’ dan wuduk diambil boleh turunkan suhu badan
Bagi waktu Zohor pula, matahari berada dalam keadaan yang tegak dan spektrum cahaya putih berubah menjadi kuning atau putih yang sangat tinggi dengan radiasi alpha merah dan UV yang maksimum.
“Maka atmosfera ini menjadi panas, bukan sahaja pada suhu tetapi dari tekanan udara dan tarikan graviti dan dari sudut biologi inilah waktu di mana bateri kehendak manusia mula merosot.
“Selepas dari pagi kita bekerja, bateri (badan) kita dah merosot sebenarnya pada waktu tu. Jadi solat Zohor di sini bertindak sebagai ‘cooling’ (menyejukan),” katanya.
Ujar Dr Nurulasyikin lagi wuduk yang dikenakan pada kulit pada waktu Zohor ini dapat:
- Menurunkan suhu badan
- Pergerakan solat pula menurunkan tekanan darah
- Merehatkan minda yang sedang sarat dengan kerja yang dihadapi
Badan sentiasa dalam mood ‘Fight or Flight’ jika lewatkan solat Zohor
Jelasnya apa yang berlaku apabila seseorang itu melewatkan solat Zohor adalah:
- Boleh terkena burnout atau tertekan kerana bekerja tanpa berhenti dan tidak berehat
- Pencernaan jadi terganggu kerana ia selari dengan waktu makan tengah hari
- Melewatkan solat mengekalkan badan berada dalam mood ‘fight or flight’ di mana ia boleh merosakkan rembesan asid perut dan menggangu sistem pencernaan.
Solat awal waktu pada waktu Asar bantu seseorang ‘Recharge’
Bagi solat Asar pula, cahaya sudah berbeza di mana ia tidak lagi terik seperti waktu tengah hari di mana frekuensi alam mula beralih dari siang ke malam secara perlahan-lahan.
Manusia pada waktu ini sedang mengalami penurunan tenaga. Namun solat di awal waktu Asar akan:
- Membantu untuk mengecas (recharge) semula badan
- Rukuk dan sujud bantu lancarkan semula aliran darah ke otak serta jantung
Seseorang boleh alami keletihan mental jika solat lewat di waktu Asar
Namun jika solat asar ini dilewatkan, individu boleh mengalami:
- Mudah alami keletihan mental
- Jadi badan rasa malas
- Ganggu ritma tidur kerana kortisol tinggi dan membawa ke malam sehingga sukar mendapatkan tidur yang lena
Hormon melatonin mula dirembeskan pada waktu Maghrib, solat awal waktu membolehkan badan ‘shut down’
Pada waktu maghrib pula, anda boleh lihat perbezaan pada cahayanya di mana ia lebih kepada merah atau ‘red spectrum’.
Frekuensinya pula berubah menjadi kepada malam, dan spektrum cahaya merah adalah isyarat kepada kelenjar pineal pada otak untuk mula merembeskan hormon melatonin.
Hormon melatonin ialah hormon nak tidur atau berehat. Ini bermakna sistem badan memberitahu bahawa kita perlu bersedia untuk berehat.
Solat di awal waktu maghrib ini secara tidak langsung memaksa diri untuk berhenti dari segala urusan duniawi dan membolehkan badan melakukan ‘shut down’ secara teratur daripada mood di waktu siang yang aktif.
Solat lewat di waktu maghrib akan ganggu circadian clock
Sekiranya solat pada waktu ini dilewatkan ia boleh mengganggu jam badan (circadian clock). Ini kerana waktu maghrib mempunyai tempoh masa yang pendek dan membuatkan seseorang berasa cemas, atau gelisah, minda jadi serabut.
Perkara itu berlaku kerana saraf sedang tersangkut di antara transisi siang ke malam.
Buat badan bersedia untuk berehat
Di waktu Isyak pula, suasana alam sudah menjadi gelap manakala badan di waktu ini sedang bersiap sedia untuk tempoh pemulihan.
“Jadi ini adalah penutup tirai hari kita. Solat awal waktu memberikan penghujung yang muktamad. ‘Okay dah tamat dah aktiviti kita hari ini’ jadi badan kita akan mula melepaskan semua bebenan fikiran pada hari tersebut, membolehkan kita tidur nyenyak dengan lebih awal.
“Jika kita lambatkan, boleh jadi insomnia. Kualiti tidur kita buruk terutamanya menunda solat Isyak sampai lewat malam akan mengheret kita untuk terus terjaga.”
Otak akan mula didetoks pada jam 11 malam, solat lewat isyak buat badan jadi lesu dan letih
Dr Nurulasyikin mengatakan detoksifikasi otak sepatutnya pada jam 11 malam akan mula berlaku.
“Tapi kita lewatkan tidur, jadi macam mana kita nak sihat? Macam mana mental kita nak sihat? Jadi bila bangun pada pagi esok, kita menjadi letih, lesu. Sebab pusingan jam badan kita menjadi rosak,” ujarnya.
Bukan hanya itu ia juga boleh menyebabkan berlakunya lagi kejutan kortisol kerana lewat bangun di waktu Subuh.
Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan solat di awal waktu ini bukan sekadar kewajipan agama tetapi penyelenggaraan menjaga badan kita.
Jelas Dr Nurulasyikin persediaan yang dilakukan oleh seseorang sebelum solat seperti terapi.
@dr.asyikin Beza solat awal waktu dan lewat kepada sistem saraf
♬ original sound – Dr. Asyikin – Dr. Asyikin
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






