Dah Gosok Gigi Tapi Mulut Masih Berbau? Ini Puncanya!
Menurut Dr Syi terdapat beberapa sebab kenapa mulut seseorang itu mengalami masalah berbau meskipun sudah digosok setiap hari antaranya adalah lidah kotor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Penjagaan gigi adalah sangat penting. Selain rambut, gigi juga antara sebahagian yang dikatakan mahkota diri buat setiap individu. Oleh itu, apabila gigi yang tak dijaga dengan baik boleh mengundang kepada masalah berbau dan sebagainya.
Kenapa mulut berbau walau dah gosok gigi?
Terbaharu seorang doktor pergigian di UNI Dental Bandar Seri Putra, Kajang iaitu Dr Syahirah Sabri atau mesra dipanggil Dr Syi telah berkongsi apakah punca mulut seseorang itu berbau meskipun gigi sudah digosok.
Menurut beliau masalah bau mulut yang berlaku bukanlah disebabkan seseorang individu itu malas untuk mengosok gigi.
Akan tetapi punca bau mulut berlaku kebiasaannya disebabkan empat perkara ini:
#1 Lidah kotor
Kata Dr Syi, ramai yang hanya fokus pada kesihatan gigi sahaja namun lupa pada pentingnya kebersihan lidah.
Jelas beliau, majoriti masalah bau mulut sebenarnya datang daripada lapisan putih atau bakteria yang ada di atas lidah.
Oleh itu, mereka yang mempunyai masalah ini disarankan untuk menggosok lidah setiap kali menggosok gigi. Lebih baik jika menggunakan alat pembersih lidah yang dipanggil ‘tongue scraper’.
#2 Masalah mulut kering
Air liur yang berada di dalam mulut sebenarnya mempunyai fungsi tersendiri di mana ia adalah ‘pencuci semula jadi’.
Sekiranya seseorang kurang minum air atau tidur dalam keadaan mulut terbuka atau mengambil ubat ia mungkin memudahkan mulut berasa kering.
Mulut yang kering sebenarnya memudahkan bakteria berkumpul. Oleh kerana itulah ada orang yang bangun dari tidur mempunyai bau mulut yang kuat.
View on Threads
#3 Sisa makanan pada celah gigi
Ramai sangka dengan memberus gigi, ia akan membuatkan seluruh kawasan dalam mulut sudah bersih.
Sebenarnya ia tidak jadi begitu, ya memberus gigi sememangnya membantu kita untuk membersihkan sebahagian daripada kawasan dalam mulut.
Namun ada juga kawasan yang berus gigi tidak dapat dicapai seperti di celah-celahan gigi.
Antara cara untuk bersihkannya adalah menggunakan floss.
“Makanan tersangkut (di celahan gigi) boleh mula ‘reput’ dalam tu dan ya, bau dia memang tak akan hilang dengan mouthwash semata-mata.”
#4 Masalah gusi atau gigi berlubang yang tersembunyi
Anda mungkin mempunyai masalah gusi atau gigi berlubang tanpa disedari. Perkara ini akan mengundang masalah mulut berbau meskipun anda dah gosok gigi, floss termasuklah minum air yang cukup.
Oleh itu, adalah penting untuk anda buat pemeriksaan lanjut bersama doktor gigi, Antara tanda yang mungkin dialami adalah:
- Jangkitan gusi
- Karang gigi yang tebal
- Atau lubang gigi yang dalam
View on Threads
Tak dinafikan bau mulut ini turut membuatkan seseorang hilang keyakinan diri untuk bercakap dengan orang ramai tanpa sedar.
Jika anda mempunyai masalah mulut berbau atau sebarang masalah gigi, gusi dan berkaitan adalah lebih baik sekiranya mendapatkan rawatan segera dengan doktor gigi.
Yelah gigi ni bukan sekadar berfungsi untuk mengunyah sahaja, tetapi ia juga merupakan antara faktor membina keyakinan diri seseorang.
Boleh dapatkan konsultasi di Uni Dental Bandar Kinrara baru dibuka
Difahamkan Dr Syi baru sahaja membuka cawangan klinik baharu di Bandar Kinrara, Puchong.
Malah beliau juga turut membantu mana-mana individu yang mempunyai masalah seperti gigi jongang atau berterabur.
Selain itu, terdapat juga promosi bagi mana-mana yang teringin untuk memasang pendakap gigi (braces). Kami faham ramai yang nak gigi kelihatan cantik dan teratur tapi bimbang dengan jumlah yang perlu dibayar.
Menurut Dr Syi bagi yang ingin membuat pemasangan pendakap gigi tiada deposit dikenakan di kliniknya.
Tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk anda rebut peluang nak gigi cantik dan sihat! Untuk informasi lanjut hubung Uni Dental.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.







