Otak Tak Boleh Berfikir, Berdebar & Susah Nak Tidur, Apa Itu High-Functioning Anxiety? Ini Penjelasannya
Antara ciri-ciri seorang itu mempunyai masalah High-Functioning Anxiety adalah sukar untuk bercakap tidak dan seorang yang ‘terperinci’ serta ‘perfectionist’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan di zaman sekarang ramai golongan wanita yang berjaya dalam karier serta kehidupan mereka. Bahkan ada juga diantaranya menjawat jawatan tinggi atau bergelar usahawan berjaya.
Namun tanpa sedar, ada juga di antara mereka mengalami keadaan High-Functioning Anxiety sehingga ia membawa kepada burnout (keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang berpanjangan.
Apa itu High-Functioning Anxiety?
Baru-baru ini Pakar Perubatan Keluargan di Klinik Singapore, Pulau Pinang, Dr Kent Khaw telah berkongsi situasi yang dialami oleh pesakit wanita yang mempunyai masalah tersebut.
“Doktor, saya rasa penat.. tapi bila baring, otak saya tak boleh berhenti fikir,” tulisnya.
Katanya ada juga segelintir otak mereka tidak berhenti berfikir seperti memikirkan tugas atau perkara yang ingin dilakukan keesokan harinya.
Rasa berdebar, otak tak berhenti berfikir, susah tidur dan badan rasa lesu
Menurutnya ramai wanita dalam golongan generasi milenial yang datang ke klinik sejak akhir-akhir ini memberikan aduan yang sama.
“Doktor, saya rasa kerap berdebar, susah nak tidur, dan badan rasa lesu sangat.
“Tapi bila periksa darah dan jantung. Semua normal. Ini lah yang kita panggil High-Functioning Anxiety yang membawa kepada burnout. Dekat luar (secara luaran fizikal) korang nampak sempurna.
“Kerjaya hebat, bisnes jalan, anak-anak terurus dan hantaran di media sosial nampak gembira. Tapi dekat dalam (badan) korang sebenarnya tengah ‘berlari atas treadmill’ yang tak pernah berhenti. Awak berfungsi, tetapi sedang lemas.”
HFA berbeza dengan anxiety (keresahan) biasa
Memetik Public Health Malaysia (PHM) mereka yang mengalami situasi ini berbeza dengan anxiety yang membuatkan seseorang ‘lumpuh’ atau takut nak buat apa-apa.
Sebaliknya mereka yang mengalami High-Functioning Anxiety menggunakan rasa takut itu sebagai bahan ‘bakar’.
“Ketakutan untuk mengecewakan orang lain memacu anda bekerja macam lipas kudung. Anda berjaya di mata orang, tapi anda ‘mati’ di dalam,” jelasnya lagi.
Katanya perkara ini berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
#1 Perangkap ‘sindrom superwoman’

Menurutnya generasi milenial ini dibesarkan dengan mindset yang wanita boleh melakukan segalanya.
Oleh itu, mereka perlu menjadi:
- Pekerja atau bos yang produktif
- Isteri yang penyayang
- Ibu yang sempurna
- Kena jaga penampilan
Namun perkara ini akhirnya meletakkan satu petunjuk prestasi atau KPI kepada diri sendiri. Malah lebih buruk adakalanya ia adalah KPI yang langsung tidak masuk akal.
Bukan hanya itu, korang juga cuba untuk menghargai semua sehingga lupa bahawa diri sendiri juga perlu dihargai dan disayangi.
View on Threads
#2 ‘Invisible workload’ yang sarat

Perkara ini mungkin tidak dapat dilihat oleh orang luar atau pasangan iaitu mental load.
Ia bukan sekadar melakukan pekerjaan fizikal, sebaliknya proses seseorang itu khususnya wanita berfikir, merancang termasuk mengingati segala perincian urusan rumah tangga serta kerjanya.
“Beban emosi dan mental inilah yang diam-diam menaikkan hormon tekanan (kortisol) korang, sebab itu bila baring pukul 11 malam pun otak masih berjalan,” katanya.
#3 Struggle generasi ‘sandwic’

Sebagai anak pastinya kita juga mahu menjadi seseorang yang berjasa kepada kedua ibu bapa. Maka di fasa umur ini korang juga sedang membesarkan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian sepenuhnya.
Namun dalam masa sama, korang juga mahu melakukan sesuatu yang terbaik buat ibu ayah yang sudah banyak berkorban. Apatah lagi mereka juga sedang meniti usia emas dan memerlukan penjagaan.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan korang tersepit. Rasa serba salah kepada dua-dua pihak.
View on Threads
Selain itu menurut Homeopathy Bangi pula, antara tanda-tanda seorang itu mempunyai masalah High-Functioning Anxiety adalah:
- Seorang yang ‘detail’ serta ‘perfectionist’ – suka rutin serta rasa jika rutin tak dibuat akan alami masalah besar
- Sukar untuk bercakap ‘no’ atau tidak
- Kerap salahkan diri
- Sentiasa perlukan ‘reassurance’ – ada idea sendiri namun tiada keyakinan untuk lontarkan atau bercakap dan perlukan sokongan dari orang lain untuk memastikan idea atau cadangannya berjalan
- Mempunyai masalah keyakinan diri
@homeopathybangi 5 Tanda High-Functioning Anxiety #homeomed #homeomedbangi #homeomedshare #homeopathybangi #anxiety #gerd #gastrik #foryou #fypmalaysia🇲🇾
♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic
Macam mana nak atasi masalah High-Functioning Anxiety? Ini caranya
Oleh itu Dr Kent Khaw turut memberikan tiga langkah untuk seseorang mengatasi masalah High-Functioning Anxiety ini seperti:
- Belajar untuk mengatakan ‘Tidak’ tanpa rasa serba salah. Korang tak semestinya perlu terima segala perkara dalam kerjaya atau penuhi segala kehendak orang lain sehingga boleh mengorbankan kesihatan mental sendiri.
- Cuba delegasikan kerja, di tempat kerja mahupun di rumah korang perlu belajar untuk bahagikan tugas dengan pasangan atau rakan sekerja. Tidak semestinya semua perkara hasilnya perlu ‘perfect’.
- Berikan masa untuk diri sendiri meskipun sekadar 15 minit sahaja. Tidak kiralah apa status di rumah mahupun pejabat, korang juga perlu menjaga diri sendiri. Lakukan perkara yang disukai walaupun ia hanya secawan teh atau kopi kegemaran. Cuba juga elak diri daripada gangguan seperti telefon dan sebagainya.
“Sebagai seorang doktor keluarga, saya selalu pesan, menjaga kesihatan diri bukan satu perkara mementingkan diri (selfcare is not selfish).
“Kalau korang sendiri tumbang sebab burnout atau jatuh sakit, macam mana korang nak jaga empayar kerjaya dan orang-orang yang korang sayang?” soalnya.
Walau dalam apa situasi sekalipun, seseorang perlu ingat anda juga manusia dan mempunyai had tersendiri.
Oleh itu, adalah penting untuk menjaga dan prihatin terhadap diri sendiri terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang orang lain.
Percaya pada diri sendiri yang setiap hari korang sudah pun melakukan yang terbaik.
View on Threads
View on Threads
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






