Kenapa Susah Nak Lupakan Seseorang Padahal Dah Cuba Banyak Cara Untuk Move On? Ini Penjelasannya
Ramai sebenarnya yang berdepan dengan masalah susah untuk ‘membuang’ memori bersama seseorang dari ingatan walaupun sudah bertahun-tahun lamanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ramai yang berdepan kesukaran untuk melupakan seseorang tidak kira golongan lelaki atau wanita. Ia sudah menjadi satu masalah sejagat (universal) dah. Tidak kisahlah bagi hubungan keluarga, persahabatan atau cinta.
Bak kata orang, susah betul nak move on dan akhirnya akan broken. Sudah melakukan pelbagai cara, malah ada yang sampai dapatkan sesi terapi kerana stres tidak boleh melupakan sesuatu kenangan. Tetapi hasilnya tetap sama, anda masih terbayangkan memori terdahulu.
Istilah “Dah Tak Ingat Sangat Dia” Tidak Tepat
Sebelum ini, Penceramah Kesihatan Mental yang juga Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya ada mengulas tentang sebab kenapa ramai dalam kalangan kita yang susah untuk melupakan seseorang.
Menurutnya, memori yang kita selalu anggap ‘sudah lupa’ sebenarnya tidak pernah hilang pun dalam minda seseorang.
Jelas Amirul, memetik kajian University of Nottingham, otak masih boleh mengaktifkan sesuatu memori walaupun individu itu merasakan bahawa dia sudah melupakannya.
“Walaupun anda kata dah tak ingat sangat dia, otak sebenarnya masih boleh mengaktifkan semua memori itu. Maksudnya jejak memori (memory trace) masih ada dalam otak. Cuma anda tak sedar ia sedang aktif belakang tabir minda anda,” jelasnya.
Otak Akan Hantar Gelombang Signal Jika Memori Muncul Semula
Tambah Amirul, otak akan menghasilkan corak gelombang tertentu apabila memori kembali sewaktu anda dalam keadaan sedar.
Isyarat memori aktif dalam alpha brain waves, bunyi noise dalam otak berkurang, dan akhirnya memori tu naik ke tahap kesedaran (anda teringat dekat dia).
Amirul Ramli.
Penceramah Kesihatan Mental itu menerusi hantarannya turut berkongsi contoh dan situasi yang lebih mudah untuk difahami.
“Bayangkan macam situasi dalam kelas. Kalau semua orang bercakap (perkara berbeza), anda susah nak dengar apa-apa. Tapi kalau semua orang nyanyi Negaraku serentak, anda boleh dengar dengan jelas. Memori dalam otak pun sama. Bila signal otak synchronize (selari), memori itu akan muncul tiba-tiba dalam fikiran,” ujarnya.

Memori Akan Sentiasa Tersimpan Dalam Otak Manusia – Amirul Ramli
Malah jelas Amirul, ahli saintis juga bersetuju bahawa kebanyakan kes lupa bukanlah berlaku disebabkan lupa ingatan tetapi retrieval failure (gagal mendapatkan semula maklumat).
Memori itu dikatakan masih ada dalam otak, cuma otak manusia tidak dapat mengaksesnya dengan baik pada masa tertentu. Dalam erti kata mudah, memori seseorang tidak pernah hilang dalam otak.
Tambahnya, sebab itu juga mengapa isyarat-isyarat kecil boleh menghidupkan semula memori anda dengan si dia.
Contohnya lagu kegemaran, tempat yang pernah pergi bersama, atau bau tertentu. Semua ni boleh jadi pencetus yang boleh buat memori lama muncul semula.
Amirul Ramli.

Kawal Kekuatan Memori Dengan Membayangkan Nasihat Orang Sekeliling
Bagaimanapun, ini tidak bermaksud rasa rindu terhadap memori itu tidak boleh dikawal. Apa yang anda boleh buat adalah mengawal kekuatan memori tersebut terhadap diri anda.
“Setiap kali teringat si dia, cuba bayangkan mak ayah atau orang yang anda hormat sedang beri nasihat supaya anda move on (manipulasi memori).
“Lama-lama bila memori itu datang lagi, anda sekadar teringat sahaja tapi perasaan itu dah tak kuat lagi,” katanya di akhir perkongsian.
Lihat perkongsian penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Kemaafan Adalah Perkara Paling Besar Di Bulan Ramadan, Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: Tips Untuk ‘Move On’ Selepas Putus Cinta
Baca Artikel Berkaitan: “Kecewa Ke Bang?” – Dah Macam Orang Putus Cinta, Air Balang Penuh Dengan Ayat Puitis Curi Perhatian [Video]
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹






