Jangan Sangka Sakit Kepala Hanya Migrain, Ketahui Apa Itu ‘Sinus Headache’ & ‘Sluder’s Neuralgia’
Menurut Dr Ahmad Izani antara simptom lain yang boleh dialami oleh pesakit ‘sinus headache’ adalah rasa sakit di kawasan dahi, pipi, sekitar mata dan banyak lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap daripada kita pasti pernah mengalami sakit kepala. Kebiasaannya, ia sering ditafsir sebagai migrain. Namun sakit kepala tidak hanya terjadi disebabkan migrain ia mungkin juga petanda kepada masalah lain.
Pengesanan yang lambat kepada masalah sebenar secara tidak langsung melambatkan proses untuk seseorang pulih kerana tidak mendapatkan rawatan yang tepat.
Sangka sakit kepala adalah migrain, Pakar ENT jelaskan apa itu ‘sinus headache’ dan ‘sluder’s neuralgia’
Terbaharu Pakar Perunding Robotic ENT, Head & Neck dari Hospital Pantai Melaka, Dr Ahmad Izani Mohd Safian menjelaskan secara terperinci sakit kepala juga adalah petanda seseorang mungkin mempunyai masalah sinus atau saraf di kawasan hidung.
Ini kerana masalah ini turut memberikan gejala yang hampir sama seperti migrain.
Memetik Harian Metro, Dr Ahmad Izani menjelaskan ‘sinus headache’ selalunya berpunca disebabkan keradangan (inflamation) sinus atau sinusitis yang berada dalam keadaan akut mahupun kronik.
Apa simptom masalah ‘sinus headache’ dan rawatannya?
Antara ciri lain seseorang mungkin mempunyai masalah ‘sinus headache’ adalah rasa sakit di kawasan:
- Dahi
- Pipi
- Sekitar mata
- Rasa tekanan pada muka khususnya apabila tunduk
- Hidung tersumbat atau berhingus
- Deria bau berkurang
- Demam
Masalah sinus atau turut dikenali sebagai resdung adalah berbeza dengan masalah migrain ini kerana ia berkait rapat dengan gejala hidung serta akan bertambah teruk apabila posisi kepala berubah.
Namun rawatan yang diberikan untuk mengatasi masalah ‘sinus headache’ ini bukan hanya ubat tahan sakit tetapi pesakit juga mungkin memerlukan:
- Dongestan
- Semburan hidung
- Antibiotik sekiranya ada jangkitan bakteria
Selain itu rawatan lanjut adalah pembedahan sinus endoskopik akan dilakukan untuk kes yang kronik yang tidak respons kepada rawatan konservatif yang dilakukan.
‘Sluder’s Neuralgia’ saraf melibatkan kawasan belakang rongga hidung
Manakala ‘sluder’s neuralgia’ pula merupakan masalah yang kurang dikenali namun ia juga melibatkan saraf pada bahagain ‘ganglion sphenopalatine’ iaitu sekitar kawasan belakang rongga hidung.
Kebiasaannya pesakit akan memaklumkan mereka mengalami rasa sakit di kawasan:
- Sebelah muka
- Sekitar mata atau hidung yang boleh menjalar ke rahang atas, gigi serta telinga
- hidung berair
- mata berair
- sakit berlaku secara episodik (bersiri)
Untuk mengetahui seseorang mempunyai keadaan ini pemeriksaan lanjut perlu dilakukan seperti penilaian ENT yang teliti termasuklah pemeriksaan endoskopi pada hidung.
Antara rawatan dilakukan untuk sluder’s neuralgia ini adalah:
- Ubat sakit saraf
- Blok saraf
- Rawatan intervensi untuk kes tertentu
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai masalah seperti sakit kepala yang kerap atau berpanjangan adalah baik untuk mendapatkan rawatan lanjut untuk mengetahui apakah punca sebenar.
Sakit kepala tidak semestinya anda mempunyai masalah migraine, tetapi ia mungkin simptom kepada pelbagai perkara.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.







