Kenapa Dah Hantar Resume Lebih 10 Syarikat Tapi Masih Tak Terima Panggilan Interview? Ini Puncanya
Paling penting, calon perlu bersedia dahulu sebelum menghantar permohonan bagi memastikan anda menerima panggilan temu duga.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dah hantar resume kepada 10 syarikat berbeza, tetapi masih belum mendapat panggilan temu duga. Itulah situasi yang sering berlaku dalam kalangan pekerja yang mahu melompat pekerjaan ataupun bagi golongan graduan baharu.
Daripada situ, mulalah overthinking. Dekat mana silapnya sampaikan kadangkala hilang motivasi untuk mencari kerja.
Ini Sebab Kenapa Calon Kerja Tak Dipanggil Temu Duga
Buat anda yang sedang berdepan masalah tidak dapat sebarang panggilan temu duga dari mana-mana syarikat, mungkin ini punca-puncanya:
#1 Calon Tak Sesuai Dengan Kriteria Kerja
Tidak semua, tetapi ada segelintir individu akan terus menghantar resume kepada mana-mana syarikat yang membuka jawatan sesuatu pekerjaan tanpa memeriksa dahulu kriteria yang dicari. Selain itu, mereka juga tidak ambil maklum tentang skop kerja (job description) dan tugasan bagi jawatan tersebut.
Perkara ini akan menyebabkan proses pengambilan calon lebih sukar.
Dalam sesetengah kes, ada individu yang yakin bahawa mereka boleh menggalas tanggungjawab bagi jawatan tersebut, dan akan terus mohon tanpa berfikir panjang. Namun bagi persepsi majikan, mereka hanya mahukan individu yang betul-betul layak berdasarkan kemahiran dan pengalaman.

#2 CV Tak Kemas & Terlalu Panjang
Dalam proses pengambilan kerja, cover letter (CV) adalah antara dokumen yang akan dilihat oleh majikan.
Jika CV anda itu tidak tersusun, kurang kemas dan terlalu panjang, staf Sumber Manusia (HR) mungkin tidak berminat untuk membaca sekaligus menyebabkan pemohon hilang peluang untuk jawatan berkenaan.
Apa jadi selepas itu? Calon tidak dapat sebarang panggilan temu duga. Ada sesetengah HR akan memaklumkan kepada anda bahawa anda tidak diterima bagi jawatan dipohon, namun ramai juga yang hanya diabaikan (ghosting).
Baca Artikel Berkaitan: Enggan CV ‘Di Tong Sampahkan’, Lelaki Menyamar Jadi Penghantar Donut Selit Dokumen Kepada Majikan
Baca Artikel Berkaitan: “Hormat Masa & Usaha” – Wanita Tak Setuju Majikan ‘Ghosting’ Calon Kerja Lepas Selesai Interview
#3 Tidak Ikut Arahan Syarikat
Sesetengah individu pula tidak menitikberatkan setiap arahan diberikan hiring manager. Misalnya, tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April, tetapi calon menangguhkannya, dan menghantar permohonan pada 1 Mei.
Sikap itu sahaja akan memberi pandangan buruk (bad first impression) calon kepada majikan. Selain itu, anda juga mungkin tidak menghantar semua dokumen penting yang diminta.
Oleh disebabkan itu, sebelum e-mel permohonan, periksa dahulu setiap syarat dan arahan.

Baca Artikel Berkaitan: Kreatif! Pemuda Tarik Perhatian Majikan Dengan Tayang CV & QR Code Di Atas Bumbung Kereta
#4 Kurang Pengalaman
Seterusnya adalah kurang pengalaman dalam bidang berkenaan. Sebagai contoh, mungkin selama ini calon bekerja dalam bidang F&B sahaja, tetapi dia akhirnya memohon pekerjaan dalam bidang pemasaran.
Kadangkala, ada sesetengah syarikat yang mahu calon mereka mempunyai pengalaman yang luas dan tempoh bekerja yang lama dalam industri tersebut terutamanya jawatan atasan sebagai contoh, Eksekutif Kanan, Pengurus Kanan serta banyak lagi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah membuat kerja freelance yang berkaitan dengan bidang yang mahu dipohon. Selain itu, anda juga boleh menyertai pelbagai kursus dan mendapatkan sijil yang relevan dalam industri terbabit.
#5 Persaingan Tinggi
Persaingan sengit adalah isu yang tidak boleh dielakkan lebih-lebih lagi bagi jawatan dalam pasaran yang mempunyai permintaan tinggi. Bayangkanlah, syarikat hanya mencari tiga orang pekerja baharu sahaja, tetapi yang menghantar permohonan mencecah ratusan orang.
Walaupun sesetengah calon sudah pun mencapai segala kriteria ditetapkan, namun mungkin permohonan anda itu ditolak kerana ada individu yang lebih berkelayakan.

#6 Tidak Mempunyai Portfolio
Tidak semua, tetapi sesetengah pekerjaan memerlukan anda pekerja mempunyai portfolio mereka sebagai contoh dalam bidang kreatif, seni, atau teknikal.
Hal ini kerana, majikan mahu melihat hasil kerja anda selama ini sama ada sewaktu zaman belajar atau semasa berada di tempat kerja lama. Pastikan portfolio anda itu tidak terlalu padat dengan ayat menjela tetapi lebih memfokuskan karya atau hasil kerja.

#7 Majikan Yang Berubah Fikiran
Tidak selalu, tetapi ada kes di mana sesebuah syarikat tidak lagi memerlukan pekerja baharu meskipun sudah memuat naik hantaran pengambilan kerja bagi sesuatu jawatan.
Mungkin dari semasa ke semasa, keutamaan syarikat itu berubah. Daripada mahu mencari pekerja baharu beralih fokus untuk mengutamakan kebajikan pekerja sedia ada.
Ini merupakan faktor luaran yang tidak boleh dikawal oleh calon pekerja. Jangan salahkan diri sendiri, tetapi anggaplah belum ada rezeki.
Baca Artikel Berkaitan: “Auto Reject Macam Ni” – Calon Tak Perkenal Diri Ketika Mohon Kerja Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Cuak Nak Hadir Interview Kerja? Wanita Kongsi Teknik STAR Untuk Bantu Calon
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Doa Untuk Temuduga Kerja, Ramai Akui Keberkesanannya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Pengalaman Pelik Ketika Temuduga, Staf Wajib Botak Kepala Konon Support NGO Pesakit Kanser



