fbpx
Now Reading
Betul Ke Kita Dilarang Bercakap Dengan Ahli Kubur Ketika Ziarah Pusara? Ini Penjelasannya [Video]

Betul Ke Kita Dilarang Bercakap Dengan Ahli Kubur Ketika Ziarah Pusara? Ini Penjelasannya [Video]

Jelas laman sesawang Mufti Selangor, antara adab ziarah pusara adalah kita dikehendaki memberikan salam kepada ahli kubur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kehilangan individu yang disayangi adalah satu perasaan yang sukar diungkapkan. Bukan tidak reda dengan ketentuan Ilahi tetapi adakalanya timbul perasaan rindu yang tidak terjangkau.

Hanya doa yang dikirimkan sebagai pengganti untuk menyampai rasa rindu itu. Bahkan ada juga segelintir yang menziarahi pusara dan membaca yasin serta doa-doa buat mereka yang sudah tiada.

Adakalanya, kita ada terlihat momen di mana ada segelintir yang bercakap-cakap sewaktu menziarahi pusara.

Ada dakwaan mengatakan Islam melarang untuk seseorang itu bercakap dengan ahli kubur namun sejauh manakah kesahihan perkara itu?

Ustaz Jafri jelaskan benarkah perbuatan bercakap dengan ahli kubur dilarang

Terbaharu pendakwah bebas, Ustaz Jafri Mahmoodi turut menjelaskan mengenai dakwaan larangan bercakap dengan ahli kubur itu.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, beliau turut memberikan contoh seperti jika anak-anak menziarahi pusara arwah ibu bapa dan mereka berkata ‘ayah kami datang ni’.

“Mari kita tengok apakah penjelasan ulama berkaitan dengan hal ini. Sebenarnya tidak ada larangan daripada ulama untuk kita bercakap-cakap dengan ahli kubur berdasarkan beberapa perkara.

“Yang pertamanya orang yang telah meninggal dunia, dia berasa senang apabila orang yang hidup ini menziarahinya.

“Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya Ar-Ruuh bahawa orang-orang yang telah meninggal dunia dia kenal pada orang yang menziarahinya dan dia berasa senang dengannya dan ia merupakan ijmak daripada kalangan para Salaf,” jelasnya.

Ahli kubur menjawab salam diberikan kepadanya

Kata Ustaz Jafri yang keduanya, hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi dan beberapa riwayat yang lain yang menceritakan (bersabda) bahawa:

“Apabila seseorang itu lalu di kawasan perkuburan, orang yang dia kenal lalu dia memberi salam maka mayat yang berada di dalam kubur itu mengenalinya dan menjawab salamnya. Apabila seseorang itu lalu di kawasan kubur orang yang tidak dikenalinya lalu dia memberi salam ke atasnya, mayat di dalam kubur menjawab salam berkenaan.”

Jelasnya yang ketiga pula ialah sebuah hadis daripada Saidina Anas Bin Malik R.A yang menceritakan ketika peristiwa Badar.

“Waktu tu mayat-mayat musuh bergelimpangan selama 3 hari dibiarkan dalam timbunan dan ditidak dikuburkan. Lalu Nabi SAW pergi kepada mayat-mayat tersebut dan Nabi SAW bercakap dengan mereka.

“Baginda memanggil empat orang pimpinan-pimpinan Quraisy yang terbunuh. ‘Wahai Abu Jahal Bin Hisham, wahai Umayyah bin Khalaf, wahai ‘Uthbah bin Rabi’ah, wahai Syaiban bin Rabi’ah. Adakah kamu tidak menemui kebenaran yang tuhan kamu telah janjikan? Sesungguhnya aku telah menemukan apa yang benar dari janji Tuhanku (Allah)’.

“Lalu Saidina Umar R.A yang menyaksikan peristiwa tersebut, berkata kepada Nabi SAW ‘ya Rasulullah, bagaimanakah mereka dapat mendengar percakapan kamu, sedangkan mereka ini mayat-mayat sedang mereput’.

“Rasulullah SAW menjawab ‘demi nyawaku yang berada dalam gengamanNya, tidak lah kamu mendengar perkataan (kata-kata) aku ini melebih daripada mereka. Cuma mereka (mayat) tidak mampu menjawabnya.’ Hadis ini, habis sahih riwayat Imam Muslim,” jelas Ustaz Jafri lagi.

Boleh bercakap dengan orang yang telah meninggal dunia

Menurut beliau lagi, dengan dalil-dalil yang dijelaskan bermaksud tidak ada masalah kepada individu yang menziarahi tanah perkuburan untuk bercakap dengan orang yang telah meninggal dunia.

“Selebihnya daripada itu kita serahkan kepada Allah SWT.”

@jafrimahmoodi_off

Tersebar di media sosial tentang larangan kita bercakap-cakap dengan ahli kubur ketika kita menziarahi kuburan. Benar ke demikian? #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #jafrimahmoodi #fyp

♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official

Beri salam kepada ahli kubur antara adab ziarah pusara

Perkara sama turut dijelaskan dalam laman sesawang Mufti Selangor, yang mengatakan tiada larangan untuk bercakap kepada ahli kubur ketika menziarahinya.

Antara adab ziarah kubur adalah kita dikehendaki memberi salam kepada mereka.

Katanya lagi sunat hukumnya menyampaikan salam ke atas mayat di perkuburan Islam sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW iaitu hadis yang diriwayatkan daripada Buraidah al-Aslami RA:

 كان النبي ﷺ يعلمهم إذا خرجوا إلى المقابر أن يقول قائلهم السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله بكم لا حقون. وأنتم فرطنا ونحن لكم تبع ونسأل الله لنا ولكم العافية. 

Maksudnya:  “Rasulullah SAW pernah mengajar sahabat-sahabatnya apabila mereka menziarahi tanah perkuburan supaya tiap tiap seorang di antara mereka (memberi salam dan berdoa dengan berkata: Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum mukminin dan muslimin; dan bahawa kami juga Insya Allah akan menurut kamu apabila sampai gilirannya; semoga Allah memberi rahmat dan selamat sejahtera kepada kami dan kamu sekalian.”- Riwayat Muslim 

“Begitu juga dengan membaca talkin ke atas jenazah ketika di tanah perkuburan, bukankah bacaan talkin itu antaranya mengingatkan dan berkata kepada si mati tentang persoalan di dalam kubur, di samping kita mendoakan kepada mereka agar terhindar dari azab kubur, dilapangkan kubur mereka sebagai tempat kediaman sebelum tibanya hari akhirat,” jelasnya lagi.

Bukan hanya itu, doa serta bacaan ayat-ayat al-Quran juga telah diniatkan pahala buat mereka yang sudah meninggal dunia sebagai bekalan mereka daripada warisnya.

Menurutnya doa juga merupakan cara individu bercakap kepada ahli kubur agar diampunkan dosa mereka dan kehidupan mereka di alam barzakh sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.