Ini Sebabnya Ada Telur Rebus Yang Sukar Dikupas, Sampai Melekat Isi Pada Kulit! [Video]
Kesegaran telur sebenarnya memainkan peranan dalam menentukan sama ada kulitnya sukar atau mudah dikupas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Telur rebus merupakan salah satu makanan yang menjadi pilihan sihat bagi orang ramai, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang diet.
Bukan hanya boleh dimakan begitu sahaja, telur rebus juga sesuai dimakan bersama hidangan lain atau dilenyek bersama mayonis untuk dibuat sandwich telur.
Cara penyediaannya pun mudah sahaja, hanya perlu direbus! Tapi kadangkala, ada pula telur yang susah dikupas sehingga isi terlekat pada bahagian kulit.
Baca Artikel Berkaitan: Telur Yang Nak Disimpan Tak Perlu Dicuci? Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Akibat Cuaca Terlalu Panas, Telur Tertinggal Dalam Kereta Jadi Separuh Masak
Telur Yang Sukar Dikupas Adalah Amat Segar
Mungkin ada yang risau sekiranya telur yang sukar dikupas berada dalam keadaan yang tidak terlalu segar. Namun sebenarnya, telur sebegitulah yang sangat segar!
Perkara ini telah diterangkan oleh seorang peniaga telur ayam dikenali sebagai Shin menerusi hantaran di TikTok (@shinkclucksmy) baru-baru ini.
Katanya situasi ini terjadi kerana telur segar mempunyai kadar pH yang lebih rendah, bermakna telur itu lebih berasid.
Kandungan asid tersebut akan membuatkan putih telur melekat dengan kuat pada bahagian membran, iaitu selaput nipis di bawah kulit telur.

Telur Lama Lebih Mudah Dikupas Kulitnya
Shin berkata, telur yang sudah tidak begitu segar akan kehilangan kandungan karbon dioksida (CO2) yang keluar menerusi sekitar 17,000 liang pori pada kulit.
Keadaan ini seterusnya akan meningkatkan kadar pH, menjadikan telur itu lebih beralkali yang membuatkannya lebih mudah dikupas berbanding telur segar.
“Perubahan kimia ini akan longgarkan ikatan antara membran dengan putih telur. Itulah sebab telur lama lebih senang dikupas,” jelasnya.
Umur Ayam Main Peranan Bagi Kualiti Telur
Menurut pensyarah dari Fakulti Sains Haiwan di IPB University selain kesegaran telur, terdapat beberapa faktor lain yang boleh membuatkan telur sukar dikupas.
Ini termasuklah kulit telur yang terlalu nipis dan direbus dengan suhu sangat tinggi buat masa yang lama (overcook).
Malah ayam berusia lebih 60 minggu juga boleh menghasilkan telur yang berat dengan kulit lemah, menjadikannya sukar dikupas.
Tips Agar Kulit Telur Lebih Mudah Dikupas
Dalam masa sama, Shin turut berkongsi tips agar telur segar lebih mudah dikupas iaitu dengan menggunakan teknik kukus.
Dia menjelaskan bahawa wap dari stim tersebut akan menembusi kulit telur lebih cepat berbanding air yang mendidih.
Dalam situasi ini, protein pada putih telur akan segera mengecut dari membran, sekali gus mengelakkan kedua-duanya daripada menempel bersama.
Berikut merupakan teknik mengukus telur yang dikongsikan olehnya:
- Didihkan air dalam periuk dan letak pengukus.
- Masukkan telur ke dalam pengukus.
- Kukus kira-kira 12 minit.
- Rendam telur yang telah dikukus di dalam air ais selama 5 minit.
Jika anda tiada pengukus, boleh juga rendam telur yang telah direbus di dalam air ais untuk membantu kulit agar lebih senang dikupas.
@shinclucksmy Telur susah nak kupas? Tu tanda telur SANGAT segar! 🥚✨ Kalau telur rebus korang selalu terkoyak dan berlubang lepas kupas, ini sebabnya: Telur segar ada tahap pH yang rendah, jadi putih telur melekat sangat kuat pada selaput kulit dalam. Bila telur tu makin lama, gas karbon dioksida keluar, pH makin naik, barulah telur tu senang nak dikupas. Tips kupas telur segar dengan cantik? Guna teknik KUKUS (Steam)! 💨 1️⃣ Didihkan air dalam periuk dan letak pengukus. 2️⃣ Masukkan telur ke dalam pengukus. 3️⃣ Kukus selama 12+- 4️⃣ Lepas tu, rendam dalam air ais selama 5 minit. “Saya Shin, on a mission to bring you the best and freshest eggs! Nak tahu lebih banyak pasal ayam dan telur? Jom follow! 🥚🎯” 🍳Jom follow: @shinclucks @cluckwithshin @shinclucksmy
♬ original sound – ShinClucks
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Ramai Kutip Telur Berterabur Di LPT2, Pensyarah Jelaskan Mungkin Tak Selamat Dimakan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Perjelas Bagaimana Telur Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan