Now Reading
Tiba-tiba Craving Sesuatu Makanan? Rupanya Ini Cara Badan Beritahu Nutrisi Yang Diperlukan

Tiba-tiba Craving Sesuatu Makanan? Rupanya Ini Cara Badan Beritahu Nutrisi Yang Diperlukan

Rupanya apabila seseorang mengidam nak makan sesuatu ia bukanlah sekadar teringin, sebaliknya ia isyarat badan memberitahu nutrien yang diperlukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap di antara kita pasti pernah mengidamkan sesuatu makanan. Sebagai contoh terasa nak makan sesuatu yang manis seperti kek, coklat atau air manis.

Bila sudah mengidam selalunya dilayankan sahaja, dengan alasan ‘tekak rasa nak makan’. Untuk yang perempuan pula mungkin ada yang mengaitkannya ouh mungkin hampir dengan waktu haid.

Ya adakalanya semua itu memang ada benarnya, tapi sebenarnya ada maksud lain apabila anda mengidamkan sesuatu atau kata orang ‘craving’.

Baru-baru ini seorang pengguna Threads, Akmal Hakim Hilman yang juga pelajar bidang perubatan telah berkongsi apakah signal (isyarat) yang diberikan oleh badan apabila anda craving sesuatu makanan.

Menerusi hantaran itu, Akmal menjelaskan craving yang datang secara tiba-tiba ini sebenarnya adalah signal badan untuk memaklumkan apakah nutrien yang diperlukan oleh badan.

Tanpa berlengah jom kami kongsikan dengan anda maksud di sebalik craving anda:

#1 Mengidam makanan masin

Foto: Pexels

Sekiranya anda mengidamkan makanan yang masin seperti keropok, kentang goreng dan sebagainya ini bermaksud badan sebenarnya memerlukan elektrolit.

Oleh itu, sebagai pengganti kepada makanan yang sihat korang boleh gantikannya dengan air kelapa, tembikai, bayam, avokado, brokoli, badan, air yang cukup dan banyak lagi.

Memetik laporan Healthline, elekrolit membantu untuk menghasilkan tenaga, menyokong hidrasi selain merangsang pengecutan otot untuk memastikan jantung berdegup.

Jelasnya elektrolit merupakan mineral yang mempunyai cas elektrik yang membantu untuk fungsi badan bekerja dengan baik. .

Selain itu ia juga membantu mengawal keseimbangan cecair dalam badan, antara jenis elektrolit adalah:

  • Sodium
  • Potasium
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Klorida
  • Bikarbonat
  • Fosfat
View on Threads

#2 Mengidam makanan manis

Foto: Pexels

Jika anda secara tiba-tiba mengidam untuk makan sesuatu yang manis ini mungkin membawa maksud gula dalam darah tidak stabil.

Oleh itu, badan memberikan signal untuk memerlukan tenaga yang cepat.

Sekiranya mempunyai keinginan untuk makanan makanan manis cuba tukarkannya kepada snek seimbang.

Sebagai contoh antara yang boleh diambil adalah buah-buahan seperti epal dan juga mentega kacang yang tidak mempunyai gula.

Ini kerana ia adalah hidangan yang mempunyai protein, lemak dan juga karbo sihat.

#3 Mengidam nak makan coklat

Foto: Pexels

Cakap tentang coklat, siapa yang tak sukakan coklat kan? Nak pula kalau ternampak video atau gambar coklat cair lalu di media sosial hmm memang kecur air liur.

Mengidam untuk makan coklat bukan disebabkan tertekan sahaja. Ya coklat sebenarnya ada kebaikan namun yang disarankan adalah coklat gelap (dark chocolate).

Jika anda mengidam untuk makan coklat ia juga adalah cara badan memaklumkan yang anda mungkin kekurangan magnesium.

Fungsi magnesium adalah untuk membuatkan otot yang tegang menjadi relaks.

Memetik Health Direct, antara makanan yang boleh diambil dan tinggi magnesium adalah:

  • Makanan berdaun hijau seperti bayam
  • Kekacang atau bijian
  • Daging seperti ayam atau lembu
  • Bijirin penuh
View on Threads

#4 Teringin makan karbo

Foto: Pexels

Karbo atau nama penuhnya karbohidrat adalah seperti nasi, pasta atau roti. Sekiranya anda terasa nak makan ini, itu bermaksud badan sedang memerlukan Tryptophan.

Menurut Healthline, tryptophan merupakan asid amino penting yang digunakan untuk menghasilkan protein. Oleh itu, anda perlu mendapatkan nutrien ini menerusi diet.

Antara makanan yang mempunyai trytophan adalah:

  • Ayam
  • Telur
  • Keju
  • Ikan
  • Kacang tanah
  • Biji labu dan bijan
  • Susu
  • Tofu dan soya

Tryptophan yang cukup dapat memberikan manfaat dalam peningkatan niasin dan serotonin, di mana ia membantu:

  • Tidur yang lebih sihat dan berkualiti
  • Kelegaan daripada kemurungan dan kebimbangan
  • Meningkatkan keseimbangan emosi
  • Menguatkan toleransi kesakitan

Kata Akmal, badan sebenarnya bijak namun seorang individu perlu tahu dan belajar bahasanya atau cara ia memberitahu apa yang diperlukan.

View on Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.