fbpx
Now Reading
Waktu Tidur Malam Tak Teratur Setiap Hari Boleh Undang Risiko Kesihatan Lebih Tinggi [Video]

Waktu Tidur Malam Tak Teratur Setiap Hari Boleh Undang Risiko Kesihatan Lebih Tinggi [Video]

Jelas Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli ia bukan sekadar berapa lama seseorang itu tidur tetapi bila (waktu) seseorang itu tidur setiap hari juga kritikal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidur bukan sekadar lena sahaja, sebaliknya tidur ini juga antara perkara yang menjamin kesihatan seseorang manusia.

Ini kerana gaya hidup sihat bukan sekadar anda bersenam atau makan makanan yang cukup nutrien sahaja sebaliknya ia merangkumi semua termasuklah tidur.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Doktor Nasihat Jangan Tidur Dalam Keadaan Ada Pencahayaan, Ini Sebabnya [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Tertidur Atas Dada Suami Boleh Redakan ‘Anxiety’ – Ahli Farmasi [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Dah Tidur 8 Jam Tapi Masih ‘Barai’? Mungkin Ini Penyebabnya

Tidur tak tetap boleh ganggu masalah kesihatan

Terbaharu Pengasas Mental Kuat Centre yang juga Penceramah Kesihatan Mental, Amirul Ramli telah menjelaskan bagaimana tidur pada waktu yang tidak tetap setiap hari boleh mengganggu kesihatan diri.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Amirul mengatakan dia mempunyai berita buruk kepada individu yang tidak tidur pada waktu tetap pada setiap hari.

“Risiko serangan jantung, strok meningkat dua kali ganda. Ini kajian betul, (yang melibatkan) 3,231 orang untuk kajian selama 10 tahun,” ujarnya.

Kata Amirul ia bukan sekadar berapa lama seseorang itu tidur, tetapi bila seseorang itu tidur setiap hari juga kritikal.

Jam biologi menjadi keliru

Menurutnya sekiranya waktu tidur seseorang itu kerap asyik berubah sebagai contoh hari ini jam 11 malam, esok pula jam 2 pagi manakala lusa pula jam 9 malam, perkara itu membuatkan jam biologi dalam badan keliru.

“Circadian rythm tu kacau hormon stres, macam kortisol tu tak stabil. Tekanan darah pun ikut naik turun.

“Lama-lama sistem jantung anda yang kena tanggung. Yang paling bahaya kalau anda dah lah tidur tak cukup, waktu tidur pun tak konsisten, itu combo (kombinasi) paling tinggi risiko,” jelasnya lagi.

Oleh itu, adalah sangat penting buat setiap individu untuk menjaga waktu tidur setiap hari dan memastikan mereka mendapatkan tidur yang berkualiti.

Sistem jam biologi badan yang terganggu juga boleh mengganggu hormon seperti yang dilaporkan dalam Rupa Health di mana Circadian Rythm mempengaruhi penghasilan hormon seks seperti estrogen, progestreron, testosterone dan gonadotriphins.

Selain itu ia juga boleh mengganggu emosi menjadi tidak stabil disebabkan progesterone yang rendah.

Maka seseorang mudah mengalami masalah emosi seperti mudah marah, mood tak teratur,dan sebagainya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Kongsi Apa Itu Circadian Rythm Atau Jam Biologi Badan & Kesannya Jika Terganggu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.