fbpx
Now Reading
Dapat Jemputan Kenduri Di Grup WhatsApp Wajib Hadir Atau Tidak? Ini Penjelasannya [Video]

Dapat Jemputan Kenduri Di Grup WhatsApp Wajib Hadir Atau Tidak? Ini Penjelasannya [Video]

Jelas PU Salman, dalam mazhab Syafie dan Hambali menjelaskan antara syarat wajib seseorang memenuhi undangan perkahwinan adalah khusus kepada individu tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum adanya teknologi, kad jemputan menjadi perantara untuk menjemput orang ramai untuk menghadiri ke sesebuah majlis.

Malah di zaman itu, kad jemputan ini akan dikirim atau diberikan terus kepada tetamu untuk hadir ke majlis berkenaan.

Namun seiring dengan kemajuan teknologi di masa kini, kad bukan lagi menjadi medium utama untuk menjemput orang ramai hadir ke majlis yang diraikan.

Bahkan ada yang menggunakan media sosial serta Whatsapp grup untuk memudahkan lagi mereka menjemput orang ramai.

Wajib ke datang majlis yang dijemput menerusi WhatsApp grup?

Baru-baru ini pendakwah PU Salman telah menjelaskan adakah wajib seseorang itu menghadiri majlis sekiranya menerima undangan menerusi WhatsApp grup.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, PU Salman mengatakan umumnya umat Islam mengetahui bahawa seseorang wajib pergi ke jemputan majlis perkahwinan.

“Kadang-kadang kita dapat jemputan tadi dalam grup WhatsApp ia tidak peribadi atau terus kepada kita. Wajib pergi ke? Banyak grup-grup WhatsApp yang hantar kad perkahwinan ha macam mana tu?” soalnya.

Wajib pergi jika diundang khusus

Jelas PU Salman di dalam mazhab Syafie dan Hambali mengatakan antara syarat wajib kita memenuhi undangan perkahwinan adalah khusus bukan secara umum.

“Imam Nawawi dalam kitab Raudhatuth Talibin menyatakan bahawa antara syarat-syarat wajib memenuhi undangan perkahwinan ialah ‘hendaklah tuan rumah mengkhususkan jemputan tadi kepada inidividu yang dijemput tadi.’ Sama ada dia jemput sendiri atau mewakilkan kepada orang lain.”

Tak wajib jika diundang secara umum

Katanya sekiranya jemputan itu secara umum maka ia tidak wajib untuk hadir ke majlis berkenaan.

Ujarnya kata Imam Nawawi perkara itu juga bukan sunat seperti yang disebut dalam kitab Raudahatuth Talibin.

“Apa dalilnya, Nabi SAW sebut dalam hadis yang sahih, ‘ bila salah seorang dari kamu dijemput ke undangan perkahwinan maka hendaklah kamu pergi.’ Jadi ini menunjukkan bahawa salah seorang kamu ‘khusus’ dan tidak umum.

“Kalau jemputan umum, tidak wajib. Jadi kalau nak pergi, pergilah tapi tak wajib. Kalau ia khusus untuk kita menerusi WhatsApp atau datang jumpa kita barulah wajib,” jelasnya lagi.

@pusalman

Wajib ke pergi undangan walimah yg diperoleh dari grop wasap #wedding #kendurikahwin #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – Pu salman – Pu salman

Perkara sama turut dijelaskan Jabatan Mufti Negeri Selangor

Menerusi laporan Sinar Harian yang memetik Jabatan Mufti Negeri Selangor menjelaskan jemputan walimah menerusi media sosial secara terbuka tanpa pengkhususan kepada individu tertentu boleh disamakan dengan situasi yang disebutkan dalam pandangan Imam An-Nawawi.

Menurutnya jelas jemputan berkenaan tidak dianggap satu tuntutan yang wajib dipenuhi kecuali jika ia diberikan secara peribadi sebagai contoh melalui mesej secara langsung, kad rasmi serta ajakan secara bersemuka.

“Kami cenderung menyatakan bahawa jemputan secara umum tidak menjadi tuntutan (kewajipan) untuk dipenuhi melainkan dinyatakan dengan khusus dan jelas ditujukan secara khas seperti dimaklumkan secara peribadi di dalam grup-grup tertentu atau melalui medium-medium lain seperti jemputan secara berhadapan, kad jemputan dan selainnya mengikut kepada pertimbangan dan syarat-syarat yang telah dinyatakan,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.