“Butang Magic Dalam Kereta” – Pakar Kongsi Tips Elak Kepala Pening Ketika ‘Atas Jalan’ Nak Balik Kampung [Video]
Menurut Pakar Perunding Neonatologi & Pakar Pediatrik, Dr Syed Khaliq, dia bersama keluarga mula berasa selesa dan tidak pening selepas ‘OFF’ satu butang dalam kereta.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kesesakan jalan raya sudah menjadi satu fenomena ketika perayaan Aidilfitri. Seperti pada tahun lalu, ramai individu yang mahu menuju ke kawasan Pantai Timur tersangkut jalan sesak hingga berbelas-belas jam.
Buat mereka yang perlu melalui jalan berbukit atau bersimpang-siur, pasti anda akan berasa mual dan pening kepala. Tak sampai kampung lagi dah beremosi serta bad mood.
Sebenarnya, ada cara bagi mencegah perkara tersebut daripada berlaku.
Baca Artikel Berkaitan: Balik Kampung 2 Hari Pun Tetap Kena Hadap Trafik Sesak Hampir Berbelas Jam, Berbaloi Ke? [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tiket Bas Habis? Wanita Ini Tawar Hantar Pulang Ke Kampung Halaman Naik Mercedes-Benz Khas Buat Kaum Hawa!
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Bayar Tol” – Kanak-kanak Terima Duit Raya Dari Pengguna Jalan Raya Ketika Trafik Sesak
Pengguna Jalan Raya Kerap Rasa Pening Ketika Dalam Perjalanan Jauh
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila Pakar Perunding Neonatologi & Pakar Pediatrik Am di Hospital Assunta dikenali sebagai Dr Syed Abdul Khaliq, berkongsi punca kebanyakan individu berdepan masalah pening atau sakit kepala ketika dalam perjalanan jauh.
Jelasnya, isu begitu kadangkala berlaku selepas satu ke dua jam menempuh trafik sesak. Bukan sahaja pening, malah segelintir mengalami loya serta muntah.
“Pernah jadi dekat semua, bukan setakat saya tapi dekat isteri dan anak-anak sekali rasa pening, loya, nak muntah. Kemudian bila kita berhenti buka tingkap apa semua baru rasa selesa,” katanya.

Foto: Wanita pening dalam kereta.
Butang Recirculation Boleh Atasi Masalah Pening Kepala Dalam Kereta
Kongsi Dr Syed Khaliq, keadaan mereka bertambah baik selepas fungsi Butang Recirculation (butang kitar semula udara) di dalam kereta dinyahaktifkan.
Menurutnya, bagi sesetengah kereta baharu, sistem penghawa dingin automatik boleh menukar mod udara luar dan kitar semula udara secara automatik.
Keburukannya adalah anda boleh terhidu asap dari kereta luar sekiranya butang itu tidak diaktifkan (OFF).
Sekiranya butang itu menyala, udara di dalam kereta akan berada dalam mod kitar semula udara (recirculate).

Karbon Dioksida Akan Terperangkap Jika Butang Recirculation Dibiarkan ON
Bagaimanapun jika dibiarkan berterusan (ON), karbon dioksida yang dilepaskan melalui pernafasan akan meningkat dan terperangkap di dalam kereta sekaligus menyebabkan seseorang sakit kepala.
Bagi mengatasi masalah ini, Dr Syed Khaliq menasihati orang ramai untuk menyahaktifkan fungsi recirculate dengan menekan butang tersebut agar oksigen boleh memasuki dalam kereta.
Untuk lebih mudah faham:
- ON: Udara dalam kereta dikitar semula dan berpotensi memerangkap karbon dioksida
- OFF: Udara luar masuk ke dalam kereta dan meningkatkan oksigen
Buka Tingkap Atau Berhenti Di R&R Adalah Lebih Selamat
Selain itu, anda juga boleh membuka tingkap selepas satu ke dua jam perjalanan untuk menghirup udara luar selama 10, 15 atau 30 minit.
Jika mahu lebih selesa, anda disarankan untuk berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) untuk berehat. Langkah tersebut dikatakan lebih selamat dan baik untuk tubuh badan.

Sumber: Facebook Richard Chua
Dalam masa sama, anda boleh tidur sebentar bagi mengelakkan microsleep.
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Neurologi Ulas Apa Itu ‘Microsleep’, Punca & Cara Atasinya
“Kita keluar daripada kereta untuk menghirup udara segara. Ini lebih selamat dan baik untuk kita, boleh menyelamatkan nyawa. Karbon dioksida terlalu tinggi boleh membahayakan nyawa.
“Bila pening kita mungkin boleh pitam, pengsan, terlibat kemalangan dan sebagainya,” kata beliau.
@drsyedkhaliq ♬ original sound – Dr Syed Khaliq
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Checklist Barang Penting Sebelum Balik Raya. #5 Tu Penting Oi!
Baca Artikel Berkaitan: Balik Kampung Kini Lebih Mudah! Ketahui 6 Cara ECRL Ubah Cara Rakyat Malaysia Mengembara



