Bab Sedekah, Perlu Utamakan Keluarga Atau Orang Miskin? Ini Penjelasan Ustaz Wadi
Menurut pendakwah terkenal Ustaz Wadi Annuar, Islam mengajar umatnya untuk menyusun keutamaan ketika memberikan sebarang derma kepada golongan tertentu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ramai di antara kita yang menjadikan amalan sedekah sebagai rutin dalam kehidupan seharian.
Tidak kira sebesar mana nilai pemberian itu, Allah SWT tetap menilai keikhlasan di sebalik setiap derma selain menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda kepada mereka yang melakukannya, lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan ini.
Namun mungkin ada yang pernah terfikir, golongan mana yang perlu difokuskan terlebih dahulu dalam menghulurkan sedekah.
Baca Artikel Berkaitan: 5 Amalan Untuk Maksimakan Pahala Di Bulan Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Terlepas Pandang! Ini 5 Perkara Yang Kurangkan Pahala Puasa Di Bulan Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: “Hanya Perlukan Doa” – Lelaki Wakaf Barang Keperluan Masjid Semasa Birthday Raih Pujian
Ustaz Wadi Perjelas Keutamaan Dalam Memberi Sedekah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads, apabila pendakwah terkenal Ustaz Wadi Annuar berkongsi tentang keutamaan dalam bersedekah.
Mungkin ada di antara kita yang pernah berdepan dalam situasi yang mana anda perlu memilih kepada siapakah derma mahu dihulurkan, sebagai contoh kepada ahli keluarga sendiri atau fakir miskin.
Menurut beliau, Islam mengajar umatnya untuk menyusun keutamaan ketika memberikan sebarang derma kepada golongan tertentu.
Jelas Ustaz Wadi, berikut adalah keutamaannya:
- Keluarga terdekat yang memerlukan
- Orang miskin dan anak yatim sebagai contoh melalui NGO (Badan Bukan Kerajaan) atau pusat zakat
- Fi Sabilillah dan dakwah seperti masjid, tahfiz dan usaha dakwah
Sebagai info, menurut Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), asnaf Fi Sabilillah merujuk kepada golongan yang berjuang atau melakukan aktiviti untuk menegakkan dan mempertahankan agama Islam.
Ia dilakukan demi kebaikan masyarakat dan bukannya untuk kepentingan individu itu sendiri.

Eratkan Hubungan Kekeluargaan Melalui Pemberian Sedekah
Jelas Ustaz Wadi lagi, mengutamakan keluarga sendiri untuk pemberian sedekah menjamin hubungan silaturahim yang lebih erat.
“Jika keluarga sendiri berada dalam kesusahan, mereka lebih utama dibantu. Menolong keluarga bukan sahaja meringankan beban mereka, bahkan menjadi jambatan yang mengeratkan silaturahim sesama darah daging.Bukan bermaksud kita mengabaikan sumbangan kepada pihak luar. Tetapi Islam mengajar kita menyusun keutamaan. Jangan sampai kita sibuk membantu yang jauh, sedangkan yang dekat kita abaikan.”
Ustaz Wadi
Tambah pendakwah itu, individu sewajarnya mendahulukan insan terdekat sebelum memberi manfaat kepada orang lain.
Dalam hadis riwayat Al-Tirmizi, disebut bahawa:
“Sedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah, manakala sedekah kepada kaum kerabat mempunyai dua kelebihan; sedekah dan juga menghubungkan silaturahim.”
View on Threads
Hukum Bersedekah Kepada Golongan Kaya
Pada bulan Ramadan ini pula, para Muslim yang memenuhi syarat, wajib menunaikan zakat agar sedekah itu dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.
Namun adakah ia diterhadkan kepada fakir miskin sahaja? Apakah hukum bersedekah kepada orang kaya pula?
Menerusi semakan kami di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum bersedekah kepada orang kaya adalah harus.
Ini berdasarkan kaedah fekah yang menyebut bahawa hukum sebenar bagi setiap perkara adalah harus selagi mana tiada dalil yang melarangnya.
Seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah:
تحل صدقة التطوع للأغنياء بلا خلاف ، فيجوز دفعها إليهم ويثاب دافعها عليها ولكن المحتاج أفضل قال أصحابنا ويستحب للغني التنزه عنها ويكره التعرض لأخذها
Maksudnya: Halal (dibolehkan) untuk bersedekah sunat kepada golongan kaya tanpa khilaf (akan keharusannya di sisi para ulama). Maka boleh untuk memberikan (sedekah) kepada golongan kaya dan diberi pahala kepada yang memberi sedekah tersebut. Akan tetapi (sedekah yang diberikan kepada) golongan yang memerlukan adalah lebih afdhal. Para ashab kami berkata: “Dan disunatkan bagi orang yang kaya membersihkan diri (dari mengambilnya) serta dimakruhkan untuk berusaha ke arah mendapatkannya.”
[Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (6/39)]
Pun begitu, keutamaan bersedekah diberikan kepada golongan yang lebih memerlukan dahulu.
Baca Artikel Berkaitan: Rider Terharu Pelanggan Ajak Berbuka Puasa Sekali Di Rumah. Siap Sedekah Duit Lagi!
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Suka Ada Teman Borak” – Tindakan Nenek Sedekah Duit & Buah Kepada Lelaki Bikin Ramai Tersentuh
Baca Artikel Berkaitan: “Semoga Murah Rezeki Dia” – Pemilik Kedai Belanja Pelanggan Makan Lepas Tengok Ramai Beratur Panjang



