Ibu Bapa Digalakkan Beri Upah Untuk Latih Anak Kecil Puasa – Ustaz Fahmi Rusli
Menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ibu bapa diwajibkan untuk menyuruh kanak-kanak mumaiyiz untuk berpuasa sekiranya mereka mampu serta larat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah melepasi pertengahan bulan Ramadan, mungkin ada di kalangan ibu bapa yang sedang berusaha untuk mengajar anak kecil mereka untuk berpuasa buat pertama kalinya. Memang tidak dinafikan ia bukanlah satu perkara mudah.
Namun jika dididik secara berterusan, Insya-Allah si kecil akan terbuka hati untuk berpuasa sendiri secara sukarela tanpa dipaksa.
Antara usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah memberikan motivasi kepada anak-anak agar tidak berputus asa untuk berpuasa antaranya dengan menunjukkan contoh yang baik, memberi motivasi, ganjaran dan sebagainya.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Wajib Suruh Anak-Anak Umur 7 Tahun Solat & Puasa Sebelum Baligh – UAI
Baca Artikel Berkaitan: Doa Tiap Malam & 6 Lagi Nasihat Berguna Ibu Ayah Perlu Kongsi Kepada Anak Sebelum Ramadan Berakhir
Ibu Bapa Digalakkan Beri Anak Sagu Hati Jika Berjaya Berpuasa
Baru-baru ini, Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhammad Fahmi Rusli menerusi satu hantaran di akaun X (Twitter) miliknya, berkongsi tentang cara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mendidik anak supaya berpuasa.
Menerusi tangkap layar hantaran beliau sebelum ini di Facebook, Ustaz Muhammad Fahmi berkata dalam mazhab Imam Syafie, ibu bapa dituntut menyuruh anak-anak mereka berpuasa seawal usia tujuh tahun.
Jelas beliau, ibu bapa digalakkan untuk memberi si kecil upah atau sagu hati bagi mendorong mereka untuk istiqamah berpuasa. Perbuatan memberi sagu hati sekiranya kanak-kanak itu berjaya adalah tarbiah (satu bentuk didikan) yang baik.
Ia juga disifatkan sebagai satu dorongan kepada si kecil untuk tidak berhenti berpuasa selepas ini.
Memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula, ibu bapa diwajibkan untuk menyuruh kanak-kanak mumaiyiz (belum baligh tapi mampu membezakan perkara baik dan buruk) untuk berpuasa sekiranya mereka mampu serta larat.
Kisah Bapa Beri Sepotong Perak Kepada Anak Sebagai Upah Berpuasa
Jelas beliau, perbuatan ini diamalkan oleh sebahagian ulama dahulu sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Al-Mahawib Al-Hanbali dalam kitab Masyikhah Abi Al-Mawahib Al-Hanbali berkenaan kisah gurunya Al-Syaikh Najmuddin Abu Al-Makarim Al-Ghizzi Al-Dimasyqi Al-Syafie.
Dalam hantaran sama, beliau berkata Syaikh Najmuddin Al-Ghizzi ada menyebut mengenai ayahnya yang memberikan upah sekiranya berjaya berpuasa.
“Bapaku telah menyuruhku untuk berpuasa Ramadan semasa aku berusia enam tahun. Dan dia akan memberikan kepadaku sepotong perak (sebagai upah) pada setiap hari aku berpuasa. Lalu aku pun berpuasa pada majoriti hari dalam sebulan. Ini sebagai satu galakan dari beliau dan kebagusan tarbiah beliau. Dan aku berpuasa Ramadan pada tahun beliau meninggal dunia selama sebulan kecuali satu atau dua hari sahaja (yang tidak berpuasa) dan pada ketika itu aku berumur tujuh tahun. Aku pernah duduk bersama bapaku untuk bersahur. Beliau banyak mendoakan kebaikan untukku dan beliau turut membawa aku menghadiri majlis-majlis ilmunya.”
Syaikh Najmuddin Al-Ghizzi
[Rujuk Masyikhah Abi Al-Mawahib Al-Hanbali (halaman 10)]
Ibu bapa digalakkan memberi upah kepada anak-anak kecil mereka sebagai suatu galakan untuk berpuasa. pic.twitter.com/CRQ96hEm1T
— Muhammad Fahmi (@fahmirusliMFR) March 9, 2026
Baca Artikel Berkaitan: Orang Sakit Kronik Tak Puasa Kena Qada Puasa Atau Bayar Fidyah? Ini Penjelasan UAI [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Masjid Putra Nilai Mesra Kanak-kanak, Tawar Khidmat Asuhan Sempena Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹






