Anda Penghidap Gastrik? Ini Makanan & Minuman Sesuai Diambil Ketika Iftar Serta Sahur
Kalau tidak jaga pemakanan dengan baik, keberangkalian untuk perut meragam sewaktu bulan berpuasa ni memang tinggi lebih-lebih lagi buat penghidap gastrik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa golongan umat Islam yang dibenarkan untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan seperti pesakit gastrik kritikal. Hal ini kerana simptomnya akan bertambah buruk sekiranya terlewat makan.
Antara simptom gastrik yang selalu pesakit lalui adalah sakit atau pedih di bahagian ulu hati, perut kembung, loya, muntah, kerap sendawa, pening, sakit kepala, dan hilang selera makan.
Pun begitu, terdapat langkah pencegahan yang boleh dilakukan setiap Muslim bagi mengelakkan diri daripada diserang gastrik sewaktu bulan Ramadan. Jangan cepat mengalah dan ikthiar sebaik mungkin untuk menunaikan ibadah tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Orang Sakit Kronik Tak Puasa Kena Qada Puasa Atau Bayar Fidyah? Ini Penjelasan UAI [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Situasi Kritikal Yang Mewajibkan Seseorang Batalkan Puasa
Baca Artikel Berkaitan: Sering Alami Gastrik? Ini 4 Tips Yang Anda Boleh Amalkan Ketika Puasa
9 Makanan Terbaik Untuk Penghidap Gastrik Ketika Bulan Puasa
Serangan gastrik ketika bulan puasa ni bukan sahaja akan menyebabkan rasa pedih ulu hati, tetapi boleh kacau emosi juga kerana rancangan berpuasa sebulan penuh itu terganggu.
Oleh disebabkan itu, berikut kami kongsikan jenis-jenis makanan dan minuman yang selamat diambil oleh penghidap gastrik sepanjang bulan Ramadan ini, sama ada untuk berbuka puasa ataupun sahur. Antaranya:
#1 Sayur-sayuran termasuk brokoli
Makanan yang kurang dengan kandungan lemak dan gula mengurangkan asid perut sekaligus melancarkan sistem pencernaan. Antara pilihan sayur yang disarankan adalah brokoli kerana ia mengandungi sulforaphane tinggi iaitu sebatian yang dapat membunuh bakteria H.Pylori.
Malah ia juga kaya dengan serat yang tinggi.
Pilihan sayur-sayuran lain yang baik untuk penghidap gastrik adalah:
- Kentang
- Timun
- Kacang hijau
- Asparagus
- Kubis bunga
- Sayuran berdaun hijau

#2 Halia
Selain mempunyai sifat antiradang semula jadi, pengambilan halia juga dikenali sebagai rawatan berkesan bagi masalah pedih ulu hati dan gangguan gastrousus lain.
Kalau tak lalu nak makan halia mentah secara terus, anda boleh memasukkan hirisan halia ke dalam masakan, minuman teh atau smoothie bagi meredakan simptom dialami. Sesuai diambil ketika waktu bersahur.

#3 Oat
Umum mengetahui, oat merupakan menu popular diambil ketika waktu bersahur. Makanan tinggi serat ini mengurangkan risiko mengalami asid refluks.
Bonus: Waktu penyediaannya sangat cepat. Boleh juga tambah dengan pilihan buah-buahan bukan sitrus sebagai contoh pisang.

#4 Buah-buahan Bukan Sitrus
Walaupun buah sitrus seperti oren dan limau kaya dengan vitamin C, namun kandungan asidnya yang tinggi mampu merengsakan lapisan perut yang meradang dan memburukkan lagi simptom pedih ulu hati.
Namun pengambilan buah-buahan masih penting untuk tubuh badan. Antara buah yang selamat untuk gastritis adalah:
- Pisang
- Epal merah
- Tembikai
- Pir
- Kurma
- Blackberries
- Jambu batu

#5 Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak seperti ayam, ayam belanda dan ikan membantu mengurangkan asid refluks dan merawat keradangan dalam lapisan perut. Protein-protein ini mudah dihadam, berbeza dengan daging tinggi lemak yang memburukkan lagi gejala gastrik.
Pastikan anda memasaknya secara sihat sebagai contoh stim, rebus atau bakar.
Antara pilihan ikan tinggi dengan omega-3 yang membantu mengurangkan keradangan adalah:
- Ikan kembung
- Ikan bilis
- Salmon
- Sardin
- Tuna

#6 Putih telur
Memang ramai di antara kita yang sukakan kuning telur, lagi-lagi kalau dapat yang separa masak tu kan? Tapi untuk penghidap gastrik hati-hati, kerana bahagian kuning ini mengandungi lemak yang tinggi dan boleh mengundang simptom asid refluks.
Lemak yang tinggi dalam masa sama boleh melambatkan pencernaan. Oleh itu, pilihan terbaik adalah putih telur.

#7 Lemak sihat
Lemak sihat dapat mengurangkan lonjakan asid serta mengurangkan keradangan. Lemak sihat ini juga mengandungi kurang gas sekaligus mengelakkan perut berangin sebagai contoh avokado, kacang walnut, biji rami, minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari.
Kurang gas → kurang tekanan → kurang asid naik ke esofagus (terutamanya untuk penghidap GERD [Penyakit Refluks Gastroesofagus]).

#8 Makanan antibakteria dan kaya flavonoid
H.pylori merupakan bakteria jahat yang boleh membawa kepada ulser perut jika tidak dirawat. Salah satu simptom anda dijangkiti bakteria tersebut adalah mengalami gastrik.
Oleh disebabkan itu, anda perlu mengambil makanan tinggi dengan kandungan flavonoid yang terkenal dengan sifat antibakteria dan boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria termasuklah H.pylori.
Makanan yang tinggi dengan kandungan flavonoid adalah bawang putih, bawang merah, kranberi atau saderi.
Manakala makanan antibakteria adalah madu asli, halia dan kunyit.

#9 Makanan & minuman probiotik
Probiotik adalah satu jenis bakteria baik yang bantu melawan bakteria H.pylori, selain dapat memperbaiki sistem imun badan.
Makanan dan minuman berasaskan probiotik dapat membantu meningkatkan kemampuan usus menyerap nutrien yang diperlukan untuk proses pemulihan.
Buat penghidap gastrik, anda boleh masukkan makanan dan minuman ini dalam diet anda:
- Yogurt
- Kefir
- Kimchi
- Susu kultur
- Tempe
- Miso

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Kongsi Ubat Yang Boleh ‘Burukkan’ Keadaan Pesakit Gastrik & Gerd Jika Ambil Tanpa Dikawal
Baca Artikel Berkaitan: Disangkakan Gastrik, Dr Jelaskan Ia Boleh Jadi Simptom ‘Silent Heart Attack’
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Gaya Hidup Jadi Punca Kita Dapat Sakit GERD? Ini Penjelasan Doktor Pakar [Video]
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣠â‘✮💻₊ ⊹








