fbpx
Now Reading
Orang Sakit Kronik Tak Puasa Kena Qada Puasa Atau Bayar Fidyah? Ini Penjelasan UAI [Video]

Orang Sakit Kronik Tak Puasa Kena Qada Puasa Atau Bayar Fidyah? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, terdapat dua situasi yang menyebabkan seseorang tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan iaitu sakit dalam tempoh masa singkat atau menghidap penyakit kronik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seperti yang kita tahu, semua umat Islam wajib menunaikan rukun Islam ke-4 iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Malah menjadi kewajipan kepada ibu bapa serta penjaga untuk menyuruh kanak-kanak mumaiyiz berumur lengkap tujuh tahun ke atas untuk berpuasa sekiranya mereka mampu dan larat. 

Namun begitu, tidak semua individu mampu untuk menahan lapar dan dahaga disebabkan faktor-faktor tertentu.

Sebagai contoh, empat situasi kritikal yang mewajibkan seseorang membatalkan puasanya adalah hipoglisemia (tahap gula rendah), dehidrasi melampau, hiperglisemia (tahap gula tinggi), atau penyakit akut mendadak. Dalam situasi ini mereka dibenarkan untuk tidak berpuasa ketika di bulan Ramadan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Situasi Kritikal Yang Mewajibkan Seseorang Batalkan Puasa

Baca Artikel Berkaitan: Penggunaan Inhaler Boleh Batalkan Puasa? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Puasa Qada & Puasa 6 Syawal Secara Serentak? Ini Penjelasannya

2 Kategori Yang Dibenarkan Untuk Tidak Berpuasa Ketika Bulan Ramadan

Baru-baru ini, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu sesi tazkirah ada mengulas tentang golongan yang diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa di bulan mulia ini.

Soalan: Orang yang sakit kronik tak mampu puasa. Apakah perlu bayar fidyah atau hanya qada (ganti puasa) sahaja?

Menurut UAI, kategori orang sakit ketika di bulan Ramadan terbahagi kepada dua iaitu:

  • Sakitnya dalam tempoh masa sekejap sahaja dan akan sembuh
  • Sakit yang tidak boleh baik atau pun kronik

Bagi orang yang sakit dalam tempoh masa singkat di bulan Ramadan sebagai contoh cedera akibat kemalangan dan tidak larat untuk berpuasa selama tiga hari misalnya, maka individu itu boleh meninggalkan puasa dan wajib qada semula selepas bulan tersebut.

Golongan Dalam Kategori Ke-2 Tak Wajib Ganti Puasa, Tetapi Perlu Bayar Fidyah

Contoh bagi situasi kedua pula adalah sakit tua. Semakin tua, semakin bertambah sakitnya. Maka golongan ini dibenarkan untuk tidak berpuasa. Contoh lain adalah penghidap gastrik, yang mana mereka perlu makan selang beberapa jam bagi mengelakkan perut sakit.

Walaupun ada sesetengah individu masih muda, namun penyakit yang dihidapi membuatkan mereka tidak berupaya untuk berpuasa dengan normal seperti orang lain sebagai contoh pesakit buah pinggang, penghidap sakit jantung dan sebagainya.

Maka dalam kes-kes tersebut, golongan ini tidak diwajibkan berpuasa atau menggantinya semula tetapi mereka perlu membayar fidyah iaitu secupak beras bersamaan dengan sehari tinggal puasa.

Cara Untuk Kira Cupak Beras Dalam Bentuk Kilogram

Untuk info, fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Bagaimanapun pada zaman moden ini, rata-rata kedai tidak lagi mengira pembelian beras dalam bentuk cupak tetapi dalam kilogram (kg).

“Sekarang ni dah tak banyak (tempat) yang kira guna cupak. Kedai biasa tak jual dah. Jadi kalau kg nak kira macam mana? Kalau nak kira guna kilo, guna 750 gram (g).

“Ulama-ulama moden seperti dari Jordan, Lubnan, Mesir dan Yaman kira paling berat satu cupak (bersamaan) dengan 750g sahaja.

“Jadi kita beli 1kg la senang. Kata ulama 250g yang lebih itu kita jadikan sebagai sedekah,” jelas beliau.

Baca Artikel Berkaitan: Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?

Baca Artikel Berkaitan: Batalkan Puasa Ganti Ramadan Semata-mata Member Ajak Makan Tempat Best? Ini Hukumnya

Baca Artikel Berkaitan: Bila Sebenarnya Kena Bayar Fidyah Kalau Tak Sempat Ganti Puasa?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.