Masih Harapkan Ayah Wanita Tanggung, Ini Hukum Lelaki Kahwin Walau Tak Cukup Duit Sara Isteri
Seorang individu sebelum ini meminta pandangan agamawan, Ustaz Muhammad Nasrullah berhubung hasrat seorang pelajar universiti yang tidak mempunyai sumber kewangan untuk menikahi adik perempuannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang semua tahu, mendirikan rumah tangga merupakan antara ibadah yang dituntut dalam Islam buat mereka yang sudah bersedia untuk berkahwin.
Ia bukan sahaja dapat menjaga kehormatan diri daripada terjerumus perbuatan maksiat, malah perlu diingatkan bahawa perjanjian suci di antara pasangan ini juga membawa tanggungjawab yang besar.
Rasulullah SAW bersabda:
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.”
[Riwayat Muslim (3386)]
Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Bertanya Atau Mengaku Pernah Terlanjur Sebelum Kahwin?
Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Tak Hadir Kenduri Kahwin Sebab Tak Ada Duit Atau Hadiah Nak Bagi? Ini Penjelasan UAI [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Nabi SAW Tak Mengaku Umat Jika Tak Kahwin? Ini Penjelasannya [Video]
Hukum Teruskan Perkahwinan Jika Pihak Lelaki Tak Mampu Tanggung Isteri
Bagaimanapun, ada segelintir individu yang mahu meneruskan perkahwinan walaupun diri sendiri tidak bersedia dari sudut kewangan.
Sebelum ini, seorang agamawan dikenali sebagai Ustaz Muhammad Nasrullah menerima satu soalan anonim (tanpa nama) menerusi laman NGL mengenai hukum hakam dalam perkahwinan.
Soalan: Ada lelaki budak universiti ni nak kahwin dengan adik saya (universiti yang sama) tapi tak ada duit. Dia nak kahwin untuk halalkan sahaja tapi tak nak duduk asing dan ayah saya masih tanggung. Apa hukum dan nasihat untuk kes macam ni?
Jelas Ustaz Nasrullah, adalah makruh iaitu tidak digalakkan sekiranya seseorang berkahwin tetapi tidak mempunyai sumber kewangan untuk menyara si isteri.

“Kiranya dia masih belum (masuk kategori) sunat atau wajib berkahwin. Pihak perempuan boleh tolak atau tangguh pelawaan tersebut,” jelasnya.
Nasihat ustaz itu, pihak lelaki perlulah mempunyai sumber kewangan terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk berkahwin dengan seseorang.
Makruh (tak digalakkan) hukumnya seseorang berkahwin tetapi tidak mempunyai sumber kewangan untuk menyara si isteri.
— Nasrullah 🇵🇸 (@mnasrullah00) March 1, 2026
Kiranya dia masih belum sunat atau wajib berkahwin. Pihak perempuan boleh tolak atau tangguh pelawaan tersebut.
Perlu ada sumber kewangan barulah harus… pic.twitter.com/fAWT96KgYf
Warganet Minta Pencerahan Mengapa Hukumnya Makruh
Kenyataan itu kemudiannya mendapat perhatian warganet. Seorang pengguna X turut bertanya mengapa hukumnya makruh sedangkan ada hadis meriwayatkan Nabi SAW membenarkan seorang pemuda miskin untuk berkahwin.
Ustaz Nasrullah kemudian tampil menjelaskan isu itu menerusi satu lagi hantaran. Jelas beliau, seseorang itu belum lagi disunatkan atau wajib berkahwin sekiranya berada dalam dua keadaan ini iaitu:
- Tidak mempunyai sumber nafkah wajib seperti makanan harian, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri. Perkara itu dikhuatiri akan memudaratkan isterinya.
- Apabila seseorang itu tidak mempunyai kekuatan batin, maka juga tidak digalakkan berkahwin kerana akan memudaratkan pasangan.
Bagaimanapun, tidak menjadi masalah sekiranya mendapat persetujuan bersama.
Waalaikumussalam
— Nasrullah 🇵🇸 (@mnasrullah00) March 2, 2026
Kerana seseorang itu belum sampai hukum sunat/wajib berkahwin jika:
1. Tidak mempunyai sumber nafkah wajib seperti makanan harian, pakaian dan tenpat tinggal untuk isteri, dikhuatiri akan memudaratkan isterinya.
2. Apabila seseorang itu tidak mempunyai… https://t.co/ImAeHmi7SZ
“Bukan Ke Nikah Gantung Dibolehkan?” – Netizen
Seorang invidu kemudiannya bertanya sama ada seseorang itu boleh nikah gantung atau pun tidak bagi mengelakkan zina.
Untuk info, nikah gantung atau nama lainnya nikah khitbah bermaksud pernikahan yang berlaku di antara pasangan pengantin namun mereka tidak duduk serumah dalam tempoh masa tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.
Nikah gantung juga mempunyai majlis akad nikah dan semua perkara wajib yang lain perlu ditunaikan namun kebiasaannya, walimatul urus atau kenduri kahwin bagi nikah gantung akan ditangguhkan disebabkan faktor kos.
Menurut Ustaz Nasrullah, tiada masalah sekiranya mahu nikah gantung dengan syarat ibu bapa bersetuju dan sanggup menanggung kos sara hidup.
Kalau ibubapa setuju dan sanggup tanggung, tiada masalah.
— Nasrullah 🇵🇸 (@mnasrullah00) March 2, 2026
Baca Artikel Berkaitan: Peguam Syarie Kongsi ‘Red Flag’ Calon Isteri Dari Sudut Undang-undang Syariah Untuk Lelaki
Baca Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Hukum Melamar Di Hadapan Orang Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] UAI Perjelas Hukum Pengantin Terima Duit Dari Tetamu Majlis


