“Khusyuk Tak Bermaksud Kena Jadi Robot” – Lelaki Kongsi Panduan Asas Solat Jemaah Untuk Rujukan Semua
Segelintir individu mungkin akan membiarkan sahaja telefonnya berdering ketika solat jemaah kerana risau sembahyangnya itu akan terbatal jika dimatikan namun sebenarnya ada cara untuk menanganinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang kita tahu, ramai umat Islam sedang dalam mod semangat bagi mengimarahkan masjid-masjid dan surau seluruh negara untuk menyambut bulan Ramadan.
Seawal jam 5 petang lagi, sudah ramai mula hadir ke sana bagi sesi berbuka puasa dan diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan juga solat tarawih secara berjemaah.
Meskipun solat jemaah itu dijanjikan pahala yang berlipat-lipat kali ganda, namun mungkin ada segelintir yang terlepas pandang mengenai panduan solat berjemaah.
Sebagai contoh, segelintir individu berkemungkinan fikir bahawa solat tidak sah sekiranya bergerak sehingga menyebabkan mereka tidak mahu berganjak atau merapatkan saf jika terdapat lompong.
Baca Artikel Berkaitan: “Team Tarawih 8 Rakaat VS 20” – Masjid Wilayah Sediakan Zon Parkir Ikut Jumlah Rakaat Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Isu Saf Lompong Kembali, Ramai Kecewa Lihat Sikap Jemaah Wanita Ketika Solat Tarawih
Baca Artikel Berkaitan: “20 Rakaat Tarawih Selesai Dalam 23 Minit”- Lelaki Kongsi Momen Solat Di Beijing [Video]
Lelaki Kongsi Info & Panduan Solat Jemaah Yang Ramai Terlepas Pandang
Baru-baru ini, seorang pengguna X (Twitter @acaiijawa) dikenali sebagai Faisal Rahim berkongsi beberapa panduan mengenai solat jemaah yang mungkin masih ramai tidak peka atau tidak tahu. Antaranya:
#1 Sutrah Makmum Adalah Depan Imam
Yang pertama adalah jemaah boleh keluar daripada saf sekiranya terbatal air wuduk meskipun berada di saf hadapan. Caranya adalah keluar melalui celahan saf atau depan jemaah yang sedang solat.
“Sutrah (makmum) ketika solat berjemaah adalah depan imam. Jadi depan imam je tak boleh lalu.
“Masih ramai orang rasa tak boleh jalan depan orang solat ketika berjemaah. Itu salah! Ia hanya terpakai ketika solat bersendirian sahaja,” katanya.
Untuk info, sutrah adalah suatu benda yang menjadi sempadan orang yang sembahyang seperti dinding, sejadah, tiang, garisan saf atau seumpamanya. Kebiasaannya orang ramai dilarang melintasi malah mereka yang sedang bersolat juga disaran agar menghalang sesiapa daripada melalui sutrah mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Masuk & Keluar Saf Ketika Solat Berjemaah [Video]
#2 Boleh Tegur Jemaah Sebelah Jika Mahu Keluar Dari Saf
Namun apa pula situasinya jika tiada ruang di antara saf untuk anda selit? Sekiranya anda terbatal salah satu daripada syarat-syarat sah solat dan berdepan situasi ini, cakap sahaja dengan jemaah sebelah, “Tolong bagi laluan, saya nak lalu.”
Menurut Faisal, menunaikan solat tidak bermaksud anda tidak boleh bergerak dan perlu sentiasa dalam mod robot.
“Khusyuk solat tu bukan menyebabkan kita jadi robot atau batu. Orang yang sedang solat tu pula, boleh anjak sikit ketepi bagi ruang jemaah tu nak lalu. Kalau perlukan dua orang sekali pun, boleh je dua-dua gerak bagi ruang,” katanya.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, apabila sudah diberi laluan, jemaah tersebut hendaklah memegang hidungnya dan segera beredar daripada saf.
Rasulullah SAW menganjurkan individu untuk melakukan perkara tersebut agar para jemaah yang lain menyangka bahawa anda keluar daripada saf solat disebabkan keluar darah dari hidungnya, maka dengan itu dapat menjaga air muka dan maruahnya.
Basic Solat Berjemaah.
— Faisal Rahim (@acaiijawa) February 26, 2026
1. Kalau duduk saf depan ketika sedang solat dan batal wudhu', boleh je keluar dengan jalan di celah-celah saf, depan orang sedang solat.
Sutrah ketika solat berjemaah adalah depan imam. Jadi depan imam je tak boleh lalu.
Masih ramai orang rasa tak boleh…
#3 Matikan Telefon Jika Ia Berbunyi Tidak Batalkan Solat
Yang terakhir adalah mungkin ada di kalangan jemaah yang terlupa untuk meletakkan telefon bimbitnya dalam mod senyap (silent) hingga menyebabkan ia berbunyi ketika solat jemaah berlangsung.
Bunyi telefon itu bukan sahaja mengganggu khusyuk solat sendiri malah jemaah yang lain juga. Jelas Faisal, mematikan telefon bimbit dengan niat tidak mahu mengganggu jemaah lain tidak membatalkan solat.
“Malah, kalau tengah berdiri dan phone letak kat lantai berbunyi kuat dan terlalu ganggu jemaah, lebih baik batalkan solat dan matikan bunyi phone tu. Kemudian angkat takbir solat semula dan tambah bilangan rakaat yang tertinggal.
“Itu jauh lebih baik dari solat tapi sakitkan hati semua jemaah dengan bunyi yang bukan-bukan. Ketika berjemaah, kita ni gerak sebagai satu kesatuan ummah. Bukan pentingkan diri sendiri. Jadi hukumnya berbeza,” jelasnya.

Perkara itu turut dibahaskan pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu hantaran sebelum ini.
Menurut UAI, hukum mematikan deringan telefon yang berbunyi ketika seorang itu menunaikan solat adalah harus kerana bunyinya mengganggu orang yang solat dengan syarat menggunakan pergerakan yang sedikit dan bukan bertujuan untuk bermain.
Gangguan seperti itu hendaklah dihilangkan kerana beramal dengan qaidah fiqh yang berbunyi:
الضَّرَر يُزَال
Maksudnya: “Kemudaratan hendaklah dihilangkan.”
Baca Artikel Berkaitan: “Tempat Solat Selesa & Meriah!” – Masjid TNB Bangsar Jadi Hotspot Jemaah Gen Z Sambut Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dua Wanita Didakwa Solat Jemaah Tetapi Tak Mahu Rapatkan Saf
Baca Artikel Berkaitan: Masjid At-Taqwa TTDI Nafi Diboikot, Pengerusi Tampil Beri Penjelasan



