Jangan Tunggu Keputusan UPU Keluar, Ini 4 Benda Wajib ‘Prepare’ Sebelum Masuk Universiti [Video]
Sesetengah bakal mahasiswa tidak peka terhadap perkara-perkara penting yang perlu diuruskan sebelum melanjutkan pengajian sebagai contoh terlepas tarikh memohon biasiswa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat mereka yang tidak tahu, Permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2026/2027 telah pun dibuka 29 Januari lalu sehingga 23 Mac akan datang.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa permohonan itu terbuka untuk kemasukan program Sijil, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti (KK) dan dua (2) institusi dari MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
Kepada calon yang sudah membuat permohonan, sudah tentu anda berasa gementar untuk menerima keputusan atau menunggu nama dipanggil untuk temu duga program. Namun itulah antara kesilapan terbesar, yang mana mereka menunggu sahaja tanpa membuat apa-apa persediaan.
Baca Artikel Berkaitan: Permohonan UPU 2026 Dibuka Mulai 29 Januari, Ini Panduan & Langkah-langkah Untuk Apply
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perlu Ke Pelajar Buat Pelaburan Dari Sekarang? Ini Pandangan Pakar Kewangan
Ini 4 Benda Penting Sebelum Masuk Universiti
Baru-baru ini, Perancang Kewangan Berlesen bawah Bank Negara Malaysia, Dr Adam Zubir menerusi hantaran di laman YouTube ada berkongsi tentang perkara-perkara yang perlu disiapkan oleh calon pelajar sebelum melangkah ke alam universiti.
Kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Setara, jangan lupa take note!
#1 Mohon Semua Bantuan Kewangan Yang Ada
Yang pertama sekali memohon seberapa banyak bantuan kewangan yang ditawarkan sebagai contoh biasiswa disediakan agensi kerajaan, kerajaan negeri, syarikat swasta dan sebagainya.
Menurut Dr Adam, kebanyakan orang terlepas tentang biasiswa ini kerana mereka tidak ambil tahu atau kurang peka tentang perkembangan semasa dan kepentingannya.
“Mula bertanya kepada senior-senior anda atau kepada orang yang tahu. Tengok surat khabar, online dan cari peluang-peluang yang ada dekat luar sana,” katanya.

Lagi satu, take note juga tarikh tutup bagi setiap permohonan bantuan kewangan ini. Jangan sampai terlepas!
Bagi setiap biasiswa, pastikan juga anda menyediakan dokumen-dokumen penting yang perlu dilampirkan sekali.
Antara institusi bantuan kewangan yang anda boleh mohon ialah:
- Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)
- Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA)
#2 Sediakan Duit Pendaftaran Universiti
Seterusnya adalah menyediakan duit pendaftaran universiti. Perlu diingatkan juga yuran bagi setiap program pengajian adalah berbeza. Oleh itu, anda boleh siap-siap buat pengiraan atau menyemak dulu kos yuran untuk kursus yang dipohon.
Menurut Dr Adam, salah satu yuran pengajian yang tinggi adalah untuk kursus perubatan tidak kira anda mahu melanjutkan pelajaran di universiti swasta Malaysia atau di luar negara.
Jangan lupa berbincang dengan ibu ayah tentang yuran pengajian ini kerana merekalah antara insan yang akan banyak membantu urusan anda ke pengajian tinggi.

Sekiranya ibu bapa tidak menyediakan tabung pendidikan anak, anda perlu berusaha lebih bagi mencari dana. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah kerja sambilan sebagai contoh menjadi ejen atau stokis produk, pekerjaan freelance, rider penghantar makanan dan sebagainya.
Sekiranya tidak berjaya mendapatkan bantuan kewangan, mungkin perlu mempertimbangkan memohon pinjaman kewangan.
Adakah loan kewangan berbaloi?
Jelas Dr Adam, ia adalah peluang yang baik buat mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus yang betul-betul diminati. Sebaliknya jika anda dipaksa atau FOMO (fear of missing out), hutang itu mungkin tidak berbaloi.
Sebagai contoh, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan pengecualian bayaran balik pinjaman sehingga 100% buat pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya.
Kalau anda bersungguh-sungguh, maka dapatlah pengecualian bayaran itu.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Panduan Untuk Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Buat Graduan Kelas Pertama
#3 Sediakan Duit Untuk Barang Keperluan
Kebiasaannya, pelajar baharu iaitu semester pertama diwajibkan untuk tinggal di hostel, lebih-lebih lagi jika anda melanjutkan pelajaran di UA. Justeru, terdapat banyak barang keperluan yang anda perlu ada untuk hidup berdikari di alam universiti.
Dan perlu diingatkan juga, harga barangan kini bukanlah murah. Antaranya seperti:
- Makanan
- Pakaian
- Alat tulis

“Kalau anda tidak mendapat bantuan kewangan, daripada agensi kerajaan atau syarikat swasta, mungkin anda dapat bantuan kewangan daripada mak ayah.
“Kalau mak ayah anda pun tak bagi satu sen mungkin sebab sesak dari segi kewangan, jadi wajar untuk anda pendapatan sampingan atau kerja separuh masa.”
#4 Asingkan Duit Beli Laptop
Memang tidak boleh dinafikan, komputer riba sangat penting dalam dunia digital kini. Jika dibandingkan dengan zaman dulu, pelajar-pelajar sekarang lebih terdedah dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran mereka.
Nak buat kajian, mesyuarat, tugasan, kebanyakannya memang menerusi atas talian.
Pembelian komputer riba ini dianggap berbaloi kerana ia bukan sahaja boleh digunakan sepanjang pengajian, bahkan jika anda melaburkan simpanan untuk peranti yang berkualiti dan tahan lama, anda juga boleh menggunakannya semasa di alam kerja nanti.

“Laptop ini bagi saya adalah satu sumber pendapatan. Banyak benda anda boleh buat dengan laptop. Saya bagi contoh, misal kata anda ada laptop, anda nak belajar apa yang anda belajar di universiti pun boleh. Contoh zaman sekarang anda nak belajar tentang pelaburan,” katanya.
Komputer riba ini juga boleh digunakan untuk mencari pendapatan sampingan sepanjang anda melanjutkan pengajian.
Baca Artikel Berkaitan: Ramadan 2025: Ini 7 Tips Untuk Murid Fokus Belajar Sepanjang Bulan Puasa
Baca Artikel Berkaitan: Berminat Nak Jadi Pilot? Ini Tips Buat Pelajar Lepasan SPM
