fbpx
Now Reading
Batal Ke Puasa Jika Tertelan Sisa Makanan? Ini Hukumnya

Batal Ke Puasa Jika Tertelan Sisa Makanan? Ini Hukumnya

Menurut Ustaz Azhar Idrus, batal puasa seseorang itu sekiranya dia tertelan tetapi sebelum itu menyedari ada sisa makanan dalam mulut dan boleh membuangkannya dengan mudah namun perkara itu tidak dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ramadan merupakan bulan yang mulia dan ketika ini juga seluruh umat Islam yang memenuhi syarat diwajibkan untuk melakukan ibadah berpuasa.

Dalam keseronokan kita menjalani ibadah berpuasa, pasti adakalanya kita berdepan dengan beberapa situasi yang membuatkan seseorang berasa ragu-ragu adakah puasa dilakukan sah atau sebaliknya.

Yelah, situasi seperti ini tidak dapat dijangka bila akan berlaku dan sebagai hambaNya sudah tentu kita mahu ibadah dilakukan diterima Allah SWT. Sebagai contoh apakah hukumnya jika seseorang itu tertelan makanan secara tak disengajakan.

Apa hukum jika seseorang tertelan sisa makanan yang ada dalam mulut sewaktu sedang puasa?

Soalan sama pernah diajukan kepada Laman Sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“Jika saya sedang puasa, sedang solat Asar, tengah baca al-Fatihah, saya rasa ada benda pada lelangit. Saya tahu jika ada benda perlu buang terus, tetapi saya ada sedikit lagi bacaan al-Fatihah dan saya habiskan dahulu. Bila saya check (periksa) balik benda itu dah hilang. Batalkah puasa saya?

Jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam situasi tersebut sekiranya tertelan bersama dengan air liur dan sukar untuk membezakannya dengan perkara lain, dan tidak dapat meludahkannya kerana ada halangan tertentu contohnya dalam solat dan sebagainya, maka puasa seseorang itu sah dan tidak terbatal.

Perkara itu sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini:

(وَلَوْ بَقِيَ طَعَامٌ ‌بَيْنَ ‌أَسْنَانِهِ فَجَرَى بِهِ رِيقُهُ) مِنْ غَيْرِ قَصْدٍ (‌لَمْ ‌يُفْطِرْ إنْ عَجَزَ عَنْ تَمْيِيزِهِ وَمَجِّهِ) ؛ لِأَنَّهُ مَعْذُورٌ فِيهِ غَيْرُ مُقَصِّرٍ، فَإِنْ لَمْ يَعْجِزْ أَفْطَرَ لِتَقْصِيرِهِ

Bermaksud: Jika ada makan tersisa di gigi-ginya kemudian dia menggerakkannya dengan air liurnya kemudian tertelan dengan tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasa sekiranya dua sukar untuk membezakannya dengan air liur. Hal ini kerana ia dikira diberikan keuzuran dan bukan disebabkan kecuaiannya. Jika tiada kesulitan demikan, maka batal puasanya disebabkan kecuaiannya. (Rujuk Mughni al-Muntaj 2:158)

Oleh itu, seseorang yang berdepan dengan situasi seperti berikut boleh meneruskan puasanya seperti biasa tanpa perlu menggantikannya.

UAI turut jelaskan batal atau tak puasa jika tertelan sisa makanan

Perkara sama turut dijelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang menjelaskan sekiranya ‘tertelan’ puasa seseorang itu tidak terbatal.

“Batal tak kalau tertelan (sisa makanan yang ada dalam mulut)? Jawabnya, jika dia boleh ludah dengan senang dan dia tidak buang, maka tertelan batal (puasa).

“Tetapi kalau susah nak buang (telah berusaha untuk keluarkan), halus sangat atau lekat celah gigi nanti dia bersembang-sembang dan tertelan, dimaafkan,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.