Ustaz Jelaskan 3 Sebab Bayaran Fidyah Boleh Jadi Tak Sah [Video]
Menurut Ustaz Dr Abdullah Abdol Razak bayaran fidayah puasa boleh menjadi tak sah sekiranya bayaran dilakukan pada jumlah yang kurang daripada kadar yang ditetapkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Berpuasa merupakan salah satu ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam khususnya bagi mereka yang memenuhi syaratnya.
Antara syarat wajib bagi seseorang berpuasa adalah waras, baligh, sihat, Islam, dan tidak bermusafir.
Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kriteria seseorang itu tidak diwajibkan untuk berpuasa seperti tidak sihat, haid, ibu yang mengandung atau menyusukan anak, bermusafir dan banyak lagi.
Namun bagi mereka yang tidak berpuasa, adalah wajib untuk mereka menggantikannya sebelum tiba Ramadan yang akan datang, dan terdapat juga beberapa golongan yang perlu membayar fidyah bagi yang tak berkemampuan untuk menggantinya atau lambat (tidak ganti sebelum puasa Ramadan yang seterusnya).
Ada 3 sebab bayaran fidyah tidak sah
Baru-baru ini pendakwah bebas, Ustaz Dr Abdullah Abdol Razak telah menjelaskan tiga sebab bayaran fidyah seseorang itu boleh menjadi tidak sah.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, pendakwah yang mesra dipanggil UstazLah itu menerangkan seseorang tidak boleh membayar terlebih dahulu fidyah sebelum tibanya puasa yang akan datang.
“Yang pertama, apabila kita meninggalkan puasa dan sebelum Ramadan yang akan datang kita nak bayar dahulu fidyah, tak boleh. Ia kena selepas kita bertemu dengan Ramadan dan ketika itu kita masih lagi belum menggantikan (Qada) puasa barulah ketika itu kita akan bayar fidyah,” ujarnya.
Bayar fidyah kurang daripada jumlah yang ditetapkan
Sebab yang kedua bayaran fidyah boleh menjadi tidak sah adalah bayaran dilakukan pada jumlah yang kurang daripada kadar yang sudah ditetapkan.
“Patutnya RM3, RM4.50, dia berubah-ubah mengikut negeri. Kemudian kita bayar pada kadar yang kurang daripada itu.
“Ketiga, bayaran fidyah diberikan kepada mereka yang bukan berkelayakan. Ingat bayar fidyah boleh diterima oleh orang yang fakir dan juga miskin ataupun orang sakit yang tak mampu mencari rezeki.”
Malah, Ustazlah turut menegaskan bayaran fidyah tidak boleh diberi kepada orang lain selain golongan yang fakir miskin atau orang sakit kerana bayaran tersebut adalah khas buat mereka.
Katanya bayaran fidyah adalah penting kerana ia adalah hutang seseorang dengan Allah SWT dan ia bukan denda tetapi adalah rukhsah serta keringanan yang Allah berikan kepada hambanya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran Fidyah Tak Sah Jika Penerima Bukan Fakir & Miskin [Video]
Tonton video di sini.
Tak boleh bayar fidyah puasa sebelum tiba masanya
Laman sesawang Waktu Solat Digital, turut menjelaskan mengenai perkara sama dan menjelaskan salah satu kesilapan yang dilakukan adalah tergesa-gesa dalam melakukan bayar fidyah puasa sebelum masanya tiba.
Menurutnya, sebagai contoh jika seseorang mengetahui dirinya akan meninggalkan puasa pada Ramadan yang akan datang, lalu dia membuat pembayaran fidyah lebih awal sebelum Ramadan tersebut bermula.
Perbuatan itu telah menyebabkan ibadah berkenaan tidak sah.
“Menurut hukum syarak, sebab untuk membayar fidyah itu belum wujud (iaitu meninggalkan puasa), maka pembayaran yang dilakukan sebelum masanya dianggap sebagai sedekah biasa sahaja dan tidak menggugurkan kewajipan fidyah tersebut.
“Dalam urusan bayar fidyah puasa, tertib waktu adalah sangat kritikal. Kita tidak boleh membayar hutang yang belum kita pinjam,” jelasnya.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.







